Tuesday, September 22, 2015

I Delivered A Baby Boy ! =)

Assalamualaikum hello gentle readers!

WHOAAHH!! 2015 eyh? 2015 and September some more.. Nampaknya memang saya tinggalkan blog dan penulisan tanpa belas kasihan. Jadi kenapa datang semula? Sebab--- Saya baru bersalin anakanda kedua!!

Satu blog post umtuk satu anak? heh.. whatever~~

Meh sini nak cerita- buat tatapan diri sendiri di tahun-tahun akan datang bila tergerak nak buka dan scroll blog ni balik. teehee~


PERSEDIAAN UNTUK KELAHIRAN IYAD

Tak seperti sewaktu mengandungkan Alya, persediaan untuk kelahiran Iyad bermula lewat. Dan kebanyakan kelengkapan seperti baju aku beli sendiri tanpa ditemani suami, Sobs. Bukan apa, senang dan cepat. Kalau bawa suami, akan rasa bersalah jika tak bawa Alya. Kalau bawa Alya, nak beli sikit jadi banyak dan jadi lama nanti. So alang-alang semasa aku sendiri di UKM, pandulah kereta sendiri ke Manjaku Bandar Baru Bangi, belilah apa yang aku rasakan perlu.

Tak banyak pun sebenarnya, banyak barangan pass down dari Alya. Rompers dah beli online, botol susu beli online. Pass down dari Alya seperti pam susu, botol simpanan, booties dan mittens, sapu tangun, barut, bedung (ditapis warna), topi dan sebagainya. Cuma aku kena beli lagi sekali bengkung jawa (untuk aku) dan tungku herba microwave Tanamera. Kedua-dua benda ni walaupun dah beli semasa berpantang selepas kelahiran Alya, tapi dah hilang dari simpanan. Puas cari tak jumpa-jumpa.. huhu..

Aku mula bercuti dari hadir ke UKM dua minggu sebelum tarikh dijangka bersalin. Iyad dijangka lahir pada 31 Ogos 2015. Walaupun kerjaku sangat banyak sebenarnya, beberapa kertas kajian dan makalah konferens perlu disiapkan sebelum aku bersalin, tapi aku terpaksa bercuti awal kerana badan dah betul-betul tak larat. Mengandungkan Iyad, aku sangat mengah, tapi gagah ke Universiti setiap hari kecuali jika ada temujanji Doktor. Kebetulan masalah mengandung kali ni pun lebih, selain Anemia (kurang darah/kepekatan hb), aku juga disahkan Trombositopenia (masalah platlet yang rendah). Kedua-dua masalah ini menyebabkan buku merah ku dilabel dengan tag kuning dan memerlukan aku berhubungan terus dengan pihak hospital dan Dr Murali (HoD O&G, Hospital Ampang). Baki bulan terakhir, temujanjiku berselang minggu dengan doktor di klinik kesihatan dan klinik pakar hospital.

KELAHIRAN IYAD

Penat menanti dari hari ke hari. Iyad kusangkakan keluar awal dari tarikh jangkaan, kerana perutku benar-benar keras dan cembung, serta aku tak mamou lagi berdiri lama. Tapi Iyad menepati tekaan doktor (biarpun aku tak pasti tarikh kedatangan haid terakhir dulu). Makan malam 30hb suami membawa aku dan Alya ke Pizza Hut. Suami yang teringin. Aku tumpang sama. Sewaktu makan, aku katakan pada suami yang aku nak makan lebih sikit malam tu. Sebab aku rasa tengah malam atau pagi yang kami akan ke hospital. Jadi malam tu aku makan mushroom soup, cross cut fries, garlic bread dan pizza.

Betul seperti diduga. sekitar jam 3.30 pagi aku tiba-tiba terjaga. Perutku keras dan seperti ada contraction, Sepuluh minit kemudian aku rasakan contraction yang agak kuat. Aku bingkas mengambil wudhu dan solat. Niat nak baca surah Maryam terbatal bila sekali lagi contraction yang sama kuat aku rasa sepuluh minit selepas tu. Aku kejutkan suami memberitahu contraction dah datang dan kurasakan kami perlu ke hospital. Suami pun mengambil wudhu dan bersolat dahulu sebelum bersiap untuk ke hospital.

Turun ke bawah sekitar jam 4.20 pagi, ibu mertuaku sedang di atas sejadah. Beliau memang bangun jam 4 pagi untuk bertahajud. Usai salam dan minta didoakan agar dipermudahkan, kami menuju ke hospital. Jam menunjukkan pukul 4,30 pagi. Dalam hening pagi di dalam kereta, comtraction kurasakan makin kerap dan menyakitkan. Tiba di hospital kurang 15 minit selepas itu, aku memberi terus buku merah kepada nurse di kaunter PAC. Aku diarah terus berbaring di katil untuk diperiksa. Rasanya contraction sewaktu itu sudah sekerap sela lima minit sekali. Doktor dan jururawat India yang mebantu ku berkali-kali bertanya perihal air selusuh dan air doa dsb, puas ku katakan yang aku tidak mengambil apa-apa air sebelum datang. Doktor itu mengatakan yang aku nampak seperti dalam kesakitan yang amat. (mestilah aku sakit, sedang contraction!). Bila dilakukan VE (Vaginal Examination), bukaan rahimku sudah mencecah 6cm. Padanlah aku sakit betul.

Disebabkan rekod terakhir temujanjiku pada 28hb tertulis bahawa Dr Murali perlu dimaklumkan sejurus aku di fasa kelahiran, maka Doktor HO sibuk menelefon superiornya. Tak lama kemudian datang Doktor MO pula dan sibuk menelefon cuba untuk memaklumkan Dr Murali akan patientnya ini. Tapi Dr Murali tak ada dan mereka mengatakan cuma specialist on-call sahaj dimaklumkan, dan itu sudah memadai. Selepas itu, VE dilakukan sekali lagi dan bukaan rahim ku sudah mencecah 9cm. Lekas-lekas aku diarahkan untuk dibawa ke bilik bersalin. Suamiku dimaklumkan dan katilku disorong ke wad bersalin.

Setibanya di wad bersalin (sekitar jam 5.30 pagi) jururawat memanggil MO bertugas memaklumkan akan perlunya kehadiran MO tentang kes ku. (MO notified). Suamiku masih belum muncul. Contraction makin kerap dan kuat dan aku cuma mampu mengenggam besi katil kiri dan kanan menahan kesakitan. Doktor memberitahu dia akan masukkan urether (kalau tak silap ejaan) untuk mengosongkan pundi kencing ku. Belum sempat dilakukan prosedur itu aku sudah rasa nak meneran dan nak ter B sangat-sangat lalu- POP!! Aku tak tahu apakah itu tapi aku rasa air ketuban ku pecah dan baby dah nak keluar.

Doktor menghampiri dan menaikkan kakiku serta bidan terus bersedia menyuruhku meneran. Sekali teran yang panjang , keluarlah Iyad dari alam rahim yang didiaminya genap 9 bulan 10 hari pada jam 5,42 pagi. Iyad berada di atas perutku 10 minit sebelum suamiku (akhirnya) tiba dan terperanjat melihat baby dah lahir. Iyad diazan dan dibawa pergi untuk dibersihkan serta ditimbang. Sementara aku dipersiapkan untuk dijahit.

SELEPAS KELAHIRAN IYAD

Aku dan Iyad disorong ke wad kira-kira hampir jam 9.00 pagi. Waktu itu, rahimku terasa amat sakit seperti contraction sehingga tergambar jelas di mukaku, Aku beritahu suami, sakitnya seperti sakit senggugut malah lebih dan berpanjangan. Kadang-kadang aku rasa contraction pun tak sakit macamni (sebab contraction untuk melahirkan Iyad sekejap sangat). Sambil-sambil suami memperkemaskan baringan dan menyusun barang-barang di atas meja almari, aku menjeling sahaja kepada Iyad. Mukaku masih bekerut menahan sakit. Tiba-tiba pengawal datang mengarahkan suamiku keluar kerana waktu melawat belum tiba. Sebelum suami pergi, aku minta suami menemaniku ke tandas untuk membuang air kecil seperti yang nurse arahkan sebentar tadi. Nurse cakap pundi kencing harus sentiasa dikosongkan bagi memberi ruang untuk rahim mengecut dengan sempurna. Kesakitan yang aku rasakan adalah disebabkan pengecutan otot rahim. Di tandas, aku merasa teramat-amat lemah, dengan darah yang masih banyak mengalir membasahi kaki. Aku duduk di atas tandas sambil suamiku membersihkan darah-darah di kaki dan pehaku. Saat aku mahu bangun setelah menukar baju, tiba-tiba aku rasa pandanganku berpinar dan seperti tak jejak tanah. Aku sempat berkata kepada suamiku aku berasa seperti pitam dan gelap mata dan aku terus longlai. Mujur suamiku ada bersama dalam tandas, dia yang mengampuku dari jatuh dan memapahku pulang kembali ke katil. Katanya wajahku pucat lesi sangat Selepas aku selesa di katil, suamiku pulang membawa bersama uri untuk diuruskan. 

Sepanjang ketiadaan suami, beberapa kali aku mengerang sehingga meringkuk dek kerana kesakitan yang teramat sangat. Dua patients lain di hadapan katilku turut risau dan bergilir memanggilkan nurse. Nurse sekali lagi memberiku painkiller dan sebiji remote untuk ditekan jika ingin memanggil nurse (Tapi tak berfungsi pun remote tu). Sekali sekala bila nurse dan doktor datang aku minta mereka memberi Iyad kepadaku untuk disusukan. Ini kerana aku berasa amat lemah dan dalam kesakitan. Paedatrik yang memantau Iyad memberitahu nurse perihal aku pitam tadi dan nurse dengan tegasnya menghalang aku dari bangun lagi untuk ke mana-mana terutama ketika aku seorang diri. 

Tibanya waktu melawat tengah hari, kelibat suamiku kelihatan. Dia menemaniku dan menyuapkan ku bubur ayam McD (aku makan buburnya sahaja) serta milo panas. Memandangkan aku masih belum selera makan makanan hospital tapi aku dah berasa lapar. Tak lama kemudian, keluarga mertuaku tiba bersama Alya. Alya sangat teruja melihat adik kecilnya yang baru lahir. Disebab kan hari kelahiran Iyad adalah cuti umum (Hari Merdeka) , maka waktu melawat berlanjut dari tengah hari sehingga jam 7 malam. Keluarga mertuaku pulang sekitar jam 3 untuk ke kafeteria, tapi suamiku terus menemaniku sehingga ke petang. 

Sakit rahimku masih kerap dan kuat terutama ketika menyusukan Iyad dan sepuluh-lima belas minit selepas menyusukannya. Aku cuma berzikir menahan sakit. Sebelum suamiku pulang, Seorang doktor Gynae datang memantau dan mengatakan aku dibenarkan discaj hari ini juga. Hurm tak sempat nampaknya aku ingin bermalam di hospital dan membenarkan suami rehat malam ni, sama seperti situasi ketika kelahiran Alya. Jadi suamiku terus menguruskan hal discaj dan pembayaran di kaunter manakala aku menukar baju, mengemas barangan peribadi dan menukar baju Iyad. Kami pulang sekitar jam 8.30. 

Urusan mengambil kereta, memulangkan kerusi roda dan singgah di Kosas mengambil beberapa barangan peribadi (kerana kami menukar plan - berpantang di rumah mertuaku), mengambil masa  hampir sejam. Punggungku terasa teramat sakit kerana duduk dalam jangka waktu yang lama (di atas kerusi roda dan di dalam kereta). kami tiba di rumah sekitar jam 930 malam dan suamiku memapahku terus ke atas. Sakit sehngga mengalir air mata :'(

Malam itu aku bersedia untuk tidak tidur seperti malam pertama ku bersama Alya (juga di rumah mertuaku) dulu. Tapi Iyad rupanya amat mudah, dia hanya tidur dan berjaga selang 3 jam cuma meminta susu dan kemudian tidur kembali. Alhamdulillah. Hari-hai berpantang seterusnya akan kuceritakan dalam post yang akan datang (jika ada) hehe.. 

Till then, Jumpa lagi!