Monday, October 12, 2009

Ziarah Raya JKAS!

Salam gentle readers,

Masih belum habis lagi episod raya? Masih penuh hari minggu dengan rumah terbuka dan kunjungan sanak saudara?

Aku juga begitu. Bezanya aku lebih banyak beraya bersama rakan sekelasku kali ini. Maklum saja, kami dah di tahun akhir.

Aku baru pun tiba di kolej ni, dalam pukul 12.15am tadi.. Penat memang tak terkata, namun kepuasan tu yang aku ambil kira. Walaubagaimanapun, jutaan terima kasih kepada pemandu dan penyumbang kereta AVANZA (kuda hijau) yang membawa kami bertujuh pergi dan balik dengan selamatnya. Penghargaan untuk Mohd Rifdie (Eddy) atas bakti beliau. :) (dah mcm terima anugerah pulak)

Sedikit corat-coret konvoi raya tahun ini:

1. Konvoi raya tahun ni ada part 1 dan part 2. Part 1 ke sekitar Kl dan Selangor(3/10/09). Part 2 ke negeri2 selatan (N9, Melaka, Johor- 10&11/10/09)
2.Konvoi Part 1 :

Kami berjanji berkumpul seawal 8.30 pagi tapi biasalah janji budak2 UKM pukul 9.30am baru gerak. First house, umah Didie di BB Bangi(dekat jer), lepak2, sarapan (bihun goreng) sebelum terus ke rumah Eddy di Sg Merab. Masih lagi dalam lingkungan sarapan , iaitu nasi lemak sambal sotong yang enak. Dari rumah Eddy kami teruskan perjalanan ke rumah Hawa di Banting. Rumah Hawa agak jauh jadi bila sampai kami yang dah lapar balik dihidangkan dengan nasi tomato yang jugak sedap sampai menjilat jari. Kekenyangan di rumah Hawa, dan kami ke surau di Banting untuk bersolat, dan berehat. Waktu ni kami masih bersemangat raya lalu terus ke destinasi seterusnya iaitu rumah Shidan di Damansara. Perjalanan dari rumah Hawa ke rumah Shidan sangatlah jauhnya, kami tiba di rumah Shidan lepas Asar , dan dihidangkan dengan kueytiaw kungfu. (Aku rasa habis licin kueytiaw mak Shidan budak2 ni kerjakan. hehe). Selepas solat Asar di surau di kawasan perumahan Shidan kami teruskan lagi perjalanan menuju ke rumah Safa di Gombak. Tak jauh dari rumah Shidan ke rumah Safa. Menu seperti tahun lepas, (yang memang budak2 JKAS tunguu..)Laksa Penang mak Safa..Mmg marvellous. Solat Maghrib pun disempurnakan di surau area rumah Safa. Destinasi seterusnya ialah rumah aku di Ampang. Kalau dikira, tak jauh pun dari Gombak ke Ampang (esp dah ada highway). Tapi disebabkan masa tu dah pukul 8.15 pm dan hari Sabtu bulan Syawal, perjalanan ke rumah aku ambil masa hampir 2jam! Trafik sangat teruk sepanjang jalan Ulu Klang dan buatkan semua org tegang. Bila dah masuk Ampang pun trafik tetap tak bergerak ( dari Ampang nk masuk Kosas, kami ambil masa setengah jam.plus, aku asyik salah masuk simpang, sbb dah mlm , tak ingat , dan sgt banyak kereta.Perjalanan ke rumah aku paling mencabar pada hari tu) Tiba rumah aku lebih kurang jam sepuluh, juadah lontong, sambal udang dan rendang siat... Aku sangat risau keadaan kawan2 aku(7 kereta, ard 30 ppl) balik UKM kerana pasti tarffic jam teruk di highway. Tapi mujur mereka sampai dengan selamat masing2 sekitar pukul 12 tgh mlm. Terima kasih dan jgn serik dtg lagi!

3.Konvoi Part 3:

Penumpang2 di 'pick up' oleh driver masing2 sebelum berkumpul di Petronas seksyen 15 lebih kurang jam 9 am. Aku tak sihat sangat pagi ni, kat Petronas ni jer dah muntah (nasib baik that 1 was the first and the last sepanjang perjalanan. Kami berkonvoi 3 kereta 1 mpv menuju ke rumah Hanis di Kuala Klawang. Lalu jalan Bangi Lama yang berlingkar2 masa ni, aku rasa pening sgt dan tahan je diri dari muntah. Huahua.. Sampai umah Anis lebih kurang jam sebelas dan disajikan dengan nasi lemak, mee goreng, sambal udang, rendang, roti jala. Fuh macam2. Mula dari umah Hanis, aku terus beware dengan kepadasan masakan org negeri sembilan..

Perjalanan diteruskan menghala ke rumah Azhan di Bahau. Rupanya family Azhan buat bacaan doa selamat sikit so we all pun join sekali. Mkn nasi putih time ni(sebab lunch, as well as kenduri), aku terliur tgk ikan bilis goreng berlada die tapi dapat mkn sekor je sbb pedas gila. wuu.. Rehat dan solat di rumah Azhan(bedak tinggal kat cni gak-tanda nk dtg lg tuh..:P)

Dari rumah Azhan kami ke rumah Shakira di Kuala Pilah (tak jauh, dalam 15 minit jer).. Mak shak hidang nasi dagang, gulai ayam, dan lontong. Disebabkan aku tak pandai mkn nasi dagang, aku mkn lontong jelah. But turn out lontong tu sgt sedap sampai bertambah 2 kali. Org lain dah hbs mkn, i'm still in front of my pinggan. hehe..

Pastu journey continue menghala ke Muar lalau jalan Tampin. Lama gak la perjalanan sampai aku tertidur. Sampai Muar lebih kurg Maghrib mcm tuh, kami singgah di satu gerai untuk mkn mee bandung Muar yg famous tuh. Lepas mkn baru gerak ke Segamat menuju ke rumah Paan untuk mandi,solat dan tidur(sampai ard 11pm). Paan ada 2 umah so girls tido satu umah, boys tido satu umah. Esoknya pukul 6 dah bangun dan bersiap untuk tolong Mak Paan di dapur, dengan juadah laksa Johor.. Kira kami beraya pagi tu la.. Saya tak mkn sgt laksa, but ada rasa sikit la. Great taste though:)

Lebih kurg 9.30 am kami gerak dari rumah Paan menuju ke rumah Arif di Kempas. Sekali lagi aku tetidur (tapi ni most probably bcuz of ubat selsema), bangun2 je dah sampai. Dalam pukul 12 camtu. Ibu Arif siapkan mee kari dan roti jala untuk kami. Sekali lagi, aku tak mkn mee so aku mkn roti jala. Tapi memang best gila roti jala dan kari tuh. Sampai sekarang terkenang2 lagi rasanya (oops, dah terliur lah..)

Dari rumah Arif kami menuju ke rumah Zati di Skudai. Takla berapa jauh, so dalam pukul 2 camtu. Banyak betul juadah kat rumah Zati ni, ada Spagheti, ayam goreng, puding(sedap!), sate goreng dan my favourite, lontong! hehe.. Makan banyak jugak masa ni smpai full sgt.

Dari rumah Zati kami ke rumah Farid di Pontian dan disajikan dengan nasi ayam yg sungguh mouth watering, rojak dan puding. Perjalanan cuma sejam tapi mungkin kerana masing2 dah jadi lapar balik , most of us go for nasi! hehe.. His mom was very nice, siap bungkuskan kami rojak untuk dibawa pulang. Tragedi berlaku masa nk balik di mana kereta Zuhayr termasuk dalam longkang yang agak besar depan umah Farid. Pecah gakla bumpe depan dan lampu kiri dia. huhu. Takziah Zuhayr, sabar bnyk2 ye..

Kami berhenti di RnR Machap untuk solat (itupun dah pukul 6pm). Ard 7, perjalanan diteruskan untuk ke umah Tqah di Bertam, Melaka(bersemangat sekali walaupun time ni dah berlengaih dah berjalan).. Tiba di rumah Tqah lebih kurang pukul 9.15 pm. Menu terhidang ialah laksa Sarawak, ketupat, lemang dan rendang. (Wah betul2 macam hari raya). Kat cni lepak dalam sejam, tgk drama sikit, kacau2 adik tqah ckit(Fiqah-3yrs-so cute!), then off we go; balik Bangi.

Lepas singgah solat di hentian Seremban , kami terus je untuk balik UKM dan aku tiba di kolej dalam pukul 12.. Aduh , penat yang teramat. Tapi trip kali ni sangat puas dan bermakna. Sungguh happy..:) My mom even perli " amboi betul2 beraya sakan".. hehe

4. Lepas bersih diridsb, pukul 2am, tidur..


Terima kasih kawan2 for the memories, for the joy, for the laughter we shared together. Let us always be friend, tegther now and always..:)

4 comments:

husni said...

sakan sungguh aih..
but dats memories u will miss somedays..eventhough i miss my moment @ ukm ago..

nyway, thanks kasi tumpang mandi..
lenkali nk tumpang lagi..
ahaks..

NORFARAH NADIA said...

heheh.. saye merepek panjang sgt samai saye pun mls nk baca. hehe

Maya Ayam said...

banyak tol makan!

Anonymous said...

sedey xde time kwn2 beraye di sekitar selangor n kl. huhuuu..