Rambut saya panjang 6 bulan tak potong. Kira2 layer tutup dada.
Saya potong rambut minggu lepas. Straight cut paras bahu. Fringe Korean Style.
Rambut panjang lagi cun, nampak ayu.
Rambut ni kemas sikit. Comel.Tapi suka rambut panjang. Saya menyesal bawa rambut tak lawa ni buat balik raya.
Huwaaaaaaaa..
Cepatla panjang duhai rambut . :(
Wednesday, August 17, 2011
Sunday, August 14, 2011
Nak balik Raya
Hello salam Pembaca Budiman,
Sejak mula puasa ni hari2 balik awal dari opis, hari-hari masak buka puasa kat umah. Mentang2 supervisor takde.Yeah beliau tiada, pergi menunaikan tanggungjawab jumpa keluarga di negara barat sana. So setiap hari masak dengan gembira kt rumah. Buka puasa dengan senior, buat kawan. Sampai sekarang buntu dah nak masak juadah ape. Macam semua juadah dah masak. Masak merah dah, sambal udang dah, kari dah, masak kurma dah, pajeri dah, sup dah, goreng berlada dah, nasi ayam dah, nasi beriyani dah, nasi minyak dah, goreng tempura dah, sweet sour dah, bihun goreng dah, spagetti dah, bergedil dah, nasi goreng dah, cekodok dah, masak kicap dah, roti john dah, masak lemak dah, hahaha banyaknyee... Nak buat asam pedas ikan kt umah ada ikan bawal je. Takkan nk buat bawal asam pedas kot kan.. Buntu ni buntu dah... adoi doi. Balik Malaysia jap lagi blank nk makan ape, semua dah makan kt sini. bersungguh-sungguh masak.
Nak nak dekat balik Malaysia ni, ambil kesempatan jugak shopping-shopping. Ada sekali habis kelas terus balik, g Itaewon beli brg rumah, lepas tu shopping kt Namdaemun dan Yongdengpo. Beratus ribu KRW dah habis ni. Mostly kat baju2 adik-adik yang tersayang. Entah kenapa gila pulak beli baju diorang. Tapi takut plak dengar Haziq kata adik dah lagi besar dari dia. Sah sah la tak muat baju tu nanti. Cis, mahal wooo kakak beli tu. Pergi Times Square buat kali kedua last week, singgah Giordano beli baju untuk ayah, dan Polham untuk Along. Nak beli kat Along je sebenarnye, tapi teramik 3 pulak. Untuk tiga-tiga orang sekali. Adoi, melayang lagi dua ratus ribu. Ade sikit t-shirt untuk kawan, beg tangan untuk kawan ibu, skirt untuk si Cawa nak bagi dia cute balik. Semalam pergi Dongdaemun pulak cari kain ela. Rasanya lawa2 lagi kain2 kat Jalan Tar kot. Choices pun lagi banyak kat Malaysia :(. Walaupun pakcik kat situ pandai cakap melayu, siap rekemen kain nk buat baju kurung ngan baju kebaya. Katanya 100% Korean Silk, tapi disebabkan kurang ilmu, saya pun tak tahu nk cek iya ke salah ke, yang saya tau tempat tu budak2 Malaysia selalu beli kain buat baju kurung (siap tampal sign woo, baju kurung + baju kebaya ). hahaha sabar je lah. Beli lah 4 meter untuk nenek. Nak beli banyak-banyak tak berapa berkenan sangat corak sebenarnye.
Erm apa lagi, cenderamata untuk kawan2 masa jumpa nanti, betul-betul blank sebenarnye. Hari tuh dah bagi keychain -standard lah. Tapi kali ni macam tak tau nak bagi ape, nk beli t-shirt sorang satu pokai makcik. hahaha.. Dekat diri sendiri pun tak beli pape. ngeh ngeh..
Adik sepupu mintak belikan DVD BigBang. Dah cari kta Itaewon tapi mahal lah pulak. Tunggu masa lagi lah nanti nk pergi Namdaemun balik. Cari kat sana kot2 murah sikit. Esok cuti umum kat Korea ni lagipun.
Lepas tu cerita pasal shopping sana shopping sini, masak sana masak sini, jangan lupa Prof call jugak dari negara barat sana, tanya conference paper dah siap tules ke?? Adoiii!
Tuesday, August 9, 2011
INSIDE-OUT!
MISS U SOOOOOO MUCH I JUST CANT GET ENOUGH OF U. STOP THE BULLSHIT ACTING-PRETENDING N BE WITH ME. FOREVER.
Sunday, August 7, 2011
Serat @ Serabut?
Situasi : Tgh main game
org 1 : Rasa perut macam tak sedap jela skang ni. Macam penuh pastu rasa sendat je. Lama dah tak ya*ak ni...
org 2 : Yeke... kene mkn buah la kalau mcm gitu..
org 1 : Itulah ingat nak beli pisang lah.
org 2 : Buah oren pun boleh kot. Sebab oren ada banyak serabut.
*OREN ADA BANYAK SERABUT*
org 1 : SERAT lah! Amendenya serabut plak..
*org 1 ketawa tak henti2.
Aishhhh~ T_T
org 1 : Rasa perut macam tak sedap jela skang ni. Macam penuh pastu rasa sendat je. Lama dah tak ya*ak ni...
org 2 : Yeke... kene mkn buah la kalau mcm gitu..
org 1 : Itulah ingat nak beli pisang lah.
org 2 : Buah oren pun boleh kot. Sebab oren ada banyak serabut.
*OREN ADA BANYAK SERABUT*
org 1 : SERAT lah! Amendenya serabut plak..
*org 1 ketawa tak henti2.
Aishhhh~ T_T
Subscribe to:
Posts (Atom)