Salam
Wah sudah lama aku tak menulis blog. Masa cuti aku berehat . Dah habis 1st week sem pun masih berehat. Haha.
1st week sem ni sangat aneh . Aku terpaksa datang kuliah pagi2 9hb sejurus selepas raya haji sbb En. Kat buat exam. Phew.. lepas tu kelas2 seterusnya untuk minggu tu yang ada cuma kelas En. Kat dan Prof Ahmad Faris
"yang datang dari London" (wah! kah!kah!gelak seribu kali!!) tu.
Aku cuma sangat gembira sbb jumpa Abg Zul balik. tu pun tak macam dulu sbb die keje dan sgt bz..=( malam je jumpe. Tu pun makan malam je. Aku pun tak berani nk balik lewat2 memandangkan blok yg aku duduki skang tak berorang.
Oh lupe, time 3 minggu yg awal nih, aku duk bilik shak kat KKM di samping menemankan die skali. Tapi slalu gak balik umah. Sebagai contoh, mlm ni la.. Haha
Sementara kelas asyik batal jer nih, aku pun menghabiskan masa lapang aku ngan melayan Micheal Scolfield je hari2. Sungguhpun die tu asyik kuar masuk penjara dan hidup dalam pelarian jer, tapi layanan die terhadap aku sangat baik dan menyebabkan aku dilanda kemurungan kalo sehari tak tengok muka dia.=)
Hari Ahad lepas aku ngan abg Zul g tgk cter
The Day The Earth Stood Still lakonan Keanu Reeves kat Alamanda. Ok jer cter, agak menimbulkan keinsafan lah ttg kepentingan bumi kita nih.
Bile manusia mula berperang , memusnahkan alam, datanglah seorang alien yg berupa manusia kononnya dari planet lainyang lebih bertamadun untuk menyelamatkan bumi daripada manusia, Maksudnya, die nak hapuskan spesis
homo sapiens kat bumi ni dan selamat kan bumi serta spesis2 lain yang tak menimbulkan masalah. Tapi kata2 seorang Professor yg pernah memenangi hadiah Nobel
(dalam cter tu) dah sedarkan alien ni, bahawa btolah bila tiba saat2 yang sgt genting , sesuatu tamadun tu akan berubah demi kepentingan mereka dan untuk kemajuan mereka. Maka niat untuk hapuskan manusia tu pun terhenti lah. Mesejnya kite semua ni perlulah berubah sikap dari sekarang. jangan tunggu sampai alien dtg ke ape..huhu..
"Indah permai bumi kita, aman sentosa sejahtera . lihat sungai yang mengalir, deru ombak yang berdesir.Indahnya nusantara, penyegar pandangan mata, damai suasana, ciptaan Allah Maha Esa. Tetapi oh mengapa ada saja dalangnya, mencemari bumi ini, indahnya dikotori..."Ini adalah petikan lagu BangsarBoys yang tetibe jer terlintas kat otak aku .. hehe..
Pastu hari Isnin lak yakni semalam lah mak aku plak dtg dan bwk plak kitorrg adik beradik g Alamanda skali lagi untuk tgk wayang. Kali ni aku tgk
Cicakman 2 : Planet Hitam.Macam biasa , Professor Klon dengan misi jahat die lagi nk menakluki Metrofulus dan dunia, menagih kemahsyuran dan sokongan. Setelah lame menyorok kat gua dekat empangan Metrofulus, Prof. Klon dah cipta sesuatu bahan kimia yang boleh menjejaskan water supply kat seluruh dunia. Akibat drpd tu, sumber air sumer bertukar jadi hitam. Dan nanti Prof Klon bleh salahkan Presiden dan buat Presiden letak jwtn supaya die leh jd presiden. lepas tu buat pengikut2 Prof Klon iaitu ahli2 perniagaan, die juallah penapis air untuk mengaut keuntungan. Cter kali ni ditambah satu lagi watak penjahat iaitu Rrama lakonan Tamara. Rrama ni mcm pembunuh professional plak aku tgk. Tapi die mati gak di tgn Cicakman tuh.
haha banyak lak review filem.
Pastu balik dari tgk wayang mlm tuh aku pun balik la asrama balik. Tengah duk babai2 mak aku , nampakla sorg ni familiar sangat. Oh rupanye kawan skola menengah aku dulu, namanya Talhah. Die sukarelawan
Asean University Games(AUG) , pastu sume volunteer tu duk kat UKM atau lebih tepat lagi, KKM tempat aku duk skang. haha.. sangat kebetulan!