Monday, October 11, 2010

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Kerana fitnah dan tohmah yang menghiris
Sehingga terasa diri ini hina 
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hati kuharungi hidup
biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
ditinggalkan mereka yang kupercayai

Namun kutahu, ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

KERANA ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALA APA YANG TERBUKU DI HATI

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah kumulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah aku dengan limpahan iman
Agar tabah kumenghadapi dugaan
Agar tidak kuterhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci....




A'uzubikalimatillahi ttaammaati minsyarrima kholaq - 
Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.



:'(





1 comment:

jimmy_ayah said...

Dear,nape ni?
Ade masalah lagi ye..
sabar ye,kuatkan semangat tau..