Tuesday, June 14, 2011

Bukan

Bukan sengaja taknak update blog. Tapi susah nak cari topik yang sesuai waktu-waktu sekarang ni. Bukan takda cerita nak cakap. Bukan tak stress dengan kerja2 sekolah, term project. Bukan tak depressed pasal final exam minggu depan. Bukan tak tension dengan kerja research, nak tulis paper la, nak analisis data dan pelbagai. Tapi setiap kali bukak window new post, yang keluar mesti cerita pasal itu itu itu. berapa kali nk post lepas tu delete balik pun tak tau. 

Lemah la kau ni Nadia!

****

Bukan, bukan. Bukan cerita biasa. Walaupun kalau yang ikut dengar mungkin bosan kata ah tak usah bohong! Kau tahu ini komplikasi bukan. Aku tahu ini komplikasi. Kau tahu kau terjerat tersepit menjerit, dalam liang serabut jaring yang kau sendiri tak habis sulam. Kau jatuh dalam gaung yang kau sendiri gali dalam. Dan kau bertanggungjawab untuk panjat keluar selamatkan diri. Oh jangan lupa, serta isi anak kapal yang kau ikut bawa jatuh sekali. 


Aku cuma mahu hidup bahagia. Bukan gila. Tanggungjawab kau pastikan itu.


p/s : butuhkamu

No comments: