Salam
Adik-adik dah balik asrama. Sedih Oh tak jumpa lagi. Err.. sekurang-kurangnya 5 bulan dah tentu tak jumpa lagi kan. Sorry la adik-adik kakak tak banyak masa habiskan dengan korang. Tulah. sape suruh cuti tak sampai seminggu. kan dah tak puas :(
Haziq balik Jumaat lagi kan. Tapi kakak minta maaf Sabtu dan Ahad kakak takde kat rumah. Kakak jumpa classmates kakak kat Bangi. Diorang semua kerja, masa tu je dah set tarikh nak jumpa. Sorry Haziq :(
Selasa adik balik kan. Maaf jugak sebab kita lewat pergi dinner sebab tunggu kakak balik. But ayah belanja makan pizza and it was so special kan. :)
Tapi hari Rabu kakak sempat tunaikan janji kan kita pegi ice skate. Ops sorry Hazim bukan sengaja taknak tengok wayang haritu, kita dah pegi kan, tapi tiket takda nak buat macam mana :(
Kakak ingat nak bawak pegi mandi sungai berkelah sama-sama hari Khamis tu, tapi masing-masing bangun lambat kan. Tak jadi pegi. Sorry lagi sekali. Tapi takpe jugak duduk rumah boleh belajar main piano. Thanks Haziq ajar kakak main piano. Satu verse pun jadilah, asalkan tau sikit :)
Jumaat dan Sabtu kita dah balik kampung. Tau jelah bila balik kampung sorang bersepah kat sana sorang bersepah kat sini. Pun akak rasa kita tak banyak lepak sama-sama, yelah ramai sepupu semua nak jumpa kan. Tapi balik tu kita makan steak lepas tu order lebih-lebih side dish. Bila ingat balik gelak je. Adik-adik kakak kuat makan :)
Tiba-tiba eh dah hari Ahad ke. Pagi-pagi lagi korang dah kelam kabut kemas barang la gitu gini. Perasan tak kakak duduk tengok je. Perasan tak kakak dah termenung sana termenung sini. Masa adik main piano lagu winter sonata kakak kat atas dah bergenang dah. Kenapa sekejap sangat jumpa. :(
Kakak tengok adik dgn Haziq siap-siap. Adik lupa salam kakak ye. Bila dah kat luar, baru rasa nak cium kakak ye. Maaf kakak tak dapat tahan sedih. Macam mana kalau kita tak jumpa lagi ye. :(
Adik-adik kakak, korang dua orang kena tau kakak sayang korang sangat. Kakak jaga korang sejak dari lahir. Walaupun korang membesar dengan sangat pantas, tapi kakak masih ingat semua gaya adik-adik kakak masa kecik. Bila kakak takda, jaga diri elok-elok, jaga ibu dan ayah, belajar rajin-rajin dan behave.
Untuk adik, pandai-pandai bawa diri, jangan tinggi suara dengan ibu ayah, jangan cari musuh, dan jangan leka-leka.
Untuk abang, buat ibu dan ayah bangga, keep up your great track record, jaga adik dan ibu ayah, jadi lebih bertanggungjawab okay.
Semoga kita jumpa lagi satu hari nanti. Salam sayang dari kakak :')
No comments:
Post a Comment