Friday, November 4, 2011

Kisah 3 Titik Hitam





"warna putih lebih banyak dari warna hitam"


Terlalu lama dan asyik memandang yang hitam sehingga lupakan yang putih.

Kita macam ni juga kan?

bila tengok orang buat perkara yang lain sikit

mudah saja membenci
mudah saja bersangka buruk
mudah saja menghukum 

sampai kita lupa kebaikan-kebaikan yang dilakukan selama ini
kita mula sisihkan mereka
Astaghfirullah

Betul, 
kita boleh membenci 
Tapi benci bukan pada orangnya
Tapi benci pada maksiat yang dilakukannya
dan dalam masa yang sama
jangan tinggal dia dengan maksiatnya saja
banyakkan berdoa 
ajak dia bersama-sama kita
supaya hati dia terbuka untuk menerima cahaya

betul, 
susah untuk bersangka baik 
tapi kena mujahadah
jangan latih diri untuk berterusan bersangka buruk 
takut hati bertambah mati 
takut riak merajai diri 
Kerana kita bukanlah nabi
kita ini,
kuli 
kepada Ilahi 

dan semuanya berbalik kepada hati 
kerana hati yang baik akan memberi guideline kepada akal untuk berfikir, 
dan akal akan memberikan arahan kepada anggota badan untuk bertindak.

"Rasulullah SAW bersabda, 
Sesungguhnya di dalam tubuh manusia, ada eketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati.."

(HR Bukhari dan Muslim)


p/s : Credit pada doodle dakwah

1 comment:

jimmy_ayah said...

(^_^)V