Salam hai semua pembaca budiman.
Ahah tajuk tu tak habis lagi. maafkan saye. Meniti hari-hari terakhirku di Malaysia.. ehehe
Setiap hari saya akan ke ICLS di KL Plaza untuk ke kelas bahasa Korea. Keluar rumah seawal 10.30 pagi. Sampai kelas pukul 11.30 pagi. Sempat study setengah jam sebelum seonsengnim masuk. Kelas tamat pukul 2 petang. Lepas tu bergegas pulang. dalam perjalanan dari pintu sekolah ke kelas saya kena daki 71 anak tanggaa. Monorail Bukit Bintang pulak ada 36 anak tangga. Monorail Hang Tuah cuma 28 anak tangga. LRT Hang Tuah pulak saya kena daki 30++ (tak ingat) anak tangga. Kemudian di LRT Ampang ada 40 anak tangga. Jadi bolehlah kawan2 jumlahkan berapa banyak anak tangga yang saya daki setiap hari. Jangan lupa gandakan untuk pergi dan balik. Dan saya berjalan agak jauh untuk ke LRT Ampang. Tapi cuma 30-40 langkah untuk ke Monorail Hang Tuah. Serta lebih kurang 1km dari Monorail Hang Tuah ke ICLS. Jadi boleh lah kawan2 kira berapa banyak kalori yang terbakar sepanjang perjalanan saya pergi dan balik kelas setiap hari. Sebab tu berat badan saya tinggal 42.5kg. Dah masuk kategori underweight.
Eh ape pasal cerita pasal jalan banyak sgt? Oh ya, dalam tren lrt ataupun monorail, macam2 ragam manusia yang boleh saya tengok. Kadang-kadang ada orang yang tidur je sepanjang perjalanan sampai saya hairan dia nak pergi mana sebenarnya. Ada orang yang masuk monorail macam nak pergi sun-bathing kat tepi laut. Ada jugak sekelompok budak-budak sekolah yang main kejar2 dalam tren. Ataupun tak sedar diri bersembang sampai satu gerabak boleh dengar suara. lagi bising dari pasar selayang. Tapi saya tak faham pulak mereka cakap apa. tak kurang couple-couple yang loving habis kat dalam tu.
Paling tak boleh lupa masa nak lintas jalan sekali ada satu wanita sebelah saya ni. Ingat kan minah salleh mana. Rambut warna kuning. Baju dah habis tayang dah lemak kat badan tu. Lipstick merah yang amat. Tiba-tiba dengar dia cakap dgn member sebelah dia. Tapi cakap loghat kelantan pekat. Haha Cek Mek Klate. Awat dress up macam orang putih??
Pukul 3 selalunya saya sampai LRT Ampang. Lepas kes kena saman minggu lepas, saya dah tak bawa kereta dah. Jadi tunggu ibu jemput je. 3.30 sampai rumah macam orang kebuluran dah nampaknya. Lepas makan, dan solat,main-main dengan Cawa kemudian berehat. Bila petang kadang-kadang saya masak. Malam pulak buat homework yang seonsengnim bagi. Kalau rajin barulah study highway sikit. Tapi pegang kertas sekejap je biasanya sebab 15 mnit lepas tu dah terlelap. Journal yang Prof Amir suruh tulis sampai sekarang tak siap. Sebab laptop dah lama rosak. nak tunggu laptop baru next week baru boleh beli.
Manfaatkan masa kat rumah. Setakat ni baru lepas renew passport. Visa next week baru buat. Perkakas seperti bagasi, coat dan sebagainya belum beli lagi. Hujung minggu ni buat bacaan doa selamat kat kampung. Hujung minggu depan dah boleh ambil jubah di UKM . Kelas Korea pun dah tamat masa tu. Minggu lagi satu majlis bbq khas untuk kawan-kawan saya pulak. Semoga boleh jumpa buat kali terkahir sebelum saya berangkat ni. Minggu berikutnya lagi belum ada aktiviti. Minggu berikut lagi satu saya dah ada di Seoul :'(
Sekarang internet tengah ada masalah jadi saya memang jarang sikit buka blog. Asyik-asyik buka dan reply email melalui handphone. Tiba-tiba kena bar sebab bil tinggi gila. Insaf~
Oklah sampai sini sajelah saya mengarut. Lain masa jumpa lagi!