Thursday, September 30, 2010

C..c..c..co..col..cold..coldd...

So , in the morning and at night the temperature is gonna be below than 10 degree. 8 or 9 or 10. It is ok in the lab, or whenever i go out for lunch. But i hate the journey of going to school in the morning. Especially today when I hav to wear a formal dress for the seminar, WITHOUT any pocket on it. Hence, my fingers are exposed, they are the part of my body which are very sensitive with coldness. So congratulations, they are now all red and swollen.


==> mom, if u happened to read this, i think u know how will i react against coldness. Cant even bear the air condition at home. T_T


The sun shines bright today, regardless of the weather forecast's estimation that today is gonna be partly cloudy. However despite the bright day, I dont feel good about today's state of coldness. Somehow it seems to cause me headache. Ok I hate headache. Who doesnt anyway. The head feel heavy, visions blurring, and there is a sting feeling on my nose, in between the eyes. 


I think I really have to eat a lot and save some fat for the winter. 

















Okay that was an excuse. I have to say that I really eat a lot recently. *sigh


Hai si ros putih..






Wednesday, September 29, 2010

Si Blog tertinggal lama


Salam hai semua pembaca budiman

Si blog tertinggal lama. Padahal material nya banyak nk diletakkan. Ceritanya banyak nak dikisahkan. Gambarnya banyak nak dipamerkan. Tapi nak cari masanya itu lah masalah. Aku sentiasa BUAT2 busy. 


Suhu turun mendadak-dadak. Lepas mandi pagi wajib terketar-ketar. Jalan ke sekolah selalu laju-laju. Bila sampai awal mula tercangak-cangak. Tapi selesa dalam ofis udara sepoi-sepoi. *yeay berjaya guna kata ganda!*

Pagi ni ke ofis suhu 14. Balik malam tadi suhu turun ke 11. Kaki tangan sejuk macam dibalut ais. Tapi badan ok sebab kat rumah suam-suam kuku.

Sekarang cek tengok suhu 10. Aku tahu suhunya akan turun tapi bukan menggila macam ni. Kebas jari-jari, merah hidung dan pipi. Sakit rasa kepala. hai tahan jelah.

ok lah nak tido ngantuk dah. bye!

Sunday, September 19, 2010

Good Mood :D

Salam hi hello gentle readers!

I'm in quite a good mood today, woke up in the morning, turned on the radio and keep on singing. Maybe because it's a holiday today? Or I had a very good sleep last night? Or I managed to properly cooked my dinner for the first time ahaa, what a moment to remember! Or perhaps it's the 'raya' mood coming back, because the Thanksgiving for Korean will be in another 2 days and *sniff* can u feel the excitement in the air? Hehe.. The koreans are eager to go back home and celebrate with their families but I'm looking forward for the holidays.. yippie!
So today again I had nasi goreng for brunch, adding in some of nek busu's sambal ikan bilis, and I feel like home. Talk with Abg Zul and I DID NOT get upset. haha. (I easily get upset when talking to Abg Zul i dunno why. I have no patience and always got mad-pity him) sorry abg, I'll try to calm down next time. T_T


I'm waiting for abang raja n kak norinah to get themselves ready. Going to do some shopping today! bye guys, hav fun!! 
:D

Friday, September 17, 2010

Konsert DJ Doc? Fuh!

Salam hai pembaca budiman. 

Malam tadi, kelas saya tamat pukul 9. (Saya buka puasa dalam kelas, minum nestea je uhuk.) Lepas habis kelas cepat-cepat saya makan burger udang yang saya beli petang tu. Macam org lapar sgt le tuh! haha..

Lepas makan cuba-cuba la jadi rajin nak mentelaah. Tiba-tiba dalam pukul 9.45 mcm tu Reum Soo oppa dtg ajak pegi tengok konsert. Ann jadi excited terus nak g. Saya toleh kat jam banyak kali sebab rasa mcam tak sabar nak balik je.. Tapi dalam hati teringin nak g ambik gambar dan rasa the atmosphere ceh ceh..

Tapi saya cakap kat oppa saya taknak g.. Ann pun pegilah dengan Noe. Lepas tu tak sampai lima minit saya dah ubah fikiran, "bila lagi nk tgk" detik hati sendiri haha poyo je ayat. :P

Saya pun cepat-cepat log out n shut down laptop pastu pegi lab oppa cakap nak pegi nak pegi hehe. Oppa baik dia pun cakap oklah awak nak pegi ye jom2 kita pegi. Tengok2 dia yang terlebih excited pastu jalan laju-laju siap suruh saya cepat lagi. Katanya ni kumpulan hip hop yang paling feymes lah kekonon kt Korea. Pastu diorang nyanyi lagu yang tajuk dia Na Iron Saramiya. Saya biasa dengar lagu ni, (first time masa kat norebang lah yang oppa nyanyi ngan Hyeran). Lepas tu saya cakap kat oppa saya dah dengar lagu ni sbb dia nyanyi. Dia kata yeke? tak ingat pun. Dalam hati saya cakap mmglah awak tak ingat masa tu awak mabuk.

Oklah balik kat cerita konsert balik. Bila sampai2 je dataran tu Ya Rabbana punyalah ramai umat. Sembahyang raya pun tak ramai macam ni. Macam bukan konsert kat universiti je. Maklumlah saya biasa tgk konsert nasyid kat pesta konvo UKM tu je muahaha. Tapi seriuslah memang macam konsert kat luar (kot) sebab kehadiran umat yang begitu ramai jumlahnye. Tak lupa dengan kewujudan PA sistem yang gempak habis serta lighting yang hebat-hebat ceh apesal puji banyak-banyak ni.

Kesian korang tak nampak kan, nak buat macamana jauh. Tapi ni kira ok lah kan, Yari 5mp ok!


Oh tadi nak sangat rasa atmosfera lah kononnya nah rasalah sekarang rasalah! hee.. Nasib baik oppa bawak saya kat tingkat atas sekali jadi legalah sikit kat situ. Jumpa jugak senior-senior saya yang lain, iaitu Seong Jae oppa, Minkyoung unni, ngan Yonming. Wah wah Minkyoung unni bukan main lagi goyang-goyang tepuk tangan kat situ. Kat dalam lab sikit punya stress hehe. So Reum Soo oppa dah jadi excited saya biar jelah diorg nyanyi2 jerit2, saya ambil-ambil gambar je. Lepas tu record tu je... Err, yelah-yelah ngakulah kaki tu gerak-gerak sikit ikut irama hehe.. :P

Tgklah yg pakai baju biru tu Reum Soo oppa, yang tgh pegang kamera tu Yonming, Gurl tu Minkyoung Unni, sebelah dia tak nampak tu Seong Jae oppa.




Kumpulan ni nama dia DJ Doc. Saya baru check kt internet tadi DoC tu stands for dream of children. Tak pernah dengar pun nama kumpulan ni sebelum ni. Tajuk lagu pun cari kat internet, tapi lagu tu glemer la kot biasa je dengar kat supermarket hehe.

video


Ha nilah lagu Na Iron Saramiya tu. Kalau rajin nak tengok, tengoklah.. Kat konsert pun dia nyanyi pegang kipas.
p/s: masa upload ni , saya sempat pegi dapur masak nasi, goreng telur panaskan sambal ikan bilis bagai. Haha nak sahur, esok nak puasa :P




video


Ok dah berjela dah cerita.. Nasi pun dah masak jap lagi nak sahur nyum2.. See ya!


notakaki : tunggu jelah post raya tu ek. entah bila. hehe

LUCAUS

Salam hai semua pembaca budiman.

Ada beberapa tajuk yang nak kene update ni especially raya kan betul tak kawan2? hehe.. Tapi itulah, kena hold dulu tajuk raya ni sebab banyak gambar tak dapat lagi. Gambar bnyk diambil guna kamera kak norinah, jadi mcm tak best la tunjuk gambar yang tak berapa nk lengkap kan hehe so sabar dulu ye. Anyway biar saya cerita pasal benda lain pulak.

Sekarang kat CAU tengah sibuk dengan LUCAUS. Amende LUCAUS? Let's Unite CAUS. Ha, CAU tu Chung-Ang University lah. S tu tak tau ape. plural kot? haha. So antara aktiviti dia mcm biasalah macam kat UKM gak ada gerai2 dan booth2 yang jual barang lah, main game lah, jual makananlah, promote itu lah ini lah. Yang bestnya dia bukan buat kat tempat lapang atau tertutup ke macam kat DG atau kt DECTAR tu. Dia boleh buat sepanjang2 jalan kat dalam U ni. Sebelah library lagi. Pesta/karnival ni mula dari 15hb sampai 17hb. So petang semalam saya, Noe dan Samath pegilah meninjau2 apekah gerangan keadaan gerai2 kat bawah tu..

Let's check 'em out!

Aha nilah suasana gerai-gerai dia..


Kat atas tu game baling2 coin mcm tu. Noe main game ni. hehe. Yang bawah pulak nama dia kendo. Kena pecahkan belon yang ada kt org pakai uniform tu. Baru dapat hadiah. Beria diorg suruh kitorg main, tapi sebab ganas sgt game ni. Tak berani main. huhu



Ini ialah gelagat budak2 yang menyanyi2 sambil main instrument kat sini. Tak tau motif diorg apa sebenarnya. kutip derma kot. hehe. Sori gambar silau. panas..
  

Ini gambar pemandangan dari bilik abg Raja tingkat 7. Tu bangunan yang lengkuk2 atap dia tu library. Tengoklah betul-betul gerai kat bawah, panjang kan? Sepanjang library lak tu...


Ha dah. Tu jelah cerita pasal semalam. Sebelah malam dia ada konsert tapi saya tak g sebab saya tak rasa berapa sihat. Malam tu pun tido awal. Tapi tiap-tiap hari pun ada konsert. Tgklah post seterusnya. hehe..

Wednesday, September 15, 2010

Excellent quote

"Always be on time. Never try to make any personal engagements. Do as little talking as humanly possible. Never be disturbed by anything. Always do what you're told to do as quickly as possible. Remember to lean back in a parade, so that people can see your husband. Don't get too fat to ride three on a seat. Get out of the way as quickly as you're not needed."

                                                                                                                   Eleanor Roosevelt









........When u see what is right, have the courage to do it.........

Monday, September 13, 2010

Selamat Tinggal Silamku

Berkeliling setaman melonjak girang
Manis senyum menggembirakan hati yang memandang
Disapanya burung dibelainya bunga
Berbaring melihat awan,selesa mendepang tangan

Matahari nampaknya berkilau cantik
Ombak awan membentuk olahan menarik

Lihat mawar putih tu tiba-tiba mekar
Dan kupu-kupu siang asyik sungguh berkejar

Kekal lah suasana indah ini selamanya.
Bahagiakan hati, tenangkan jiwa.
Pergilah angin kencang jauh-jauh dari sini.
Berilah peluang aku menikmati :)



Nowseeheart-Selamat Tinggal Silamku


Pergi jauh dariku, biarkanku.  Jangan ganggu diriku, Hai Silamku. Berat sudah kutanggung beban ini, kelak kanku ganti dengan senyuman, Walaupun pahitnya masih ku terasa. Mungkin kali ini kanku mampu mengharungi. Pimpin jiwaku ini, diri yang lemah. Selamat tinggal silamku, pergi jauh dariku.. 
:)

Thursday, September 9, 2010

Happy Eid Mubarak & Maaf Zahir Batin!

Salam hi hello gentle readers,

Teringat tahun lepas, i wish everybody hari raya kat sini tak sangka kejap je dah setahun dan saya kena tulis ucapan raya lagi. Rasa macam baru je tulis. huhu cepat betul masa berlalu. 

Anyway tanpa melengah2kan masa,

Kepada semua pembaca, rakan taulan, sahabat handai, saudara-mara, kenalan dan social networkers,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN




Semoga lebaran kalian kali ni dapat dinikmati dan juga diberkati..

Tahun ni buat kali pertama saya tak sambut dengan family. Tahun ni saya beraya di perantauan bersama rakan-rakan kat sini. Nasib baik ada abang dan kakak gantikan keluarga :')
Malam raya saya akan berada di rumah kakak Norinah untuk menangis buat persiapan raya sama-sama. Esok harinya kami akan  bertolak pagi-pagi ke embassy nak makan ketupat dan jumpa pelajar Malaysia lain yang ada kat sini. Nasib baik Prof Cho bagi cuti. hehe..

Hal-hal lain tak taulah lagi macamana. Apa-apa pun, really looking forward for tomorrow! Tak sabarnya! hehe
Ok lah nak pergi dengar lagu raya sekarang. Take care and hav fun guys!




Selamat Hari Raya semua!!


p/s : Gambar-gambar ni semua diambil masa saya tgh rakam video khas raya (nama tak tahan) untuk atuk dan nenek di kampung. hehe..

Saturday, September 4, 2010

"Ia sangat sukar." katanya.

Aku sedang leka mengambil gambar pemandangan tatkala dia menegurku dari belakang.

          "Ambil gambar apa tu?" soalnya.

        "Oh, itu dia logo CAU yang terpampang megah tu. Kelihatan indah dari jauh." jawabku dengan senyuman.

Dia berdiri betul-betul di sebelahku dan meminta izin melihat telefon bimbitku.

         "Ini ialah telefon bimbit dari Malaysia dan tidak boleh digunakan di sini." Ulasku tanpa dipinta.

Kepalanya diangguk-anggukkan beberapa kali. Kami terdiam buat seketika.

        "Kehidupan sangat sukar di sini." Tiba-tiba dia memecah hening. "Segala-galanya teramat sukar bagi saya."

Aku memandangnya tepat. Cuba mencari pengertian dari kata-kata yang baru diluahkannya tadi. Meneka ayat seterusnya yang bakal keluar dari bibirnya.

        "Adakah awak tahu, bahawa saya hanya seorang diri dalam menjalankan kajian projek saya. Sedangkan bagi projek turapan, terdapat empat orang yang sedang bekerjasama dalam menjayakan kajian tersebut."

Aneh, fikirku. Apa yang cuba dia sampaikan sebenarnya.
       "Setiap kali proposal saya dihantar pada Professor, ia akan ditolak. Awak mungkin belum cukup mengenali beliau kerana sikap dan layanan baiknya terhadap kalian semua. Tapi selepas satu semester berlalu, inilah nasib saya. Kajian ini masih belum sempurna dijalankan di mana-mana. Segala-galanya masih dalam peringkat pemerhatian. Maka kesusahan yang saya alami bukan sedikit." Terang beliau panjang lebar. 

        "Kalau awak perlukan sebarang pertolongan, saya boleh bantu apa yang patut." Ujarku cuba meredakan ketegangan.

       "Saya sedang buntu sekarang. Lebih daripada 120 penerbitan merangkumi jurnal, prosidang dan bahan rujukan lain telah saya kumpulkan dan selidiki, tetapi tetap tidak menemui sebarang jalan keluar. Tambah menyukarkan lagi, saya bergerak sendirian. Professor pula lebih banyak menyangkal dari memberikan pendapat. Tanggungjawab yang dibebankan terhadap saya terlalu berat. Harapan yang diberi juga terlalu tinggi." Keluhan berat dilepaskan serentak habis pernyataannya. Nyata tawaranku memberi pertolongan tadi tidak diendahkan.

       "Awak tertekan ke?" Soalku, pendek.

      "Ya, saya tertekan. Awak bayangkanlah, saya cuma pelajar sarjana tetapi kajian saya bertaraf PhD. Professor mengharapkan lebih dari apa yang saya mampu. Dan projek saya inilah sumber dana yang membiayai segala perbelanjaan di makmal kita. Maka saya perlu terus bekerja keras bagi memastikan projek ini berjaya. Tanggungjawab berat terpikul di bahu saya. Kadang-kadang tak tertanggung rasanya."

Aku cuba mencari riak sedih dari keluhannya itu. Tapi yang kujumpa cuma wajah cekalnya memandang hadapan. Sambil leka menghembus asap rokok. Dia kelihatan seperti mengadu, namun riak wajahnya selamba seolah tiada apa berlaku.

       "Awak mungkin seorang yang tabah dan kuat semangat." dugaku. "Kalau tidak, tak mungkin awak terus berada di sini. Dari apa yang saya dengar dari Noe, projek awak memang terhad sumber rujukannya." Aku masih terus cuba berbasa-basi.

       "Ah! Noe. Saya mengumpulkan begitu banyak bahan rujukan. Tetapi Noe mebaca tiga daripadanya dan diberi pujian yang melambung oleh Professor. Itupun jurnal yang berada dalam simpanan saya." Pantas tingkahnya menunjukkan iri. "Saya juga berdepan dengan masalah kewangan yang terhad. Professor memberi saya sejumlah peruntukan untuk kajian ini. Namun begitu perbelanjaan yang harus saya keluarkan terlalu tinggi. Adakalanya saya harus keluarkan wang sendiri untuk lawatan tapak dan meneruskan ekperimen. Kos kajian projek adalah tinggi." Luahnya lagi.

      "Sabarlah." pujukku lembut. "Awak pasti boleh melakukannya. Projek ini pasti akan berjaya."

Seakan masih belum berpuas hati. Dia menyambung lagi. "Semasa menghadiri latihan khidmat negara, saya sudah diberi tekanan sebegini. Saya ialah seorang pemandu kereta kebal."
Sekarang aku baru tahu hubungkait kenyataan tersebut dengan susuk tubuhnya.

      "Professor tahu akan kebolehan saya. Setiap kali majlis keraian dijalankan, dia akan mabuk teruk, awak pun tahu bukan?"
Aku mengangguk pantas.

      "Saya lah yang akan disuruh memandunya pulang ke rumah. Kawasan rumahnya jauh dari kediaman saya, dan pada waktu tengah malam sebegitu, kenderaan awam yang ada untuk saya pulang ke rumah hanyalah teksi. Awak sediri maklum betapa tingginya kadar tambang teksi di sini. Saya tidak pernah dapat menyimpan malahan baki akaun saya tiap bulan kekurangan." Semakin panjang keluhannya. Semakin terbongkar bebanan yang terpendam dalam hatinya.

Aku makin dapat merasai berat tanggungan tersebut.

      "Awak seorang yang tabah. Awak menempuh banyak kesusahan namun awak tidak mengalah. Sejujurnya saya sendiri tak tahu apa tindakan saya sekiranya saya berada di tempat awak sekarang. Jadi teruskanlah berusaha dan bersabarlah." Aku mengangkat kepala memandangnya tepat. 

       "Ah, ianya sangat susah. Terlalu sukar buat saya." Kata-kata ini diulang entah sudah berapa kali.

Aku memandang penuh simpati. Terbungkam lagi tidak tahu kalimah apa yang harus kuluahkan lagi.

Dia tersenyum memandangku. Seolah-olah telah lepas segala yang disimpan. Perbualan kami beralih topik kepada keadaan cuaca di sana. Kali ini lebih santai dan penuh keterujaan. 

Usai semuanya, beriring kami kembali ke medan kerja di dalam makmal. Cuma kepalaku sahaja yang masih berat dengan persoalan. Dia seorang yang berbangsa Korea dan jauh lebih tua daripada aku. Dia terbeban dengan hal kerjanya serta tingkah layanan dari Professor. Dia cuma pulang ke rumah dua kali dalam seminggu. Selebih masanya adalah di dalam makmal. Bagaimana pula halnya dengan aku kelak?

*****


p/s: Perbualan ini berlaku antara aku dan Oppa Song Jae, salah seorang senior tahun dua di makmal tempatku belajar. Dan sudah tentu ini adalah hasil terjemahan aku yang terbaik. Kerana perbualan kami boleh diibaratkan seperti ayam dan itik. Akan tetapi, aku sungguh pasti inilah intipati utama perbualan tadi.

CAU dan perpustakaannya-pemandangan dari bangunan kejuruteraan aras 6





Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Di kala ku kehilangan 
Di dalam kegelapan 
Kau suluhkan sinar petunjuk 


Di kala ku kesedihan 
Kau ukirkan senyuman 
Dengan penuh sabar kau memujuk


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh


Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin


Dan bila hidup penuh soalan 
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh


Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu..

Friday, September 3, 2010

Eksklusif dari Seoul!



Salam hai semua pembaca budiman.

Hari ni saya nak cerita pasal rutin harian saya selama kat sini. Oh, maksud saya, setakat ini. Biasanya saya bangun untuk mandi dan bersiap, pukul 7.30 pagi dan saya akan keluar dari rumah lebih kurang 8.45 (tapi jam saya cepat 10 minit, maknanya saya keluar pukul 8.35 pagi lah). Minggu pertama saya datang saya keluar agak lewat sebab pergi ke sekolah bersaing2 dengan teman serumah. Tapi sekarang tak lagi. hehe

Koridor rumah. :)  


Halaman rumah tuan rumah. Kami menumpang je. hehe


Boleh tahan lah, comel je..

Pintu rumah saya. Eh, salah. Pintu tuan rumah saya.                                           .

 Waktu pagi je boleh ambil gambar2 ni. Sebab balik sekolah nanti dah malam. huhu.

Perjalanan ke sekolah lebih banyak menurun bukit daripada mendaki. (Geologi kat sini memang berbukit bukau). Saya akan berjalan melepasi 3 orang pengawal yang mengawal di sekitar kawasan rumah saya. Kemudian saya akan melintasi kawasan sekolah. Selalu juga saya jadi perhatian anak-anak yang sedang dalam perjalanan ke sekolah di situ. Mungkin kerana saya sedikit 'asing' di mata mereka. Tiba di hujung jalan, saya harus ke kiri untuk mendaki bukit ke sekolah. Di sudut jalan itu terdapat sebuah mini market yang menjual pelbagai barang keperluan. Malangya ia belum dibuka ketika saya ke sekolah, dan telah ditutup sekembalinya saya dari sekolah. :(

Turunbukiturunbukit XD (pengawal ialah mereka yang berkemeja biru tu)
Sekolah sebelah kiri tadi, eh dah terlepas. hehe

Lepas mendaki beberapa ratus meter (dekat sahaja dari mini market tu!), tibalah saya ke pintu belakang sekolah. Chung-Ang University. Sejak bermulanya semester, kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan pelajar yang berpusu-pusu untuk ke kuliah masing-masing. 

Tadaa! ha ni lah pintu belakang sekolah.


CAU, nampak tak? nampak tak?

Perjalanan diteruskan merentasi beberapa buah bangunan, menuruni beberapa siri anak tangga, dan akhirnya saya pun tiba di bangunan yang bakal saya diduduki sepanjang saya berada di sini! :)

Tangga tangga tangga


Tadaa! ni lah bangunan fakulti saya..


Kebiasaannya saya menjadi orang yang pertama membuka pintu makmal (nama di luar sahaja lab tapi dalam dah macam ofis), buka lampu, buka aircond dan settle down di tempat sendiri. Biasanya saya tiba sepuluh atau lima belas minit sebelum pukul 9pagi. Setelah log in di website kami, saya pun meneruskan kerja-kerja saya sendiri sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba di lab.


Inilah lab saya.

Cuma 4 orang dalam lab ni. Tengoklah meja saya tu, takde wat pebenda pun. haha


Esok adalah kelas pertama saya jadi setakat ini saya hanya mencari info mana yang mampu, membiasakan diri menaip menggunakan tulisan korea, belajar bahasa dan memperkaya kosa kata, explore website jabatan kami dan sebagainya. Tiada yang spesifik. 


Banyak gila kan buku dalam ni? Geram tengok! Malangnya hampir semua dalam bahasa Korea..:(

Waktu tengahari semua rakan lab akan keluar makan dan saya pula ke bilik Abg Raja untuk menunaikan solat dan berehat seketika. Makan malam adalah sekitar jam 6.30 (sama seperti waktu saya makan di Malaysia), tapi setakat ini saya hanya berbuka puasa sendiri atau ditemani abg Raja). Kebiasaanya rakan-rakan lab saya harus keluar makan bersama-sama, tapi oleh kerana saya masih berpuasa, maka saya tidak turut serta.

Selepas Maghrib di bilik Abg Raja, saya kembali meneruskan telaah, ataupun sekadar bermain internet. Detik jam menunjukkan angka 10mlm adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu kerana saya akan bersegera log out dan pulang. Selagi belum ada kerja, baliklah awal kan, boleh berehat ke, berchatting ke. hehe.
Samath n me. ekeke..
Minggu ini saya, Samath dan Noe agak sibuk menghadiri majlis orientasi, menguruskan hal-hal berkaitan akaun dan juga kad pelajar. Oh lupa nak bgtau, Samath adalah pelajar dari Cambodia dan Noe berasal dari Honduras. Kami bertiga adalah pelajar baru untuk semester ini.

Orientasi. Actually mcm sort of ceremony ape ntah. Takpaham~
Okay, rasanya post kali ni banyak betul gambar. Mungkin lainkali saya boleh cerita pasal lifestyle ke kawan-kawan ke kan. Atau mungkin bila dah mula belajar nanti nak cerita pasal study lak ke, pasal eksperimen ke. Haha rajinnya!

Ok guys, see u later!



Wednesday, September 1, 2010

Andai hatiku punya wajah, maka ia akan tersenyum :)

Salam hai semua pembaca budiman




Kalau nak dikisahkan sangat lah kata orang sekitar, alamatnya di takuk tu saja lah kamu berputar.
Kalau nak diikutkan sangat lah sakitnya jiwa, alamatnya memang tak ke manalah kita.
Kalau nak dilayankan sangatlah mainan perasaan, alamatnya gagal lah kau mainkan peran.
 

Rayu hati biar kuat biar kental. 
Pinta hati jangun rapuh mudah berkecai. 
Pujuk hati biar tabah biar cekal. 
Didik hati sifat belas penuh ikhlas. 


Berkawan biar beribu, 
Berkasih jangan sampai menganggu, 
Tunjukkan sayang pada mereka, 
Senyum dan hilangkan hasad di dada :)