aku impikan yang indah-indah
mahu kecapi rahsia alam berjuta
aku bayangkan kilau gemilang
nikmati silau mata terang
mahu duduk atas pokok tengok banyaknya awan
topang dagu senyum tengok burung berkawan
mahu rasa angin sebelah sana, khabarnya lembut
ingin berteman, mungkinkah salamku bersambut
kadang angan kita secantik permata
kadang termimpi bulan jatuh ke riba
selalu juga nampak bahagia depan mata
selalu juga fikir hidup cuma ada ceria
sekarang tau kalau hujan tak ada awan tak ada burung berkawan
sekarang tau bukan semua mau berteman
sekarang mengerti mana mimpi mana realiti
sekarang mengerti kalau bulan jatuh, kita mati
angan dan mimpi, tak salah tapi hati-hati.
p/s : saje merepek petang2 ni..tak sabar nak balik rumah.
1 comment:
Nice Pictures !
from:S.srinivasa rao
india
Post a Comment