Tuesday, February 18, 2014

Akaun Tabung Haji dan SSPN Alya

Assalamualaikum.
Sekarang jam 11, masih belum sampi UKM lagi. 2 jam ni urusan banyak dihabiskan di bank. Pukul 9 dh berada di bank islam bangi tapi malangnya pekerja sedang mengambil wang dri mesin atm, jdi bank belum dibuka untuk orng ramai. Terpaksa berdiri-diri di luar sehingga setengah jam kemudiannya. Niat nak buka akaun tabung haji untuk Alya. Senang bila bila free boleh masukkan wang dalam akaun simpanan tabung haji alya. Semua untuk masa depan Alya juga. Tapi kecewa lagi bila pegawai bank mengatakan bahawa akaun tabung haji untuk anak hnya boleh dibuka di cawangan tabung haji sendiri. Untuk tidak menjadikan penantian aku sia-sia, aku mengambil borang untuk mendaftarkan akaun SSPN untuk Alya. Mungkin agak awal kerana Alya baru 2 bulan lebih, but the sooner the better kan orang kata. Demi jaminan masa depan Alya juga.

Selesai urusan, aku bergegas ke Kompleks Diamond, Bangi di mana terletaknya Pejabat Tabung
Haji cawangan. Selesai mengisi borang dan mengambil nombor, aku menanti sekitar 15minit sebelum nomborku dipanggil. Sekali lagi aku kecewa apabila dikhabarkan aku dimestikan memiliki akaun indipendent sebelum boleh membuka akaun baru untuk Alya. Akaun tabung haji ku sekarang masih di bawah nama ibu. Hai ibu, dah 27 tahun umur ni dah beranak sorang pun, masih letak akaun saya bersama dengan ibu? Kecewa nampaknya penantian sia-sia. Sudahlah pejabat tabung haji tidak bnyak macam cawangan bank utama yang lain.

Nampaknya aku harus menyelesaikan urusan akaun bersama aku dan ibu dahulu sebelum boleh membuka akaun untuk anakku Alya. Harap-harapnya urusan tersebut boleh selesai dalam minggu ini juga. Duit sedekah orang ramai untuk Alya harus segera disimpan dalam akaunnya sendiri. Selepas ada akaun, suamiku boleh la buat potongan gaji bulanan untuk simpanan di akaun Alya. Semoga perancangan jangka panjang kami untuk masa depan Alya dipermudahkan urusannya oleh Yang Maha Kuasa.


Monday, February 17, 2014

Beamforming

Assalamualaikum, 




Boleh ke Beamforming atas pavement?Concrete pavement. Airport taxiway. 


"untuk dilihat "


"keep in view"


Moga Allah permudahkan segala.

Amin