Karangan ini adalah luahan suciku dari hati.
****
"Kalau kau taknak sayang ayah ni, takpe.. Ayah tak kisah.."
Ayat yang ayah ucapkan tu ayah, ayat yang paling merenggut jiwa dan perasaan adik. Tahukah ayah? Besarnya sayang adik pada ayah? Adakah ayah mahukan bukti?
Ayah,
Sejak dari kecil, adik tak pernah ada peluang memanggil ayah, menyebut ayah mahupun menggelar seorang lelaki dewasa sebagai ayah ; tapi semua tu berubah selepas ayah hadir dalam hidup adik. Kerana ayahlah adik masih punya peluang menyebut ayah. Kerana ayahlah adik boleh merasa tegasnya seorang ayah. Kerana ayah adik tahu ertinya kasih sayang ayah . Dan kerana ayah juga lah adik kenal apakah itu pengorbanan.
Ayah,
Saat umur ayahmenginjak tua, uban memutih di kepala, ayah masih gagah mengerah tenaga, berhempas pulas di tempat kerja demi menyara sebuah keluarga. Kerana adanya ayahlah adik belajar erti tanggungjawab dan kerana disiplin ayah adik meniti, membina masa depan yang terang.
Sampai masa, adik derhaka, adik mengaku
Adik berdusta, maafkanlah
Adik keras kepala, ampunkanlah
Adikbuat ayah luka, sebak dan pilu
Adik buat ayah kecewa, dengan culas tingkah laku
Tapi kerana kau ayah, air mata ayah tak pernah tumpah walau sebak dada menebal
Kerana kau ayah, adik dimarah walau kasih sayang ayah terlalu kebal
Kerana kau ayah, salahadik ayah lupakan, mesra ayah pada adik kekal
Ayah, kita mungkin bukan sedarah sedaging tapi ayah kena tau adik sayangkan ayah.
Kita mungkin tiada sebarang pertalian darah tapi ayah kena tau, bapa di hati adik cuma ayah seorang.
Kita mungkin sering tak sefahaman tapi sekurang-kurangnya adik tau apa yang ayah nak itu cuma yang terbaik. Bukan adik kuat melawan, tapi bila adik rasa ayah berharap, dan adik tak dapat lakukan, rasa terbeban. Bila harapan tinggi, adik terbang nak gapai tapi putus tali. Impian tak sampai tapi adik yang melayang. Harap ayah faham dan maafkan.
Ayah, Doa adik untuk ayah tak pernah tinggal, tak pernah putus. Selagi solat sempurna adik kerjakan, selagi tu doa adik mengalir untuk ayah, semoga dan InsyaAllah doa adik untuk ayah takkan berhenti sampai adik menutup mata. Pandangan adik pada ayah adalah pandangan kasih dan mengasihani. Semoga kita sama-sama beroleh rahmat dan berkat Ilahi.
Ayah, mendidik anak perempuan bukan mudah, silap ukir cacatnya kekal, silap pegang terconteng ke muka. Tapi ayah sanggup menggalas tanggungjawab mendidik adik, menjaga dan membesarkan walau seribu kali silap yang adik lakukan, seribu maaf dah adik ucapkan. Ayah tenang melalui getir, tidak melatah , tapi berfikir, kerana pokok itu disiram tak mahu air, dijemur dia layu dan dibaja takut membazir; tapi ayah percaya, masih ada yang boleh ayah usahakan.
Wahai Ayah, sejahteralah dalam semua perjalanan , dimudahkanlah segala urusan , semoga ayah sentiasa dalam redha tuhan.
Segala khilaf , culas dan salah adik minta ayah ampunilah, segala makan dan minum adik minta halalkanlah, hari-hari yang adik tempuhi harap ayah redhakanlah, perjalanan yang bakal adik tempuhi ayah doakanlah ,dan apa yang adik lupa berpesan-pesanlah. Sesungguhnya kau lah ayahku dunia akhirat.
Dari satu-satunya anak perempuanmu,
Nadia.
****
****
****
I Love You, Dad , As Much As You Do.