Thursday, June 18, 2009

Pujukan Untuk Hati

Cari apa yang kau rasa benar
Jangan turutkan bila hati mencurigai
Kerana nanti kau akan sedar
Sejauh mana yang perlu kau pelajari.





**************


Wahai hati,

Janganlah leka membelai duka
Kelak meruntun jiwa sendiri
Apa yang berlaku ada hikmahnya
Kurang di sana lebih di sini

Aku tak tahu mana hakikat
Mungkin belum masa ku melihat
Tapi tetap aku percaya
Suram takkan kekal selamanya
Akan terbit jua sinar cahaya

Wahai hati,

Ingat adat putaran hidup
Berputar mengikut pejalanan waktu
Bukan selalu kita di atas
Tapi tak selamanya kita di bawah

Wahai hati, rianglah
Wahai duka, sembuhlah
Wahai jiwa, tenanglah..

No comments: