Tuesday, April 27, 2010

Doaku padaMu

Ya Allah ya tuhanku,
Berikanlah aku kekuatan, ketabahan, ketahanan, kesabaran
Dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
Dalam meneruskan sisa-sisa perjuangan.


Permudahkanlah segala urusanku.
Kuatkan iman dalam hatiku.
Lepaskan aku dari perasaan malas, hampa dan kecewa.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar
Lagi Maha Mengasihani.

Amin..

Tuesday, April 20, 2010

Mereka kawen-kawen

Semalam saya terjumpa belog tablemate saya mase sekola rendah, Nurul Naili Akmal. Godek2, terjumpa link belog dia. Baca punya baca, saya ternganga tengok Naili dah pregnant! Dah nak due dah pun. Macam tak percaya. Sangat tak percaya sebenarnya. Hebat lah  mereka. dah la kawen, dah nak ade anak. dui~

2,3 hari lepas pun dapat jemputan kahwin Pakcan, kawan sekolah. Ni org ketiga dalam batch saya yang kawen. Wah cpatnya. Tak percaya je, masa sekolah dulu dia ni top student, pelajar terbaik SPM. Balik blaja keje setahun tiba2 nak kawen.

Sebenarnya sekarang ni musim kawen2 ngan musim ngandung2 kawan ke.. Nape dalam pemikiran saya masih kabur2 samar2 tak nampak plak hala tuju berkeluarga nih. Sekarang umur 23 (muda ke tua ntah 23 tuh, saya pun tak sure). Dah boleh kawen ke? Ibu, nampak adik ni mature enough ke? Ada rupa nak jadi bini orang tak?

Lepas ni lima tahun lagi:

2010 - 23 tahun
2011 - 24 tahun
2012 - 25 tahun
2013 - 26 tahun
2014 - 27 tahun
2015 - 28 tahun


Umur 28 tahun tu, lambat sangat ke nak kawen? Ke biasa2 je? Ke kena kawen dalam tempoh lima tahun tu? Ke kena kawen sekarang? Ada tak orang nak kawen budak umur 28 ek?Ada kot, tapi mesti saya kena buat muka comel2 bagi nampak cute agaknya. Pastu tipu dia, hai bang umur saya baru 18, boleh berkenalan?~
(amboi desperate gila!) Sorilah, ibarat kan saya sebiji epal, kalau takde orang petik, takkanlah bermurah hati nak gugur sendiri kat tanah kan. Tunggu jelah atas pokok tuh.

Lagi sekali, jeles lah tengok orang2 yang dikenali masa selekeh2 dulu dah kawen. Siap dah ade keluarga. Saye nak kawen ngan sape pun lum pasti. :(

Sunday, April 18, 2010

Yalah Kita Tahu

Yalah kita tahu
Awak kenal kita ceria, kita gila-gila
Kata semua iya-iya
Tapi kita juga ada rasa

Yalah kita tahu
Wajah kita selalu happy, nampak berseri
Mungkin awak yakin dan terlalu pasti
Tapi kita juga ada hati

Yalah kita tahu
Biasanya kita tak kisah, tak ambil tahu
Asalkan kita ingat awak duduk dalam tu
Tapi kita tak cakap kita tak boleh pilu

Yalah kita tahu, kita sedar diri kita
Salah ke kita cuma nak gembira, terima awak seadanya
Kalau awak nak merungut pasal kita, tak apa
Tapi janganlah suruh kita lupa :(



Yalah kura-kura tu cangkerangnya keras amat
Tapi dalamnya bukankah lembut, senang dilumat?



Thursday, April 8, 2010

Decision











I'm about to make BIG BIG BIG decision in my life.




This very soon.






Tuesday, April 6, 2010

Ku Pendam Sebuah Luka

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara

Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku

Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...

Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali

Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan

Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...





Friday, April 2, 2010

Teringat adik dah besar

Salam hai semua pembaca budiman.

Salam takziah dan sepotong Fatihah hadiah buat pelawak yang kita kenali, Din Beramboi yang telah pergi menemui penciptanya awal pagi tadi. Ajal maut di tangan tuhan, tak disangka-sangka yang sihat pun boleh pergi..


Laporan lengkap untuk projek rekabentuk baru disiapkan semalam. Perincian-perincian lain yang berkaitan pun dah disiapkan tadi. Lepas tu baru rasa lega sikit dalam kepala ni. Sambil nak tenang-tenangkan fikiran yang dua tiga minggu ni serabut, teringat adik kat rumah.

Adik ni dari kecil memang sungguh hyperaktif. Tak pernah sunyi rumah tu lebih-lebih lagi sebelum abang masuk asrama. Biasanya kalau bukan dia menangis, dia lah yang menjerit. Bergaduh, bergurau, semualah aktiviti-aktiviti lasak yang budak lelaki boleh buat. Selalu aku marah adik sebab tak pernah tau duduk diam.

Paling tak suka kalau balik dari asrama, bila masuk bilik tengok bilik dah sepah-sepah. Lagi angin satu badan bila adik ada hobi suka mengusik, mengacau barang-barang comel yang aku simpan. Sticker2 mickey n minnie yang comel sengaja aku simpan sebab sayang. Tapi adik ambil dan tampal kat buku dia. Buku nota, diari dan organizer yang comel biasanya memang aku simpan sebab sangat sayang nak guna. Tapi balik tengok adik dah conteng-conteng semua muka surat.:(

Aku gemar melukis dulu, sayangkan perkakas lukisan yang ibu belikan. Adik dengan selamba menghancurkan pallete warna kesayangan kepunyaan aku. Menangis pun tak guna, marah pun tak guna. 

Tinggalkan sekotak eye shadow Clinique di rumah, bila aku balik adik dah conteng-conteng semua warna eye shadow dan ada yang hancur tinggal debu-debu.. :(

Adik memang tak boleh duduk diam. Sampai sekarang pun dia memang hyperaktif. Perangainya gila-gila walaupun sebenarnya dia kuat menangis. Dulu tiapkali balik mesti ada je yang aku leterkan, yang aku marahkan sebab perangainya yang suka sangat mengacau harta-harta ku yang comel-comel.

Tiba-tiba terasa dah lama lah tak marahkan adik. Sekarang ni kalau bicara aku dan adik pun banyak ketawa. Kadang-kadang dia kena jugak cubit, tapi sebab aku memang sengaja nak cubit.

Tiba-tiba terasa dah lama tak leterkan adik. Dah lama tak menangis sebab sakit hati dengan adik. Aku baru perasan adik dah tak kacau barang-barang aku dah.

Aku baru perasan adik dah tak lama tak menyakitkan hati aku dah (kecuali kalau dia bertengkar dengan abang, ataupun dia menyepahkan barang-barang DIA, bukan barang-barang aku)
Kenapa adik berubah?

Adik dah tak nak main patung kakak lagi? Adik dah tak pandang sticker-sticker comel kakak lagi? Adik dah tak berminat nak pegang organizer kakak yang ade gambar kartun tu lagi?
Oh adik dah besar sekarang.

Adik tahun ni ambil UPSR ye?

Bila jadi situasi macam ni, aku jadi rindu. Rindu suasana dulu. Di mana adik kecil dan suka menyakitkan hati. Lepas ni adik masuk asrama, adik kurang massa dengan kami, adik dah tak nak manja dengan kami. kan adik?

Adik-adikku membesar dengan cepat.


 Adik yang baju hijau tu. seblah die baby Cawa.


p/s: Macam ni lah agaknye seorang ibu tu rasa bila anak-anak dia dah besar kan. Rumah jadi lebih sunyi. 

Hiruk pikuk dan bingit suara kanak-kanak beraduh beransur-ansur lenyap. Jarang dengar bunyi 

benda-benda pecah. Jarang dengar bunyi tangisan (atau rotan). Apelah perasaan tu ye..