Thursday, May 14, 2009

Sesak Nafas

Salam.
Kembali menyelesaikan masalah logik sudoku setelah berjaya kutemui buku ku yang hilang beberapa bulan lalu di bawah katil.. =P Itupun secara kebetulan sewaktu aku sedang mengemas barangan persendirian ku..

Sementelah berfikir, aku terkenang bicara seorang sahabat, Shakira berkenaan seorang bekas penyanyi nasyid yang tampil begitu "unik" di audition OIAM baru-baru ini.

Bekas penyanyi berkenaan dikatakan tampil dengan berpewatakan lembut dan imej yang amat bertentangan dengan imej sewaktu di zaman dakwahnya.

Entah kenapa hatiku amat tertarik apabila sahabatku mengatakan dia pernah menganggotai kumpulan nasyid saujana. Mungkin kerana aku terlalu meminati lagu 'sekeping hati' dan 'keluarga bahagia' dendangan mereka. Atau mungkin juga kerana aku memang menyanjungi Saujana. Dan aku masih teringat bagaimana aku mempengaruhi teman-temanku di sekolah dahulu untuk membawa lagu 'Rahsia' untuk pertandingan nasyid antara tingkatan.-Walaupun akhirnya lagu itu dipertikaikan kerana irama kontemporarinya itu disifatkan 'terlalu keras' oleh pihak juri-, sesuatu yang tidak boleh kuterima.

Walau apa pun aku memang menggemari Saujana kerana senikata yang menarik dan irama lagunya kusifatkan amat merdu dan segar.

Setelah terdetik di minda tergerak pula dengan jariku menaip saujana di kotak carian Google. Dan alangkah tekejutnya aku melihat gambar yang disajikan di depan mataku, Khairul Idzwan Baharin atau, izu, yang kini bergelar seorang doktor-aku maklum bahawa dia ialah bekas pelajar kedoktoran UIA; juga salah seorang vokalis utama Saujana, tampil ke audition OIAM dengan imej barunya.

Mana pergi Izu dulu yang berkemeja, berimej segar dan berkopiah?

Mana pergi Izu dulu segak berbaju melayu, lengkap bersongkok?

Mana pergi Izu dulu yang kukagumi dendangan irama dakwahnya?

Aku akui suatu masa dahulu aku suka melihat Izu mendendangkan irama nasyid.

Tetapi, tampil di audition dengan tersipu-sipu?, membuat aksi yang merendahkan martabat dirinya sendiri? , berambut panjang, PERANG, elok tersisir diikat??

Dan tatkala melihat klip video auditionnya dimainkan, dadaku terasa begitu sempit sekali.
Nafasku sesak!


Mungkinkah hatiku membohongi mata?

Kerana sukar untukku mempercaya.

2 comments:

H for Hawa zulaikHa said...

hahaha..ko kene tgk kat youtube anas tahir tiru gaye izu..peh!!berlinang air mate aku ketawe!hahaha

coklathazel said...

betul kan aku cakap...
da xlama da dunia ni...
hoho...