Salam hai semua pembaca budiman.
Salam takziah dan sepotong Fatihah hadiah buat pelawak yang kita kenali, Din Beramboi yang telah pergi menemui penciptanya awal pagi tadi. Ajal maut di tangan tuhan, tak disangka-sangka yang sihat pun boleh pergi..
Laporan lengkap untuk projek rekabentuk baru disiapkan semalam. Perincian-perincian lain yang berkaitan pun dah disiapkan tadi. Lepas tu baru rasa lega sikit dalam kepala ni. Sambil nak tenang-tenangkan fikiran yang dua tiga minggu ni serabut, teringat adik kat rumah.
Adik ni dari kecil memang sungguh hyperaktif. Tak pernah sunyi rumah tu lebih-lebih lagi sebelum abang masuk asrama. Biasanya kalau bukan dia menangis, dia lah yang menjerit. Bergaduh, bergurau, semualah aktiviti-aktiviti lasak yang budak lelaki boleh buat. Selalu aku marah adik sebab tak pernah tau duduk diam.
Paling tak suka kalau balik dari asrama, bila masuk bilik tengok bilik dah sepah-sepah. Lagi angin satu badan bila adik ada hobi suka mengusik, mengacau barang-barang comel yang aku simpan. Sticker2 mickey n minnie yang comel sengaja aku simpan sebab sayang. Tapi adik ambil dan tampal kat buku dia. Buku nota, diari dan organizer yang comel biasanya memang aku simpan sebab sangat sayang nak guna. Tapi balik tengok adik dah conteng-conteng semua muka surat.:(
Aku gemar melukis dulu, sayangkan perkakas lukisan yang ibu belikan. Adik dengan selamba menghancurkan pallete warna kesayangan kepunyaan aku. Menangis pun tak guna, marah pun tak guna.
Tinggalkan sekotak eye shadow Clinique di rumah, bila aku balik adik dah conteng-conteng semua warna eye shadow dan ada yang hancur tinggal debu-debu.. :(
Adik memang tak boleh duduk diam. Sampai sekarang pun dia memang hyperaktif. Perangainya gila-gila walaupun sebenarnya dia kuat menangis. Dulu tiapkali balik mesti ada je yang aku leterkan, yang aku marahkan sebab perangainya yang suka sangat mengacau harta-harta ku yang comel-comel.
Tiba-tiba terasa dah lama lah tak marahkan adik. Sekarang ni kalau bicara aku dan adik pun banyak ketawa. Kadang-kadang dia kena jugak cubit, tapi sebab aku memang sengaja nak cubit.
Tiba-tiba terasa dah lama tak leterkan adik. Dah lama tak menangis sebab sakit hati dengan adik. Aku baru perasan adik dah tak kacau barang-barang aku dah.
Aku baru perasan adik dah tak lama tak menyakitkan hati aku dah (kecuali kalau dia bertengkar dengan abang, ataupun dia menyepahkan barang-barang DIA, bukan barang-barang aku)
Kenapa adik berubah?
Adik dah tak nak main patung kakak lagi? Adik dah tak pandang sticker-sticker comel kakak lagi? Adik dah tak berminat nak pegang organizer kakak yang ade gambar kartun tu lagi?
Oh adik dah besar sekarang.
Adik tahun ni ambil UPSR ye?
Bila jadi situasi macam ni, aku jadi rindu. Rindu suasana dulu. Di mana adik kecil dan suka menyakitkan hati. Lepas ni adik masuk asrama, adik kurang massa dengan kami, adik dah tak nak manja dengan kami. kan adik?
Adik-adikku membesar dengan cepat.
Adik yang baju hijau tu. seblah die baby Cawa.
p/s: Macam ni lah agaknye seorang ibu tu rasa bila anak-anak dia dah besar kan. Rumah jadi lebih sunyi.
Hiruk pikuk dan bingit suara kanak-kanak beraduh beransur-ansur lenyap. Jarang dengar bunyi
benda-benda pecah. Jarang dengar bunyi tangisan (atau rotan). Apelah perasaan tu ye..
No comments:
Post a Comment