Salam hai semua pembaca budiman.
Hari ni saya nak cerita pasal rutin harian saya selama kat sini. Oh, maksud saya, setakat ini. Biasanya saya bangun untuk mandi dan bersiap, pukul 7.30 pagi dan saya akan keluar dari rumah lebih kurang 8.45 (tapi jam saya cepat 10 minit, maknanya saya keluar pukul 8.35 pagi lah). Minggu pertama saya datang saya keluar agak lewat sebab pergi ke sekolah bersaing2 dengan teman serumah. Tapi sekarang tak lagi. hehe
|
Koridor rumah. :) | | |
|
|
|
Halaman rumah tuan rumah. Kami menumpang je. hehe |
|
|
|
Boleh tahan lah, comel je.. |
|
|
|
Pintu rumah saya. Eh, salah. Pintu tuan rumah saya. | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | . |
Waktu pagi je boleh ambil gambar2 ni. Sebab balik sekolah nanti dah malam. huhu.
Perjalanan ke sekolah lebih banyak menurun bukit daripada mendaki. (Geologi kat sini memang berbukit bukau). Saya akan berjalan melepasi 3 orang pengawal yang mengawal di sekitar kawasan rumah saya. Kemudian saya akan melintasi kawasan sekolah. Selalu juga saya jadi perhatian anak-anak yang sedang dalam perjalanan ke sekolah di situ. Mungkin kerana saya sedikit 'asing' di mata mereka. Tiba di hujung jalan, saya harus ke kiri untuk mendaki bukit ke sekolah. Di sudut jalan itu terdapat sebuah mini market yang menjual pelbagai barang keperluan. Malangya ia belum dibuka ketika saya ke sekolah, dan telah ditutup sekembalinya saya dari sekolah. :(
|
Turunbukiturunbukit XD (pengawal ialah mereka yang berkemeja biru tu) |
|
Sekolah sebelah kiri tadi, eh dah terlepas. hehe |
|
Lepas mendaki beberapa ratus meter (dekat sahaja dari mini market tu!), tibalah saya ke pintu belakang sekolah. Chung-Ang University. Sejak bermulanya semester, kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan pelajar yang berpusu-pusu untuk ke kuliah masing-masing.
|
Tadaa! ha ni lah pintu belakang sekolah. |
|
CAU, nampak tak? nampak tak? |
Perjalanan diteruskan merentasi beberapa buah bangunan, menuruni beberapa siri anak tangga, dan akhirnya saya pun tiba di bangunan yang bakal saya diduduki sepanjang saya berada di sini! :)
|
Tangga tangga tangga |
|
Tadaa! ni lah bangunan fakulti saya.. |
Kebiasaannya saya menjadi orang yang pertama membuka pintu makmal (nama di luar sahaja lab tapi dalam dah macam ofis), buka lampu, buka aircond dan settle down di tempat sendiri. Biasanya saya tiba sepuluh atau lima belas minit sebelum pukul 9pagi. Setelah log in di website kami, saya pun meneruskan kerja-kerja saya sendiri sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba di lab.
|
Inilah lab saya. |
|
Cuma 4 orang dalam lab ni. Tengoklah meja saya tu, takde wat pebenda pun. haha |
Esok adalah kelas pertama saya jadi setakat ini saya hanya mencari info mana yang mampu, membiasakan diri menaip menggunakan tulisan korea, belajar bahasa dan memperkaya kosa kata, explore website jabatan kami dan sebagainya. Tiada yang spesifik.
|
Banyak gila kan buku dalam ni? Geram tengok! Malangnya hampir semua dalam bahasa Korea..:( |
Waktu tengahari semua rakan lab akan keluar makan dan saya pula ke bilik Abg Raja untuk menunaikan solat dan berehat seketika. Makan malam adalah sekitar jam 6.30 (sama seperti waktu saya makan di Malaysia), tapi setakat ini saya hanya berbuka puasa sendiri atau ditemani abg Raja). Kebiasaanya rakan-rakan lab saya harus keluar makan bersama-sama, tapi oleh kerana saya masih berpuasa, maka saya tidak turut serta.
Selepas Maghrib di bilik Abg Raja, saya kembali meneruskan telaah, ataupun sekadar bermain internet. Detik jam menunjukkan angka 10mlm adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu kerana saya akan bersegera log out dan pulang. Selagi belum ada kerja, baliklah awal kan, boleh berehat ke, berchatting ke. hehe.
|
Samath n me. ekeke.. |
Minggu ini saya, Samath dan Noe agak sibuk menghadiri majlis orientasi, menguruskan hal-hal berkaitan akaun dan juga kad pelajar. Oh lupa nak bgtau, Samath adalah pelajar dari Cambodia dan Noe berasal dari Honduras. Kami bertiga adalah pelajar baru untuk semester ini.
|
Orientasi. Actually mcm sort of ceremony ape ntah. Takpaham~ |
Okay, rasanya post kali ni banyak betul gambar. Mungkin lainkali saya boleh cerita pasal lifestyle ke kawan-kawan ke kan. Atau mungkin bila dah mula belajar nanti nak cerita pasal study lak ke, pasal eksperimen ke. Haha rajinnya!
Ok guys, see u later!
4 comments:
hehehe..bestnye..sejuk je kawasan umah tu..
uihhh...buat apa disana?? kenapa saya tidak tahu menahu ini???ishhhh
ape billy ni.. kata baca blog org selalu, komen selalu, tp tak tahu. huhu.
kite sambung belajar la kat sini..
kadang2 ada gak terlepas..blog org pon jarang update... hmm..sorry la...bila nya pegi? sambung study ape?? argh....byk kena tanya...nape tak btau!!!! ym ym ym!!!
Post a Comment