Saturday, October 24, 2009

KEMAS

Dear bloggers

Dah lama aku nak tukar layout blog. Bosan dengan layout yang dulu. Malah lagi susah nk baca. Dah lama aku nak cari layout yang berlatarkan gelap, dengan tulisan putih yang lebih menonjol. Sebab Prof Wan pernah cakap, untuk sebarang persembahan slide atau penyampaian, latar begini adalah lebih sesuai untuk pandangan mata. Dan lagu. Lagu ini sengaja kupilih menghiasi laman blog ni. Mungkin sedikit sayu. Tapi sekurang-kurangnya mengingatkan kita kepada sesuatu yang pasti. Aku sedang biasakan diri dengan wajah blog baru ni. Cuma aku rasa tulisannya lebih kecil berbanding dahulu. Tapi tak apalah kan..;)


*****


Entah kenapa waktu ni aku teringat zaman kanak-kanak. Zaman prasekolah. Aku melalui 2 tahun zaman prasekolah, kerana mengikut abang. Saat ni aku masih mengingati guru tadika waktu itu. Mengingati dengan jelas bukan sahaja namanya, tapi juga suaranya, raut wajahnya, ramah senyumannya. Banyak kenangan manis semasa di bawah didikannya.

Cikgu, pernah suatu masa cikgu bebangga dengan aku dan abang. Katamu kami hasil didikanmu. Tapi apa kata orang kampung? bahawa kami dah sedia tahu, sedia cerdik begitu. Kasihan cikgu. Maafkan aku tidak membela, aku masih kecil belum mengerti apa.

Tapi sekarang aku dah dewasa. Dan aku masih ingat semuanya. Aku mahu betulkan persepsi mereka. Cikgu, kau memang patut berbangga. Kerana kalau bukan kau yang menyuruh aku menulis, tidak mungkin pandai aku mengarang sekarang. Kau memang patut berbangga, kerana jika bukan kau yang mengajar aku mengenal ABC, mustahil aku boleh membaca sekarang. Kau juga memang harus berbangga, dengan kuasa kau mengajar campur tolak, aku pandai mengira. Semua pengetahuan asas ku bermula dari kau. Guru yang pertama dalam hidupku. Gigih mengajar kami anak-anak desa ini.

Aku akan terus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kau cikgu. Dan semoga cikgu berkati awalan ilmu yang cikgu dah berikan.. :)



Khas buat :
Cikgu Jamilah Idris
Tabika KEMAS
Padang Kemunting
Masjid Tanah, Melaka

5 comments:

husni said...

cikgu said, "terima kasih farah, cikgu tetap bangga hingga sekarang".

hehehe :D

NORFARAH NADIA said...

Sama-sama cikgu Husni..:)

mumu maira said...

wow.. kuatnye ingtn awk.. i dont even remember my cekgu tadika's full name..

NORFARAH NADIA said...

I remember her clearly.. See how student like me appreciate a noble teacher like YOU..:)

sukasukibelogsaya said...

jamilah idris ni macik i. tadika dia cantik sgt skrg ni. :D