Thursday, February 4, 2010

Yang Paling Baik :)

Salam.
Hello gentle readers!

Lama dah tak post ape2 kat blog ni. Bukan busy sangat pun, tapi lebih kepada takde idea. Nape ek? Entahla.
Setakat ni dah masuk minggu ketiga kami (pelajar kejuruteraan tahun 4 shj ye) bermula kuliah untuk semester 2 sesi 2009/2010, merangkap semester terakhir kami sebagai pelajar degree. InsyaAllah. Untuk sem ni aku ambil 5 subjek. Projek Ilmiah II (tesis la ni), Projek Rekabentuk II, Pengurusan Projek, Rekabentuk Struktur II (Steel structure ni), dan subjek pilihan iaitu Pembinaan Jalan Raya. Pada asalnya subjek ni takde dalam jadual so aku ingatkan subjek ni tak ditawarkan. Jadi aku pilih subjek SI (Penyiasatan Tapak). Tak ramai nak ambil SI ni sampai aku kene kempen plak kat kawan2 supaya subjek ni ditawarkan untuk sem ni. Tiba2 ada pulak notis cakap kelas Jalan Raya ade pulak kan. So ape lagi, pilih la subjek ni, alang2 aku dah ambil bidang transport (kawalan trafik sem lepas, tesis pun pasal transport), pastu kalau boleh nak sambung master bidang highway n traffic jugak. hehe.. InsyaAllah.. 

Tapi aku macam teringin la nak ambil SI tu. Aku rasa Geotechnic ni very interesting sebab deal dengan a  lot of uncertainties. Yela benda bawah tanah kan. Tapi aku tak hebat dalam Geo ni. Tak penah dapat A pun. B je manjang (haha kantoi!).. Kalau highway dan trafik pulak pun best blaja. hmm kalau bahagian2 ni tak penah dapat B pulak kn. (hehe).. entahla. rase cam nak ambil dua2 pulak subjek (SI dan Jalan Raya). Tapi tamak sangat pulak. haha

Eh ape banyak sgt bebel pasal subjek ni. Ceh. So update sekarang? Sekarang tgh berjalannye projek design dan juge analisis tesis. Aku tgh menyibukkan diri dengan questionnaires dan juge tgah cari idea untuk projek design. huhu.. Hopefully boleh buat dengan jayanya..

Hehe.. Oh ye. Aku bercita-cita untuk buat yang terbaik, eh bukan, yang palinnggg baik untuk sem ni. Lepas tu dengan izin tuhan, aku bercadang nak sambung belajar lagi (master) dalam bidang jalanraya/pengangkutan. Moga-moga segala impianku ni dimakbulkan tuhan. Aamiinnn.. :)


No comments: