Monday, July 5, 2010
Konvokesyen
hai semua.. tengoklah tu.. tu la gambar saye mase konvo nanti.. ntah pape je muka kan? nak buat cane, tu je la gambar paling latest yang saya ada..
Haha btw konvokesyen saya nanti pada 7hb ogos sidang 1 ye ( kul 7.30 pg sampai 12 tgh hari) ye.. jemputlah datang :)
Tuesday, June 29, 2010
Annyeonghaseyo!!
Salam hello gentle readers.
Saya harap kalian doakan saya terus ye lepas ni. Moga2 tuhan mudahkan jalan untuk saya capai impian saya ni :)
행운을 빌어요!! [maksudnya good luck]
Sampai sini. Annyeong ha ge se yo!!
Lama dah tak update blog. Dah macam buntu idea ni tak tau nak tulis ape. Untuk pengetahuan semua, saya dah habis belajar kat UKM (macam semua org dah tau je?) hehe.. Sekarang saya ialah seorang pelajar di ICLS iaitu Inter-Cultural Language School. Saya belajar bahasa je. Baru dua hari jadi pelajar. Sebelum ni saya penganggur tapi bukanlah takda kerja goyang kaki eh, kadang-kdang say jadi pemandu adik balik sekolah. Lagi satu sebab rumah saya sedang dalam proses ubahsuai jadi semua barang kena angkat pindah . Penat lah jugak sampai sekarang belum habis unpack.
Oh ya, saya dah dapat surat tawaran sambung sarjana kejuruteraan dari UKM semalam. 5 Julai ni dah kena daftar dah. 5 Julai? Haah, tak sampai seminggu lagi.. Tapi saya dah jugak dapat biasiswa sambung belajar kat Korea tu. Semua orang pun suruh pegi Korea tu. Kalau kat situ saya akan buat pengkhususan bidang iaitu dalam bidang highway and transportation. Memang favourite tuh. Hehe..
Jadi saya putuskan untuk terima tawaran yang tulah. Walaupun lama duduk kat negara orang tu dan cabaran yang bukan sedikit (sampai Kak Norinah pun risau). Tapi saya tetap akan berusaha sehabis baik. Niat saya satu, untuk belajar, timba ilmu dan pengalaman banyak2 lepas tu nak balik Malaysia bawa balik semua yang saya dah belajar untuk berkhidmat pada negara tercinta ni pulak. Ceh, patriotik sungguh.
Saya harap kalian doakan saya terus ye lepas ni. Moga2 tuhan mudahkan jalan untuk saya capai impian saya ni :)
행운을 빌어요!! [maksudnya good luck]
Sampai sini. Annyeong ha ge se yo!!
Sunday, June 20, 2010
Saya dah Bosan
Salam Hai Pembaca Budiman
Saya dah bosan dengan template blog lama jadi saya tukar dengan yang baru ni.
Namun begitu saya telah pun bosan jugak dengan template blog yang baru ni biarpun belum sampai setengah hari lagi tukar. tapi saya malas lah nak pegi cari-cari lagi template lain yang menarik. Jadi saya putuskan untuk biarkan saje template ni mungkin di lain masa saya rajin nak tukar lagi nanti. Tapi saya tau saya bukannya ada banyak masa pun. hahah.
Saya bosan lah tengok cerita-cerita dalam blog ni. Apa pasal lame sangat. Saya nak sangat cerita pasal benda-benda yang menarik perhatian saya sendiri. Contohnya macam laptop Acer saya dah rosak dan saya perlukan laptop yang baru. Ataupun cerita saya bersama keluarga outing pergi i-City dan sangat seronok serta teruja bergambar kat sana. Ataupun cerita saya duduk kampung selama 5 hari minggu lepas. Ataupun cerita saya pergi kenduri kahwin Kak Nani lepas tu jumpa Umai. Ataupun cerita saya bermalam kat rumah Maklong Ani semalam. ataupun cerita tentang rumah saya dah nak renovate jadi sekarang saya tengah pindah barang pergi rumah sebelah dan saya sakit pinggang. Ataupun saya tengah rindu kawan saya yang tengah ada training PIPE kat Bangi. Ape-ape jelah asalkan saya tak rasa bosan. Eh, saya macam dah tercerita semua pulak. hihihi..
Sibuk la sekarang. Ada banyak benda belum selesai......................
Wednesday, June 9, 2010
Tayangan Hidup
Salam hai pembaca budiman
p/s :sambil-sambil nyanyi lagu putaran kehidupan-firdaus
tegapnya pohon itu
tak terusik dek hembusan angin lembut
atau kencangnya ribut
tetap berdiri memberi teduh
menadah dahan bergantung lenguh
katakan apa saja cemuh, kekal ia tegak tak ke mana
lihatlah pula sang gagak
ke sana ke mari ia berterbangan
kadangkala sendiri kadangkala berkawan
maksudnya satu mencari mangsa
mengisi nafsu meninggal cela
tiada istilah setia, bila jemu terbang bercempera
di sana juga ada bunga lalang memerhati
melihat dan mengasihani
memandang dan membenci
cuma tiada daya lesu di sisi
iya mereka terlalu asing dan kecil
apa saja watak mereka
dalam tayangan hidup, tetap dipayungi awan
dan cuma tinggal masa
selama jantung berdegup, tetap harus kita melawan!
Terima kasih wahai si pohon nan rendang, kekal kau menyua dahan buatku bergantung. Terima kasih wahai awan biru yang mendamaikan, tetap kau memayungi memberi ketenangan. Terima kasih si kecil bunga lalang yang comel, masih kau di sana memberi perhatian. Terima kasih si gagak yang datang hinggap, kau pergi membawa yang busuk itu jauh dari sisi :)
p/s :sambil-sambil nyanyi lagu putaran kehidupan-firdaus
Friday, June 4, 2010
Wednesday, May 26, 2010
Itu saja pintaku
Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan.....
Monday, May 24, 2010
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Salam hai pembaca budiman
Saya tak tengok konsert akhir AF8 sebab malam yang sama ada majlis makan malam dengan kawan-kawan sekelas. Lagipun memang tak berapa kenal pelajar AF8 ni sebab semester ni kan sibuk, jarang-jarang balik tengok TV.
Tapi balik je malam tu tengok ibu kirimkan lagu ni. Dah jatuh cinta katanya, sebab best dengar. Saya pun cepat-cepat klik link yang ibu bagi tu. Tengok. Memang jatuh cinta 'dengar' pertama.. Sesuai.. ;)
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Mankah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu
Menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita
Yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama kupendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Friday, May 21, 2010
entri bengang?
Eceh, beli barang kunun. Sehari suntuk tu entah jumpa ke tak apa yang nak dicari tu.
Esok lagi sehari suntuk. serunuknya haha.
kite kawan jelah nak?
Esok lagi sehari suntuk. serunuknya haha.
kite kawan jelah nak?
VIVA dah habis!
Salam hello gentle readers!
Lets party2 I finished d VIVA
Lets hooray2 everything went well
Lets yippie2 yaaa I'm done with my undergraduate study
Oopps but Prof Riza asks us to do something with the sensitivity test. Hurmmm.. But we did EXACTLY like what Prof Amir did, with Shat referring to his PhD thesis, and I am referring to his journal.
And Prof Amir just told us to put it in 'cadangan kajian lanjutan'. Seems like he doesnt really cares what Prof Riza said. ahah! So the one left confused here is me and shat. huh!
Anyway I'm gonna meet my supervisor today to verify this matter. Hoping that it will settle soon ;)
Oh, I didnt managed to put every single name of personnel involved in completing my thesis in the 'Penghargaan' part..
So here goes the appreciation :
- First big big big thanks to my supervisor Prof Amir for guiding me along the way (of course).
- Second double big thanks to my parents. The whole thesis project was funded by them. Mom, dad, I cant pay you back now. Bila dah kerja dah ada banyak duit adik bagi k. (reimbursable org kata) haha
- Again big big big thanks to Abg Zul, for being a very good companion, and driver. He accompany me all the way to Kuantan, taking one day off from his work, let us ride in his car, and drive me to all 8 territories in Kuantan. Also pay for my meal. *wink*
- Also big thanks to my best friend Muhd Areepo. I went to Kuantan for the first time with him. He bought me the ticket, and accompanied me to MPK, let me use his HP for taking pictures, and we were back in Bangi on the same day cuz he got courses the next day. (he didnt tell me because he had promise to accompany me.) Oh I'm touched :')
- Next goes to Abg Shah. Also thousand thanks because he guided me the way and showed me congested road in Kuantan during my first arrival in Kuantan with Arep. He was also being a great help guiding abg zul, and let abg zul sleep in his house, and he also bring us to the great ikan bakar restaurant in Sg Karang! Oh not to forget he helps me distribute my questionnaires and posted them back to me. :')
- Big thanks also to mimie, my cousin. She let me stay in her hostel room that night, and helps me distribute the questionnaires too! :)
- Oh, this is special to Mr Wan Khairul Amili, without his help, I just cant finish analyzing using that SPSS software :')
- Also to my mate, Siti Shatirah who did the same topic with me, I wish u all the best!
Okay okay i think enough with the list. Not to forget my biggest appreciation to my mentor Prof Othman A. Karim for his concern and motivation. Really appreciate that. :'). Also to my favourite people, Ct Ecah, Nur Shakira and Mohd Ramzi. These people have been standing along with me thru my ups and downs, calming me and be very supportive and understanding. They know how to cheer me up and they never give up on me. Thanks a lot friends :')
Thanks to all my classmates and my brothers and sisters (the convo family) for all your support. I heart you all! Mmmuaahh! :)
Wednesday, May 19, 2010
Maafkan aku menduakan cintamu
Salam hai hello pembaca budiman.
Hari ni wa kasi satu statement panas dari tajuk wa tu.
Tapi tajuk jela. Wa tanak elaborate lebih2. haha
Wa skang tengah ting tong pasal viva tesis wa ni. Bukan ape, tak sabar sangat lah rasenye nak habis. Tak larat dah wa rasa. Tak sabar nak balik jugak. Kadang2 duduk sini fikir benda tidak2 banyak lah. Wa rimas beb, rimas!
Oh lupa pertama skali wa nak mintak sorry lah pasal bahasa wa tak menepati piawai bahasa kebangsaan. Pasal malam ni wa nak jadi rebel kejap. Alah tapi kejap jelah, wa kan budak baik~ haha
Skang wa rasa macam kayu sikit lah. Batu pun ada jugak. Tapi tak taulah batu kat kepala ke kat hati ke. Sifat kasih mengasihani wa berkurangan lah. Orang putih kata decreasing la. Wa pun tak tau lah kenapa macam ni.
Eh wa ni dah rebel nak jiwang pulak. ceh.
Ada satu golongan orang kat dunia ni bila dia dah tau kekurangan diri dia tak tau nak ubah. effort pun takde itu yang wa heran lah. wa kadang2 nak je cakap kita ni bukan ke tengah berusaha nak jadi ke lebih baik. bukannya kalau dah busuk tu biarlah kekal busuk tanak mandi pulak kan. haha
Eh lu orang paham ke wa cakap apa? alah kalau tak paham pun ada ke wa kisah. Wa bukan apa, kalau lu ada rasa2 nak maju tu silelah berubah pastu grab segala peluang yang ada kan. kalau nak ikutkan sifat2 lama yang entah macam apa tuh memang tak ke mana lah. sebab tu lah kita gagal.
Eh apa ingat gagal tu bila exam dapat F ke. bukan lah weyh. gagal tu subjektif lu tau tak. kalau lu lepas makan tak basuh pinggan macam adik wa yang paling kecik tu pun lu gagal tau tak. gagal mengurus diri sendiri. ah kesiaann.
Eh wa rasa macam bajet plak cakap camtu doh. Tapi wa apa kisah. Biarlah wa nak cakap apa. Bukan dengar suara pun. wa selalu diam tu wa bukan buat bodoh je. wa renung2 sket, wa fikir2 sket, wa nilai. pastu wa buat la kenyataan. haha.
***
wa slalu orang tengok macam tak matang doh. perangai nak budak2. apa ingat wa ni pandang remeh ke. wa masuk kelab teater la weyh. latihan malam2 buat penghayatan. penghayatan apa? penghayatan atas semua benda lah yang jadi kat dunia ni. kadang kadang nak 'rasa' kewujudan jari wa tu je dah 2 jam. itu baru fikir pasal kehadiran jari dalam hidup wa. lepas tu tangan? kaki? semua amik mood doh. semua ajar wa cara fikir dalam2. Tapi tak payah kot wa nak tunjuk semua tu kat orang dalam setiap tindakan wa, ye tak.
Wa diam tu wa tengah fikir. Wa senyum tu wa sindir. wa cakap tu wa tengah analisis. wa angguk tu wa buat kesimpulan. wa gelak tu wa cover je haha..
Oklah lu orang semua pegi tido. wa nak tamatkan caci maki wa ni. Alah jadi rebel 30 minit salah ke. dahla wa cakap kat belog sendirik kan, takde hal la. Wa mintak sorry la kalau lu baca ni sakit jiwa tengok ayat dan tulisan wa. Macam wa cakap tadi. 30 minit jer.. haha.
Wa choww dulu lah. layan bantal rama-rama wa tu lagi best!
p/s: Eh lu pandang2 wa pehal. Wa tak cakap kat lu la.
Saturday, May 15, 2010
Syukran-HH
Salam Hai Pembaca Budiman
Memang memang memang dah terlambat pun.Album ni macam dah lama kan. Tahun lepas kan. Tapi nak bgtau kat sini walaupun DAH LAMA, tapi saya tetap terjatuh, jatuh dan jatuh cinta pada beliau.
Ooops..
Maksud saya SUARA beliau.
Syukran is much much better than the previous album. Saya suka SEMUA lagu dalam Syukran termasuklah dengan tuan punya suara sekali. bahah..
Encik HH kalau baca ini post, tahniah dan nak cakap,
"Sakit tau buat saya terjatuh! Ouch!"
Tahniah, anda diminta belajar lagi.
Salam Hai Pembaca Budiman
Hari ni ialah tarikh menghantar tesis dan malam tadi saya tak tido lah (macam biasa) sebab mengedit2 format segala supaya lengkap sempurna tesis tu bila nak hantar hari ni. Dulu (iaitu sebulan sebelum) saya tak yakin dan tak percaya yang saya boleh siapkan tesis ni sebab semua 'guru' harapan nak ajar guna SPSS tak tau ajar macamana cara sepatutnya yang student FKAB guna. Nak taknak kena cari senior jabatan sendiri jugak ajar. Jadi syukur lagi sekali sebab jumpa jugak senior JKAS dulu iaitu abg Wan Khairul Amili yang ajar dengan lengkap dan suksesnya cara nak buat permodelan tuh. Setinggi-tinggi penghargaan buat beliau, walaupun kami cume belajar dan mengajar melalui telefon jer.. huhu
So lepas lunch tadi saya dan Ecah dah pegi print tesis yang setebal 134 muka surat tu(banyak gila kan?), tapi hantar kat Prof dah pukul lima jugak. Haha.. Nasib baik call2 Prof ada kat bilik. Dahla buat tiga copies, habis duit saya duit mak bapak saya. Tapi demi segulung ijazah, amikla amikla..
Untungnya bila walaupun tak buat appointment, tapi Prof tetap sudi melayan anak didik dia ni. Dari muka surat satu sampai lah ke Lampiran Prof selak sehelai demi sehelai. Erm seingat saya bab 1 je kot yang kena susun2 sikit. Yang lain semua formatting,sumber rujukan dan Prof bg penekanan kat formatting bahagian rujukan. Yang bestnya Prof tanda kalau kene letak noktah ke, huruf kecik ke kat semua. Kira siap ada kelas format rujukan lah tadi dalam bilik Prof. hehe..Seronok jugak sbb lepas ni boleh wat correction then bg Prof Riza yang dah siap corrected. Prof Amir kata nanti takdelah Prof Riza complain banyak2. hehe..
So lepas ni untuk tesis saya nak buat correction, untuk projek management saya nak buat report dan slide untuk presentation isnin ni. Untuk BQ, hmmm.. tak tau nk tolong ape dah. hehe
Viva saye jatuh pada tarikh 20hb May, 3.30pm.(Akan kukenang sampai bila2). Harapannye agar dipermudahkanlah segala dan dilancarkanlah bahsa dan diyakinkan lah muka. Chewwaaahh. :P
Lepas viva InsyaAllah ada masa kecederaan seminggu untuk correction dan buat several copy serta bind hard cover. Lepas hantar semua yang patut, boleh lah balik rumah ke balik kampung ke untuk bersenang lenang dan belajar memasak. Hahah..
Oh ada good news lah kat cni. Ingat lagi masa dulu2 tak lama lepas result UPSR saya dapat satu surat rasmi yang kat depan dia tulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Heh yeke? tipu kot.. haha.. Tapi sungguh, sangat teruja bila dapat surat tulis nama penuh saya pastu tulis kat bawah dia, Tahniah, anda ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Dan letak alamat sekolah. Peh keterujaan memang melampaui batas la nak2 waktu tu pertama kali masuk asrama.
Lepas SPM pulak dapat lagi surat lebih kurang sama tulis pun sama jgak kot, dia kata Tahniah anda ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Dan letak alamat Matriks. Teruja kan masa tu? hehe..Agaklah..
Habis matriks berdebar-debar pulak tunggu keputusan permohonan masuk ke IPTA tempatan. Tapi masa tu dah banyak sangat surat tulis tahniah dapat tempat tapi pegi IPTS la. Ingat lagi ada satu tu tawarkan buat diploma Performing Arts lagi. Haha macam tau2 je.. Oh berbalik pada cerita asal tak lama lepas habis matriks dapat lagi satu surat tulis nama saya pastu "Dengan sukacita saya bg pihak Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan tahniah kepada saudari dan seterusnya menawarkan tempat pengajian ijazah pertama bagi Sesi Akademik 2006/2007. Butir-butir tawaran adalah seperti berikut", pastu die tulis lah nama fakulti, program dan sebagainya. Hebat tak saya hafal? Hahah ingat hafal ke, surat tawaran tu ada kat sebelah niha laa..
Empat tahun belajar bawah tanggungan kerajaan ni. Tak sedar masa berlalu tiba-tiba tadaa! minggu depan dah nak viva lah. (viva selalu ialah benda terakhir yang student universiti buat dengan stress. hahah). Maka perjalanan universiti pun telah tamat. Eh siapa kata tamat? Yang tamat tu pengajian ijazah pertama. Kan ade lagi ijazah kedua dan ketiga? Hahah. Tak percaya, tengok kat bawah ni.
Apa? tak nampak ke? Klik lah kalau nak baca betul-betul.
Macam tulah kisahnya. Saya ditawarkan pengajian ijazah kedua dalam bidang kejuruteraan awam. Oh ini baru semakan atas talian la. Surat tak sampai lagi jadi tak tau lah dia tulis apa nanti kan. Mungkin sebab UKM jugak dia akan bagi ayat sama macam kat atas cuma tukar ijazah pertama jadi ijazah kedua hahah.
Teruja lagi ke kali ni? Heheh mestilah teruja. Adik Hazim yang nak ambik UPSR bulan sembilan ni merungut sebab banyak nak study dan dah bosan belajar. Adik, kakak sampai umur 23 tahun belajar lagi. Tengok, nak sambung belajar lagi sampai tua ni. Tak bosan pun, teruja adalah. Well tipulah kala tak bosan adalah bosan sikit masa nak hantar assignment tapi see masih teruja nak sambung pengajian kan? hahah.
Alhamdulillah, setinggi syukur buat pengatur semua kejadian ni. Semoga perjalanan dalam menimba ilmu demi jalan Allah ni dipermudahkan. Aminn..
:)
Wednesday, May 5, 2010
I will make u proud! :)
"i can imagine being one proud man
on the stage
seeing you pass by me
taking your scroll"
Deeply touched by the phrase. And it keeps me motivated, keeps me inspired.
My inspiration,
I will try my best
So I can make you proud
Definitely..
:)
Monday, May 3, 2010
ACES EVERYBODY!
IN LIFE
I DON'T WANT TO FAIL
I WANT TO PASS
I DON'T WANT TO JUST PASS
I WANT ABOVE THE PAR
I DON'T WANT JUST ABOVE THE PAR
I WANT EXCELLENT
I DON'T WANT JUST EXCELLENT
I WANT AN A
I DON'T JUST WANT AN A
I WANT A 100 PERCENT!!
Why I'm not this motivated before?
I wish I were, so my life would be better
So my self confidence would boost higher
Well, of course, no regrets for something from the past
As easy as the lips say"Hey, look forward!"
But we always frown and look behind
As if the shadows form the past are chasing
And we are taken aback
By our own 'good' deeds
Hey, hey just yet
Life is something we need to appreciate
With love, with people
With luck, something to gamble
So move on buddy Its not too late
To strive, focus and be great
MOVE EVERYBODY, ACES ARE MAKING THEIR WAY!!!!!!
ALL THE BEST!
P/s : Engkau mengarut ape ha Nadia.... (^ ^)"
Sunday, May 2, 2010
Bila April
Salam hai pembaca budiman,
Nadia..Nadia..
April untuk tahun ni baru lepas semalam
April tahun ni paling banyak acaranya
April tahun ni paling banyak air mata
April tahun ni paling banyak tekanan
April tahun ni paling menuntut keputusan
April tahun ni paling banyak emosi
April tahun ni paling menguji
April tahun ni banyak kenangan
April tahun ni tak mungkin dilupakan
Nadia..Nadia..
Pandang depan. Satu-satunya perkara yang menarik minat saya sekarang ialah pelajaran dan masa depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




