Thursday, May 5, 2011

Utusan perpisahan

He is really a dear friend of mine. And now he is gone. Left me to believe that he's no longer here. 

Perkenalan kami bermula di Malaysia lagi. February. Aku ingat jelas. Resume nya aku terima sebagai salam perkenalan. Setiap hari ada saja perkara dibualkan. Kalau tak pun sekadar bertukar khabar.
Hari pertama aku di republik ini. Berselisih di tengah jalan universiti yang masih asing. Dia melambai dan melempar senyum. Oh ini dia yang aku kenali 5 bulan lalu.

Hari berganti bulan. Persahabatan jadi makin erat. Terutama dalam situasi lab yang sangat sukar dan penuh politik. Tapi kami gembira bersama. Memahami sesama sendiri. Mengambil berat sesama sendiri. Bergurau senda sesama sendiri. Hujung minggu, jika tiada aktviti bersama Kak Norinah, memang kepada dia lah aku beralih. Jom kta ke sana! Jom kita ke sini! Tak pernah dia membantah. Malah gembira tambah kenalan baru.

Kesedihan aku bertukar lab tak berpanjangan. Hubungan kami masih erat. Sesekali tertekan dengan persekitaran, dia jadi mangsa menemani , menghirup kopi. Tapi ceritanya juga banyak, sampai tak pernah mengopi kurang dari sejam . :')

Hujung minggu aktiviti kami masih sama. Ke sana ke sini jika tidak sibuk. Agenda masih serupa, cuma sapaan bertukar kepada lebih kasual. Setiap baris ayat biasa dipenuhi jenaka. Setiap hari wajib menyapa biarpun di msn cuma. Perbualan yang mulanya formal setiap kali diakhiri dengan sakit perut menahan ketawa. 

Satu hari dia katakan padaku dengan nada serius. Terlalu serik dan bosan. Terlalu 'sakit' dengan situasi di makmalnya. Aku naik risau. Ada bau-bau mengalah. Ada unsur-unsur putus asa. Aku bertukar madah. Dari cuma sapaan di msn, aku cuba buat dia rasa gembira dan dihargai. Setiap malam dan pagi tak lupa ucap selamat. Setiap kali aku ke luar daerah melakukan kerja lapangan, kami berhubung sms. Biar dia rasa dekat. Biar dia rasa selamat.

Walau pun begitu. Dapat kuhidu selanya masih berat. Hatinya masih sarat. Setiap bicaranya seperti telah nekad. Aku tak pernah melarang apatah lagi membantah. Aku pernah berada di sampan yang sama, aku tahu perit dia. Yang mampu aku beri, nasihat. Dan kata-kata penguat semangat. 

Seminggu sebelum pergi. Dia datang membawa berita yang aku kira teramat berat. Hatinya bulat. "Minggu depan saya akan pergi. Boleh awak tolong saya carikan tiket? ". Mendengar permintaannya buatkan hatiku bagai disiat. Walau payah tetap aku tunaikan hajat dia. Mungkin ini kali yang terakhir. 

Tapi antara percaya atau tidak, aku masih meneruskan hari-hariku seperti biasa. Sehingga tanggal 3 hari sebelum pemergiannya aku dapat khabar dari seorang rakan, tiketnya telah siap ditempah. Masa pergi ialah Isnin. Baru aku tersentak. Rasa macam direnggut. Semua ni benarlah, bukan mimpi! Perginya betul tak kembali. Sepanjang hari tak keruan. Aku bertemu dia selepas sebaldi air mata tumpah. Tapi jawapannya sama. Menangis lagi aku sampai ke malam. 
Buat kali terakhir Ahad itu aku menemaninya membeli barang-barang cenderahati untuk keluarganya. Walaupun teramat sibuk, kuluang juga sedikit masa untuknya. Dan bila tiba Isnin, hiba hati aku masih tak tertahan. Setiap hari berendam air mata gamaknya. Emosi aku lemah. Minda terganggu . Setiap apa tindakan yang mengingatkan dia cukup untuk buat air mata aku jatuh. Hatta melihat tempat makan yang selalu wujudnya dia pun boleh buat aku teresak-esak. Semua kekuatan yang aku kumpul ketika di lapangan untuk tidak menangis di hadapannya hilang. Gugur satu persatu setibanya aku di seitar Universiti tempat kami bermain sepanjang 8 bulan yang lepas.

Bukan pergi seorang sahabat aku tangisi. Pergi seorang ahli keluarga di sini yang aku sesalkan. Pergi kerana situasi mendesak. Cukup hampir setahun dia memaksa diri kuat bertahan. Hakikatnya lopak di mana dia terjatuh itu terlalu dalam. Faktanya lubang itu terlampau busuk. Dan sampai saat ini, aku masih menyesali kehadiran lubang mati itu.

Samath, 
You are the very best company I ever had here. It seems like everything I see is forcing me to shed tears for you. Every lecture room, every restaurant we ever went, every cloth i bought with you. Even the elevator. The first floor, the 6th floor. You are intelligent and you are blessed with shiny golden heart. Nobody ever has problem with you. You know how to handle each and every on of us brilliantly.  Every one of us here is regretting upon your leave. We miss u dearly now and always. 

Those days I spent with u will remains cheerish in my mind. The things we shared together will be my best memory with you. Even up to this second, my eyes are not dry, not yet. U went away is clearly, too big for me to handle. Save our memory, and keep in touch forever. I wish u the very best of luck , good fortune will always be with you. 

Thanks for everything my beloved friend. It is obvious, that losing you hurts me so much. Miss you.




1 comment:

coklathazel said...

bertabah la wahai sahabat....
huhu