Monday, March 30, 2009

SENTIMENtal

SENTIMENtal

Masih kental

Masih tebal

sentiMENTAL

Masih tutup

Masih terlingkup


Bangun kawan bangun bangsaku, bangun hilangkan kesal dan lesu

Bersihkan hati dari terus diselaputi kahak noda hitam kebencian dan hasad

Sebarkan benih cinta bercambah ke rasa kasih dan sayang

Elemen penting dalam hidup kita sebagai insan di bumi tuhan

Pecahkan ketebalan jurang dan sempadan

Bukakan pancaindera dan fikiran

Dan ingat kitaran kita ; memerlukan untuk meneruskan kehidupan.


p/s :

SENtimental- Aku takde duit
sakit MENTAL - exam esok , study, study , study tapi jumpa jalan mati




IBU, NAK BALIK RUMAH!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 25, 2009

The Most Embarassed? The last thing YOU wanna do!

I had my english presentation this morning. A presentation about our product innovation.

I experienced my most embarassing moment this morning.

I was riding my scooter with a very nice formal attire....( Read : Black Slack, Red collar shirt, and a black , fine BLAZER)..

Yeah.. saya telah:
  1. Menjatuhkan maruah blazer itself
  2. Menjatuhkan maruah SAYA
Smart ke orang yang bawa motor sambil memakai blazer?..
Smart kot, kalau dia lelaki dan motor dia macam ni..


smart tak? smart tak?

Nk tau camne rupe die?

Camni..


Dan die tak payah pakai helmet..
Tapi macamane kalau moto die tu hanyalah scooter?


Sebab ape aku cakap menjatuh kan maruah tadi? Sebab sangatlah embarassing nyer sepanjang jalan kamu menaiki motor dan memakai macam James Bond tapi motor kamu bukanlah segah James Bond . Plus kamu adalah seorang PEREMPUAN..



Sememangnyer kamu akan jadi begini:





Dalam gambar saya tidak memakai helmet. Bayangkan sewaktu saya memakai helmet keika dalam perjalanan.. Orang-orang sekitar memandang saya dan merenung sambil bergata


"CREEEEPYYYY!!"





Ohhhh!

Saya tak mahu membayangkannya!

*refuse!*


Ape yang saya alami :

  • Berasa sangat malu
  • Tidak boleh tidak kerana harus berpakaian sedemikian
  • Tidak dapat membuka blazer sebab, nk simpan kat mana??scooter takde bakul/raga.
  • Tidak dapat mmakai handbag seperti ladies2 lain.. Sebab saya harus memakai beg sandang beakang itu untuk menaiki motor.
  • Panas pun kena pakai blazer jugak
  • Memakai helmet dan berasa diri sangat hodoh dan bodoh sekali!

Saya masih tidak kisah dan boleh terima lagi kerana saya berada di dalam UKM dan semua orang tau saya adalah pelajar yang tak affordable lagi nk menaiki sesuatu selain motor skuter saya itu.


Tapi 2 minggu lagi saya akan pergi internship..Sebagai pelatih , pelajar kejuruteraan, keluar masuk consultant firm. Praktikkan ethics dan keprofesionalisma.(btol ke ayat)..

Dan semua tersebut adaah di LUAR UKM. Dan i imagined myself pegi office.. Bangun pagi , get ready, smart2, ambik helmet, pakai, naik skuter..Trooott..trooot..troott...

Dan orang tak tahu yang saya adalah student..

.......................................................

Dan kalau my boss suruh pergi site, kene bawak skuter jugak..

Dan saya cuma pandai dan berani bawa skuter setakat dalam UKM..

Padan Muka..


Saye rase ade orang2 tertentu yang membaca blog saye ini. Dan mungkin beliau boleh memikirkan sesuatu untuk anak perempuan tunggal kesayangannya ini?


Perhaps...

How "funny" his love.




I am very sad

I am very frustrated

I am not appreciated

I am being treated like..like I am nothing

Put aside his customers

Even his friends are more appreciated than me

Even his friends are more important than me

I am nothing more than a thing..

A troublesome little thing.

Tuesday, March 24, 2009

Andainya Aku Pergi Dulu Sebelummu


Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati

Andainya aku tiada lagi di sisimu

Janganlah kau memencil diri

Bayangkanlah masa2 bahagia

Semasa engkau dan aku

Bermesra di langit biru

Di waktu kasih berpadu


Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku kecewa
Kupercaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara kuukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini kuberjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nanti mu di pintu syurga

Monday, March 23, 2009

So Unpopular!

Throw the Unpopular one to trash!

Saturday, March 21, 2009

Induction by CIDB



Hello..
Is anyone there?

HAha..

Story about myself again, well i guess that's what a 'diary' for.

Today i attended a short course ( hey, 1 whole day actually maa..but still short lah compared to 3 days or a week..haha). The short course is compulsory for us-like future civil engineers-to get this so called 'green card'. For your information, the green card is like a lisence from CIDB, which allow the beholder to enter any construction site here in Malaysia. I don't know about other country la.
So as we are scheduled on going for internship next month, we MUST have this card.

Erm.. We were told by Dr Siti that this course is mainly about practising safety and health in occupation.. err, something close related to OSH (Occupational Safety and Health), just that it was conducted by CIDB.

My first thought was like urghh, this 6 hours talk gonna be VERY boring and i pictured myself doozing soundly on my seat there.

But guess what.

That course turned out to be the most hilarious thing i ever crossed with in the past few months. I've been really2 busy this semester and less less entertainment has make me like a 'semi-dull' little gurl.

U imagined, what has this guy did which none of us, i repeat , NONE of us can hide their rows of teeth during the talk.. Whoaaa.. what so amazing with him. He has this NON-STOP talking character plus LOADDS of funny jokes to be told and an excellent(yeah i typed excellent) acting and mimicking face which made us laugh our heart off..

Excitements conquering the atmosphere that time you know.

When we are not laughing heartily, then that means we were all MELOPONG listen to amazing facts about engineering told by him. Hey, i never ever pictured the real world outside u know. But today he was like opening a wide, in fact very wide door for us to see the real thing that happen out there.

And of course it was totally oppose to our heavenly, feeling good university life IN WHICH, we are all stressing out like hell.

God this was the most unforgetable talk in University i ever had. I seriously think that other talk , like career talk, blah blah talk , and blurr blurr talk should be conducted like this as well. Very minimal tense yet we got a lot lot things to ponder. It was like, non-formal, u know, easy, light way, where you don't have to ask students to pay attention, THEY will stay focus themselves, eager and hunger for more and more stories..

Credits to Mr Ir, Saiful Bahari. Our best instructor of the year. =)

To all my colleague, watch out of Rasuah and Chicks haaa...



Tuesday, March 17, 2009

DREAM


I dream to be a lady
I dream to be cool
I dream to not lose control
I dream to not grow old

I dream to be happy
I dream to ignore my fuss
I dream to be so lucky
I dream to forget the past

I dream to get married
I dream of better insight
I dream to share visions
I dream of bright future

I dream of a nobel
Of a stepping-stone
Of a mind-transform
Of a new paradigm

I dream of a life
I dream of a peace
I dream of a blessing
I dream of a prosperity

Guess I was dreaming too much


But
I'll never say goodbye to my dreams
Because they actually never come.



Dreams are always dreams.
They can never be true.

Atuk - Cerita Kampung 2

Dalam ceritaku yang sudah aku telah kisahkan perihal aku di sawah serta along ku yang asyik kena rotan. Hehe.. Lucky dia jarang baca blog aku ni.

Kisah kali ini masih berkisar tentang atuk. Dan aku sebagai budak kampung.

Seingat aku, sebelum bermulanya perniagaan CHALET DARUL ASLAH NORFARAH NADIA tu, atuk mencari rezeki dengan padi-padinya dan ikan-ikannya. Sebelum aku masuk tadika lagi, atuk adalah seorang yang mencari rezeki di lautan. Aku tak dapat melihat semula memori aku bersama atuk ke laut. Mungkin aku terlalu kecil, atau atuk memang tak pernah membawa aku ke laut bersamanya. Tapi aku tahu dan ingat, bahawa along pernah ke laut bersama atuk.

Sewaktu atuk menjadi nelayan, aku biasa makan ikan.(memanglah!!) . Tapi paling aku suka sekali ialah lauk ikan masak pindang yang nenek masak. Mungkin sebab lauk tersebut tidak pedas(aku sungguh benci pedas waktu itu). Kerap juga atuk membawa pulang telur penyu dan tuntung untuk santapan kami 4 bercucu. Rasanya setelah direbus sangat sedap dan lemak. (Aku rase bersalah sangat dengan penyu2 sekarang! =( ..) Sekarang aku bukan sahaja tidak sampai hati lagi nk menikmati keenakan telur penyu, tapi telur penyu sendiri memang sangat susah nk didapati. Kalau adapun harganya sangat mahal.

Pemandangan atuk membaiki jaring sangat biasa sewaktu aku kecil. Aku selalu tertarik dengan anak ikan kecil serta ikan bilis kering yang terlekat di jaring sewaktu atuk membaiki atau menjahit jalanya yang terkoyak. Tapi biasanya aku tidak dibenarkan mendekati jala dan jaring atuk. Aku tidak tahu mengapa, mungkin atuk risau aku terbelit dalam jaringnya yang lebar da kasar itu. Ya, mungkin juga.

Pada waktu dinihari pula,apabila tiba musim geragau,(pada yang tak tahu, geragau adalah udang yang sangat kecil dan halus, yang kamu lihat dalam cencalok tu) ; atuk akan turun ke laut menggalah. dengan jaringan yang di cantum bersama dua batang galah panjang di kiri dan kanan, atuk akan menggalas alatan tersebut( sumpah aku lupa nama benda tersebut sekarang!) dan berjalan perlahan di pesisir laut(cuma paras pinggang dewasa) untuk menjala geragau. Apabila jala yang digalasnya terasa berat atau penuh, barulah atuk berhenti dan naik ke darat.

Apabila tiba hari siang, nenek akan memulakan tugasnya pula. Geragau yang telah atuk dapatkan itu akan nenek jemur di atas kanvas dan biasanya memenuhi kawasan perkarangan rumah kami. Sambil bermain, aku suka mengambil geragau kering yang sedang dijemur itu dan meratahnya begitu sahaja. Rasanya tawar , tapi agak rangup. Setelah geragau tersebut kering, nenek akan menyimpannya di dalam guni pula. Kadangkala terdapat berguni-guni geragau menanti masa untuk proses seterusnya.

Nenek biasanya menggunakan geragau tersebut untuk membuat belacan. Aku cuba mengerah memori ku untuk mengingat adakah aku pernah melihat nenek membuat cencalok, tapi gagal. Mungkin kerana proses membuat cencalok hanya berlaku di dapur, menggunakan geragau basah, jadi aku tidak ambil peduli. Berbalik kepada belacan tadi ; geragau yang kering akan dimasukkan dalam satu lesung kayu. Jangan terbayangkan lesung batu di rumah kalian, kerana lesung kayu ini mungkin 20 kali ganda besarnya. Aku pernah melihat lesung sebegitu ketika melawat makam mahsuri sewaktu aku berada di seolah rendah. Selepas daripada itu, aku tak pernah melihatnya lagi.

Berbalik lagi semula ke cerita lesung. Lesung kayu yang aku maksudkan adalah besar, alat penumbuknya adalah batang kayu sebesar betis dan panjang lebih kurang 2 meter. Di tengah-tengah kayu tersebut dalah lebih'kurus' berbanding hujung dan pangkalnya, sebagai tempat pemegang. Biasanya terdapat dua kayu penumbuk. Geragau yang kering akan dimasukkan ke dalam lesung dan ditumbuk oleh nenek. Aku juga ikut membantu. Kayu penumbuk tersebut berat, tapi aku masih mampu mengangkatnya =). Geragau ditumbuk sehingga lumat, oh ya, nenek juga memasukkan sejumlah garam dalam geragau tersebut sebelum ditumbuk. Geragau yang telah lumat dikeluarkan dan dijadukan satu gumpalan besar sebelum diasingkan ke tepi. Kemudian proses menumbuk geragau berulang sehingga habis semua geragau kering dalam guni tadi. Masa itu akan terdapat banyak 'bola-bola belacan' yang besar. Aku juga mempunyai 'bola belacan' ku sendiri, tapi kecil sahaja, seperti bola pingpong, untuk ku ratah. Belacan mentah yang baru lepas ditumbuk sangat enak dan sedap dimakan. Aku lebih tertarik kepada rasa masinnya sahaja.

Proses seterusnya aku tidak berapa pasti. Mungkin aku terlalu seronok dengan upah 'bola belacan' yang aku perolehi sampai aku tak mengambil tahu apa terjadi dengan ketulan-ketulan besar belacan tadi. Tapi seingat aku ia makan masa berhari-hari juga sebelum nenek menggunakan acuan untuk mengubah belacan tersebut menjadi kepingan berbentuk bulatan, atau pun cuma membentuk bola belacan yang besar tadi menjadi bola yang lebih kecil ( sebesar penumbuk atuk).

Bagi sesiapa yang tidak tahu apakah itu belacan dan apakah kegunaan belacan, silalah bertanya kepada orang-orang tua di rumah anda. Kalau tidak tahu juga, cubalah google di internet. Mana tahu jika anda beruntung boleh jumpa jawapannya!

Selain menggalah udang geragau, aku masih ingat ketika suatu petang, atuk pulang dari ke laut dengan membawa ikan yu. Apa? ikan Yu? Ya kawan-kawan, ikan yu sebesar bot itu atuk dan rakannya berjaya tangkap di laut. Kejadian tersebut berlaku terlalu lama dahulu sehingga aku hanya boleh mengimbas saat-saat aku mencucuk mata ikan yu tersebut dengan ranting kayu. (ramai penduduk pantai yang mengerumuni bot tersebut waktu itu) . Aku tidak ingat apa nasib seterusnya ikan yu itu.

Pada masa sekarang, tidak ramai lagi yang turun ke laut di kampungku. Jika ada pun orang-orang tua sahaja. Ada juga beberapa pemuda kampung, tapi boleh dibilang dengan jari tanganku ini. Itupun sebelah tangan sahaja. Seringkali bila hujung minggu balik kampung, kuperhatikan masih ada juga orang menggalah mencari geragau. Tapi mungkin tidak serancak dahulu. Dan aku juga tidak pasti samada geragau yang didapati itu dibuat belacan atau dicampur dengan tepung untuk dibuat jemput-jemput geragau. (Oh, aku lupa bercerita tentang betapa enaknya jemput-jemput geragau!!)

Ikan yu masih boleh didapati di perairan kampungku, tetapi cuma anak-anak ikan yu yang sebesar lengan sahaja. Aku pernah menyaksikan seorang jiranku di kampung selamba aja menyiang anak ikan yu untuk dimasak tahun lalu.

Masih banyak lagi kenangan dan kisah menarik aku sebagai seorang budak kampung. Cuma masa sahaja yang mendesak. Kita bercerita lain kali ya.

Sunday, March 15, 2009

Atuk : Cerita Kampung 1

Belum 2 jam lagi aku sampai di UKM. Tapi tahap kebosanan yang aku rase sekarang sangat memuncak-muncak. Bukannye aku takde keje nk buat. Final exam aku lagi 2 minggu je. Malah homework aku pun bertimbun-timbun tak terkira. Tapi aku rindukan Abg Zul. Rindu tu satu hal, yang aku sakit hati sangat sebab aku tak dapat hubungi die. Hai ke mane ajelah die ni pergi. Msg tak reply, Call tak dapat. Dengan housemate die, bestfriend die, sorg pun tak dapat dihubungi. Tak jadi kerja aku kat sini.

Biarlah aku tahankan jer isi hati aku ni.

Tapi cerita yang nak aku kongsikan kat sini bukan tentang Abg Zul. Tapi tentang Atuk.
Sepertimana yang mungkin sesetengah orang dah tau, aku membesar di kampung. Bersama atuk, bersama nenek. Aku sangat manja dengan atuk, mungkin memang semulajadi sifat aku yang suka bermanja-manja. Atuk cakap atuk tak manjakan aku, cuma aku sendiri yang manja. padanya. Haha. Walau ape pun tanggapan, aku adalah cucu yang paling rapat dengan atuk.

Sejak lahir, aku dibesarkan oleh atuk di kampung, sementara ibu mencari rezeki di Kuala Lumpur. Sesekali hujung minggu bila aku tahu yang ibu akan pulang, seharian aku menanti di depan pagar rumah Atuk, bersama kerusi rotan kecilku, menanti kelibat bas Jebat yang dinaiki ibu.

Atuk seperti yang diakui penduduk kampung, terkenal tegas. Bagi kami, lebih kepada garang. Suara atuk sahaja aku kira sekuat halilintar. Sampai bila atuk bersuara, terketar lutut sepupuku yang baru pulang dari bandar(mereka tidak biasa mendengar suara"guruh" atuk sepertimana aku dan along). Aku membesar sebagai budak kampung yang comot. Musim menanam padi, atuk belikan sepasang boot merah jambu yang sangat comel buatku. "Kalau tak pakai nanti lintah naik kaki." kata nenek. Tapi aku pakai bukan kerana takut lintah, aku pakai sebab boot itu sangat menarik perhatianku. Aku dan along ikut serta atuk dan nenek menanam padi di sawah. seikat padi kami habiskan secepat yang boleh, kerana selepas itu kami boleh 'berenang' di sawah.
Lumpur dan air sawah walaupun kelabu, hitam,melekit dan kotor, kami tak kisah. Aku dan along akan baling lumpur ke arah satu sama lain, dan berendam dalam air sawah untuk membersihkan sisa lumpur yang telah kering di muka. Aroma dari sawah paling aku suka waktu itu.

Tiba musim menuai, atuk tak benarkan kami ikut ke sawah, jadi kami menunggu di atas rumah(biasanya aku akan bergaduh dengan along). Mungkin kerana keadaan sawah yang kering dan tanahnya keras, atuk risau membahayakan kami(atau padi-padinya yang telah masak bunting).

Tapi sewaktu membanting padi di bangsal bersebelahan rumah, kami dibenarkan ada di situ. Atuk mengerah seluruh kudrat tenaga tuanya untuk membanting padi dalam satu kawah kayu yang besar(aku lupa namanya). Aku disuruh membantu nenek menampi padi-proses yang paling aku tak suka. Menampi padi sangat leceh dan memenatkan. Sering juga atuk menggunakan kipas angin untuk mengasingkan padi dan jeraminya. Proses seterusnya menyimpan beras tidak aku ambil peduli waktu itu. Selepas musim menanam padi, boot aku yang cantik cuma terbiar di setor belakang rumah.

Atok mengajar sendiri kami mengaji alQuran. Kami cuma diajar panjang pendek bacaan. Bukan jenis mad yang terdapat pada ayat tersebut. Ada juga 2,3 orang anak orang kampung lain yang dihantar mengaji di rumah atuk, tapi lebih kepada menjadi mangsa buli Along sehaja. Syukur terang hatiku mengaji Quran dengan atuk. Aku khatam 30 juzuk alQuran ketika umurku 8 tahun. Suara atuk bak halilintar itu memang menggerunkan aku. Rotan panjang atuk buat libas jika salah pun betul2 buat aku kecut perut. Mungkin sebab itu aku khatam lebih awal dari rakan-rakan seusiaku.

Ketika aku tadika dan darjah 1, ada waktu-waktunya atuk akan buat amali solat di rumah kami. Dengan rotan panjang di tangan, atuk menyuruh kami berdua mempraktikan solat, dengan membaca segala bacaan dengan kuat. Posisi sujud dan rukuk harus betul, jika tidak pantas aja rotan itu naik. Paling aku sukar sekali menyebut waktu itu adalah niat dan doa iftitah. Entah kenapa aku selalu keliru rukun pertama solat tu.

Bicara tntang rotan, rotan Atuk ada di mana-mana. Tidak percaya?Tanyalah rakan-rakan ku di kampung. Mereka pasti tidak lupa. Rotan itu di rumah, juga ada di dalam kereta, di chalet, paling aku tak lupa rotan yang ada di surau. Atuk sorok di belakang cermin, senang dan paaktikal untuk diguna bila suara aku atau along (biasanya along) kedengaran sewaktu solat berjemaah atau bacaan yaasin sedang dialunkan. Aku masih ingat semasa aku berumur 5 tahun, Along tak mahu ke tadika. Tapi Atuk mengerah juga dan mengejar along yang lari (lari dari rotan) hingga ke tadika.
Aku sampai tadika 10 minit kemudian, melihat along sedang di rotan atuk di tengah-tengah court takraw, dikelilingi kanak-kanak berbaju merah petak putih(baju tadika kami) yang membentuk bulatan. Perkara tersebut memang fenomena biasa. Abangku terkenal nakalnya.

p/s:sampai sini jelah dulu. Next time aku sambung lagi.




Friday, March 13, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Redang Island

Jumaat 6hb
9.00pm berkumpul di pusanika
11.15 pm bas bertolak dari ukm

Sabtu 7hb
8.00am Bas tiba di Jeti KT(lewat 1 jam sebab bas lagi satu rosak)
9.30am Naik feri ke pulau Redang
11.30am Tiba di chalet, bahagi kumpulan , check in
Redang Lagoon Chalet
12.30pm Makan Tengahari
2.30pm Snorkeling Trip- Marine Park
4.30pm Tea Break
5.00pm Main Bola Tampar, mandi laut
7.30pm BBQ
9.00pm Kumpul dalam Kumpulan, bincang cheers, nama dan ketua
Game the mummy returns
11.30pm Aktiviti bebas

Ahad 8hb

7.30am Sarapan
9.00am Snorkeling Trip-Pulau Kerengga
12.30pm Lunch
2.30pm Snorkeling Trip(separuh je yg berjaya mase ni)
4.30pm Tea Break
5.15pm Sukaneka( gula dalam tepung, belon asmara, lari ikat kaki, pecahkan belon kawan)~giler sgt penat mase ni, mandi laut
7.00pm Balik bilik
7.30pm Dinner
9.00pm Bagi hadiah(hamper)
10.30pm Makan hamper
11.00pm Jalan2 sekitar pulau
1.30am Tido

Isnin 9hb

7.30am Sarapan
9.00am Naik Feri balik jeti KT
11.00am Sampai jeti.Shopping kat pasar payang
1.30pm Bergerak balik
12.15am Sampai UKM( lewat beberapa jam sebab bas lagi satu rosak lagi)
3.00am Tido(lepas siapkan text english presentation)

Friday, March 6, 2009

My BUSY schedule

Yesterday
-woke up subuh in the morning, get dress, make my way to ukm-by being my dad's passenger
-slept all way to ukm, arrived around 8.30, headed straight to my bed, slept again
-10 o'clock, ringing of my phones nearly took my spirits away-i woke with a start!, wei chern called several times, waited for dear to pick me up and fetch to faculty-where wei chern waited for me already.
-10.20 i arrived jkas lab and wei chern wus like" they wanna use this lab, y are u late, next time come early"..i wuz like"ok."(like always)
-11.oo dear picked me and we went to mcD(as i have no appetite to eat), even at McD, i didnt finished the meal.
-12.00 already in hydraulic class
-1.00 break where i sat with ecah and finished my 'unfinished' fillet o fish
-2.00 in class again for structural design, Prof Khalim said we should be able to design column by now..
-4.00 class finished. Yet wei chern tod me to wait in the lab to do the esteem. We design our bungalow with esteem till 6.00
-6.10 At ecah's college, where dear gave her the hard disk cover she ordered. After Ecah left, we discuss the activities for games slot in Redang as Kak Uyun are already upset with our progress.
7.00 Already at Ameer Ali , continue writing the details for each games.
8.00 Back in my room, took bath, get dress.
8.29 Kiosk, continue writing on the details of games while waiting for my group members for discussion..
11.20 Finished discussion, headed straight to KKM where Kak Uyun, Abg hadi n Abg Zul were discussing about the activities
12.38 In Ecah room , luckily she isnt sleep yet. Doing my VB calculator and VB report.
4.10 On Ecah bed, praying to wake up early the next day

Today

7.20 In the toilet, took bath and get dressed
8.28 In front of block B PPBL, apparently i'm the only person there
8.48 Presenting a conference in front of lecturer
9.50 Back on bed, my room, sleep heavenly.. aah
.
.
.
.
Routine went on and on..


Idioms for the Day : Hold Your Horses