Belum 2 jam lagi aku sampai di UKM. Tapi tahap kebosanan yang aku rase sekarang sangat memuncak-muncak. Bukannye aku takde keje nk buat. Final exam aku lagi 2 minggu je. Malah homework aku pun bertimbun-timbun tak terkira. Tapi aku rindukan Abg Zul. Rindu tu satu hal, yang aku sakit hati sangat sebab aku tak dapat hubungi die. Hai ke mane ajelah die ni pergi. Msg tak reply, Call tak dapat. Dengan housemate die, bestfriend die, sorg pun tak dapat dihubungi. Tak jadi kerja aku kat sini.
Biarlah aku tahankan jer isi hati aku ni.
Tapi cerita yang nak aku kongsikan kat sini bukan tentang Abg Zul. Tapi tentang Atuk.
Sepertimana yang mungkin sesetengah orang dah tau, aku membesar di kampung. Bersama atuk, bersama nenek. Aku sangat manja dengan atuk, mungkin memang semulajadi sifat aku yang suka bermanja-manja. Atuk cakap atuk tak manjakan aku, cuma aku sendiri yang manja. padanya. Haha. Walau ape pun tanggapan, aku adalah cucu yang paling rapat dengan atuk.
Sejak lahir, aku dibesarkan oleh atuk di kampung, sementara ibu mencari rezeki di Kuala Lumpur. Sesekali hujung minggu bila aku tahu yang ibu akan pulang, seharian aku menanti di depan pagar rumah Atuk, bersama kerusi rotan kecilku, menanti kelibat bas Jebat yang dinaiki ibu.
Atuk seperti yang diakui penduduk kampung, terkenal tegas. Bagi kami, lebih kepada garang. Suara atuk sahaja aku kira sekuat halilintar. Sampai bila atuk bersuara, terketar lutut sepupuku yang baru pulang dari bandar(mereka tidak biasa mendengar suara"guruh" atuk sepertimana aku dan along). Aku membesar sebagai budak kampung yang comot. Musim menanam padi, atuk belikan sepasang boot merah jambu yang sangat comel buatku. "Kalau tak pakai nanti lintah naik kaki." kata nenek. Tapi aku pakai bukan kerana takut lintah, aku pakai sebab boot itu sangat menarik perhatianku. Aku dan along ikut serta atuk dan nenek menanam padi di sawah. seikat padi kami habiskan secepat yang boleh, kerana selepas itu kami boleh 'berenang' di sawah.
Lumpur dan air sawah walaupun kelabu, hitam,melekit dan kotor, kami tak kisah. Aku dan along akan baling lumpur ke arah satu sama lain, dan berendam dalam air sawah untuk membersihkan sisa lumpur yang telah kering di muka. Aroma dari sawah paling aku suka waktu itu.
Tiba musim menuai, atuk tak benarkan kami ikut ke sawah, jadi kami menunggu di atas rumah(biasanya aku akan bergaduh dengan along). Mungkin kerana keadaan sawah yang kering dan tanahnya keras, atuk risau membahayakan kami(atau padi-padinya yang telah masak bunting).
Tapi sewaktu membanting padi di bangsal bersebelahan rumah, kami dibenarkan ada di situ. Atuk mengerah seluruh kudrat tenaga tuanya untuk membanting padi dalam satu kawah kayu yang besar(aku lupa namanya). Aku disuruh membantu nenek menampi padi-proses yang paling aku tak suka. Menampi padi sangat leceh dan memenatkan. Sering juga atuk menggunakan kipas angin untuk mengasingkan padi dan jeraminya. Proses seterusnya menyimpan beras tidak aku ambil peduli waktu itu. Selepas musim menanam padi, boot aku yang cantik cuma terbiar di setor belakang rumah.
Atok mengajar sendiri kami mengaji alQuran. Kami cuma diajar panjang pendek bacaan. Bukan jenis mad yang terdapat pada ayat tersebut. Ada juga 2,3 orang anak orang kampung lain yang dihantar mengaji di rumah atuk, tapi lebih kepada menjadi mangsa buli Along sehaja. Syukur terang hatiku mengaji Quran dengan atuk. Aku khatam 30 juzuk alQuran ketika umurku 8 tahun. Suara atuk bak halilintar itu memang menggerunkan aku. Rotan panjang atuk buat libas jika salah pun betul2 buat aku kecut perut. Mungkin sebab itu aku khatam lebih awal dari rakan-rakan seusiaku.
Ketika aku tadika dan darjah 1, ada waktu-waktunya atuk akan buat amali solat di rumah kami. Dengan rotan panjang di tangan, atuk menyuruh kami berdua mempraktikan solat, dengan membaca segala bacaan dengan kuat. Posisi sujud dan rukuk harus betul, jika tidak pantas aja rotan itu naik. Paling aku sukar sekali menyebut waktu itu adalah niat dan doa iftitah. Entah kenapa aku selalu keliru rukun pertama solat tu.
Bicara tntang rotan, rotan Atuk ada di mana-mana. Tidak percaya?Tanyalah rakan-rakan ku di kampung. Mereka pasti tidak lupa. Rotan itu di rumah, juga ada di dalam kereta, di chalet, paling aku tak lupa rotan yang ada di surau. Atuk sorok di belakang cermin, senang dan paaktikal untuk diguna bila suara aku atau along (biasanya along) kedengaran sewaktu solat berjemaah atau bacaan yaasin sedang dialunkan. Aku masih ingat semasa aku berumur 5 tahun, Along tak mahu ke tadika. Tapi Atuk mengerah juga dan mengejar along yang lari (lari dari rotan) hingga ke tadika.
Aku sampai tadika 10 minit kemudian, melihat along sedang di rotan atuk di tengah-tengah court takraw, dikelilingi kanak-kanak berbaju merah petak putih(baju tadika kami) yang membentuk bulatan. Perkara tersebut memang fenomena biasa. Abangku terkenal nakalnya.
p/s:sampai sini jelah dulu. Next time aku sambung lagi.

4 comments:
wah..
menarik la zaman kanak ko..dpt bergelumang ngn lumpur sawah...
xpenah lg merasa..huhuh...
kim slm kat atok ek
Bestla kakak dpt gi sawah. Aziq tgk sawah pun dah drjh 6 lawatan sklah kt Kg Hj Dorani Homestay, kna byr lgi. Ayah pun garang mcm atok gak.
To Areepo : zaman kanak2 aku mmg special. Ade bnyk lagi perkara2 menarik selain sawah tu.. Nanti untuk bhgn seterusnye aku nk cerita pulak macamana nenek aku wt belacan. hehe
To Aziq : tula sayang budak2 zaman skang. Lagi2 yang duk bandar nih.. (tapi kalo ko duk kg skang ni pon org2 kg da tak kerjakan sawah lagi) huhu..
"Perkara tersebut memang fenomena biasa. Abangku terkenal nakalnya."
ya saya pun rase di nakal.hehe..
citer ttg aku xde ke..huhu
Post a Comment