Jangan kata bumi je boleh panas. Hati pun boleh panas. Kan kata pemanasan global, jadi tak hairanlah segala benda nak panas.
Salam.
Segelintir orang atas bumi ni suka buat kemungkaran yang dia sendiri tak tahu yang dia sedang buat kemungkaran. Tapi kemungkaran orang lain dia nampak jelas. Dan segelintir tu pun aku rasa dah jadi sebahagian.
Bila tengok orang lain mencemar diri dengan keburukan diri sendiri, mulalah sibuk mengata mencanang ke sana ke mari. Dalam tak sedar dah beratus kali bibir mengucap, mengata atau bahasa mudahnya "bercerita" mengenai keculasan orang tersebut. "Bercerita" juga mengenai keburukan yang telah dilakukan. "Bercerita" mengenai sakitnya hati melihat perangai dia. "Bercerita" tentang betapa meluatnya kita. Itupun dah banyak sungguh "bercerita". Kalau kepada seorang. Kalau 5 orang? 10 orang?25?100? Cubalah kali ganda dan hitung kira berapa banyak kutukan dan keburukan yang ditimpakan pada diri sendiri jika sekali kita " bercerita" bersamaan dengan 10 kutukan.
"Berceritalah" sambil ketawa. "Berceritalah" sambil marah. "Berceritalah" selagi kau tenggelam dalam kejahilan diri sendiri. "Berceritalah" sambil berdoa bahawa kau bukan 10 kali ganda lebih buruk dari apa yang telah diceritakan, kerana mungkin kau tak tahu, itu apa yang tercatat dalam nasNya.

Orang yang dah buat salah tu satu hal lain lah. Yang memandang kesalahan tersebut buat apa lah pulak nak tambah seratus kali ganda dosa pulak. Nak tanggung dosa orang yang buat salah tu, campur pulak 10 kali ganda dosa kau sendiri. Puas hati ke macam tu? Dapat kredit dan sanjungan ke macam tu? Ke kau cemburu dia dapat dosa kau tak dapat? Atau kau cemburu dia jadi buah mulut orang lain, jadi kau pun nak jadi macam dia, supaya orang akan mengingati kau sempena "cerita" yang telah kau canangkan?
Mungkin mereka ni ada satu jenis penyakit. Tak boleh berhenti bercerita. Sebab tu Rasul ajar kita supaya tak banyak bercakap. Kalau kita tak ada ape2 nak cakap lebh baik la kita diam. DIam bukan bermaksud kita sombong. BUkan bermaksud berat mulut. BUkan juga bermaksud kita ni tak peramah , tak mesra. Tapi diam sebab nak mengelakkan dosa2 kering. Diam sebab nak mengelakkan dosa2 besar.
Berceritalah cerita sekadar yang perlu. Jangan kita "bercerita" sesuatu yang semua orang suka nak tahu. Kerana sebahgian besar dari kita sedar, bahawa apa yang semua orang nak tahu tu biasanya bukan lah sesuatu yang baik. Cuma menjerumuskan kita kepada dosa.
Sekadar ingatan untuk diri saya, keluarga, teman sekeliling dan sesiapa yang membaca.
p/s : apa kata kita cuba baca "bercerita" dengan "mengumpat"

1 comment:
Hidup nih normal kita tak mampu penuhi kepuasan setiap individu. So selagi kita rasa apa yg kita buat betul dan tepat, jgn peduli apa org kata. Yang penting kita happy sokmo...
Post a Comment