Friday, September 17, 2010

Konsert DJ Doc? Fuh!

Salam hai pembaca budiman. 

Malam tadi, kelas saya tamat pukul 9. (Saya buka puasa dalam kelas, minum nestea je uhuk.) Lepas habis kelas cepat-cepat saya makan burger udang yang saya beli petang tu. Macam org lapar sgt le tuh! haha..

Lepas makan cuba-cuba la jadi rajin nak mentelaah. Tiba-tiba dalam pukul 9.45 mcm tu Reum Soo oppa dtg ajak pegi tengok konsert. Ann jadi excited terus nak g. Saya toleh kat jam banyak kali sebab rasa mcam tak sabar nak balik je.. Tapi dalam hati teringin nak g ambik gambar dan rasa the atmosphere ceh ceh..

Tapi saya cakap kat oppa saya taknak g.. Ann pun pegilah dengan Noe. Lepas tu tak sampai lima minit saya dah ubah fikiran, "bila lagi nk tgk" detik hati sendiri haha poyo je ayat. :P

Saya pun cepat-cepat log out n shut down laptop pastu pegi lab oppa cakap nak pegi nak pegi hehe. Oppa baik dia pun cakap oklah awak nak pegi ye jom2 kita pegi. Tengok2 dia yang terlebih excited pastu jalan laju-laju siap suruh saya cepat lagi. Katanya ni kumpulan hip hop yang paling feymes lah kekonon kt Korea. Pastu diorang nyanyi lagu yang tajuk dia Na Iron Saramiya. Saya biasa dengar lagu ni, (first time masa kat norebang lah yang oppa nyanyi ngan Hyeran). Lepas tu saya cakap kat oppa saya dah dengar lagu ni sbb dia nyanyi. Dia kata yeke? tak ingat pun. Dalam hati saya cakap mmglah awak tak ingat masa tu awak mabuk.

Oklah balik kat cerita konsert balik. Bila sampai2 je dataran tu Ya Rabbana punyalah ramai umat. Sembahyang raya pun tak ramai macam ni. Macam bukan konsert kat universiti je. Maklumlah saya biasa tgk konsert nasyid kat pesta konvo UKM tu je muahaha. Tapi seriuslah memang macam konsert kat luar (kot) sebab kehadiran umat yang begitu ramai jumlahnye. Tak lupa dengan kewujudan PA sistem yang gempak habis serta lighting yang hebat-hebat ceh apesal puji banyak-banyak ni.

Kesian korang tak nampak kan, nak buat macamana jauh. Tapi ni kira ok lah kan, Yari 5mp ok!


Oh tadi nak sangat rasa atmosfera lah kononnya nah rasalah sekarang rasalah! hee.. Nasib baik oppa bawak saya kat tingkat atas sekali jadi legalah sikit kat situ. Jumpa jugak senior-senior saya yang lain, iaitu Seong Jae oppa, Minkyoung unni, ngan Yonming. Wah wah Minkyoung unni bukan main lagi goyang-goyang tepuk tangan kat situ. Kat dalam lab sikit punya stress hehe. So Reum Soo oppa dah jadi excited saya biar jelah diorg nyanyi2 jerit2, saya ambil-ambil gambar je. Lepas tu record tu je... Err, yelah-yelah ngakulah kaki tu gerak-gerak sikit ikut irama hehe.. :P

Tgklah yg pakai baju biru tu Reum Soo oppa, yang tgh pegang kamera tu Yonming, Gurl tu Minkyoung Unni, sebelah dia tak nampak tu Seong Jae oppa.




Kumpulan ni nama dia DJ Doc. Saya baru check kt internet tadi DoC tu stands for dream of children. Tak pernah dengar pun nama kumpulan ni sebelum ni. Tajuk lagu pun cari kat internet, tapi lagu tu glemer la kot biasa je dengar kat supermarket hehe.



Ha nilah lagu Na Iron Saramiya tu. Kalau rajin nak tengok, tengoklah.. Kat konsert pun dia nyanyi pegang kipas.
p/s: masa upload ni , saya sempat pegi dapur masak nasi, goreng telur panaskan sambal ikan bilis bagai. Haha nak sahur, esok nak puasa :P






Ok dah berjela dah cerita.. Nasi pun dah masak jap lagi nak sahur nyum2.. See ya!


notakaki : tunggu jelah post raya tu ek. entah bila. hehe

No comments: