Salam hi hello gentle readers.
Birthday saya yang ke 23 adalah 3 hari lepas, 13 OKTOBER 2010 okay. Bukan hari ni. Tapi sebab hari ni hari minggu, jadi meh2 update2 blog...
Walaupun saya pertama kali sambut birthday kat tempat orang, jauh dari insan-insan yang biasa meraikan harijadi saya seperti famili atau kawan-kawan, tapi Alhamdulillah saye tetap rasa gembira sejak dari malam sampai lah ke malam berikutnya. hehe. A lot of wishes dari my friends itu dah tentunya, dan ayahanda nyanyi lagu special untuk saya, oh my, tersangatlah terharunya :')
Bila pergi lab pagi tu pun several my lab members wish jugak, Prof cho siap suh keluar g celebrate, tapi masa dlm meeting marah pulak; ceh betul-betul kepala angin.
Dapat sekeping kad comel dari Hyeran and a bunch of jajan. Dia ni memang 'hantu' titbits okay..hehe Thanks anyway my friend. Masa nak keluar g celebrate ngan Kak Hana, abg Raja ngan abg Syam, Reum Soo oppa panggil dan mintak maaf sbb tak dapat dinner celebrate sebab hari tersebut mereka terlampau busy. (eh, no hal lah, jawabku;ceh2).. Lepas tu dia pun bagi hadiah buku Modern Pavement Management. Dia cakap buku ni bagus walaupun, (tunjuk buku dia lagi satu) saya tak bukak pun buku saya ni. Tapi saya ada extra , so nah bagi awak satu. Wakaka cet. But anyway kasilah apa pun tetap amat kuhargai (hehehe)..
Kemudian terus ke Norebang dengan semangatnya walaupun dah pukul 11mlm, di mana kak hana dan abg syam dah dekat sejam kot tunggu. Disambut dengan kek yang cantik+sedap habis serta lagu 'Sengil Chuka Hamnida" oleh kakak dan abg-abg ku tersayang tu. Woaah perasaan sungguhlah terharu tak terkata. Tapi sengih jela takkan nak nangis pulak begitu melampau! hehehe
Kemudian berkaraoke lah kami pelbagai lagu sampai Noe datang join, sampai Noe balik dan sampai masa habis. Dari segan-silu lah konon suara tak sedap, last-last tibai jelah sedap ke tak sedap asalkan sporting sudeyyy~
Habis sudah, kak hana dan abg2 tak bagi pulak bayar duit kek!! Weyh, saya nak belanja kek la weyh!! nak belanja kek!! aduiii.. tapi takpelah, tunggu next2 birthday you all plak kayh.. Apa-apa pun TERIMA KASIH SEMUANYA! :')
Malam tu tido umah kak Hana tapi berbual sampai ke pukul 4pagi. Dah tutup lampu pun mulut kami pokpek lagi. Adoi banyak benor ceritanye. hehe..Lenkali boleh gather and hang out lagi same2.. Takdela stress sgt fikir pasal lab je kan kan..
My 23rd birthday celebration. Thanks semua, sayanggg u all!! :D |
Gambar banyak kat kamera abg Syam. Yari habis bateri lepas snap 3,4 gambar. huhu..
Terima kasih Ya Allah, masih kau izinkan aku terus sihat bernafas dan bersyukur. Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan rezeki yang tak pernah putus. Terima kasih Ya Allah, atas segala jalan dan peluang yang kau bukakan, Terima kasih Ya Allah, masih Kau bersamaku. Alhamdulilah. Semoga terus dikurniakan rezeki, tubuh badan yang sihat dan ketenangan dan kecemerlangan dari hari ini hingga tahun-tahun yang mendatang. Aaminn~
4 comments:
abes eh makan kek tu??
hehe..
nadia, u seem to be adjusting well there. good for u :)
happy bday again dear..
hugs n kisses from msia!!
blog hopping - Happy Birthday !
sengil chuka hamnida!!
hehehe..tetibe pandai cakap korea padahal kopipes..kui3..
Post a Comment