Salam hai semua pembaca budiman
Ini adalah benda yang paling. Paling, paling (tiga kali stress) aku tunggu-tunggu semenjak aku berada kat Korea lagi. BALIK MALAYSIA NAK JUMPA BUDAK JKAS NAK HANG OUT RAMAI-RAMAI NAK ENJOY DAN LEPAS RINDU! Ok sangat rindukan mereka. Sangat rindukan kebisingan mereka. Sangat rindukan ketawa-ketawa dan lawak-lawak bangang mereka. Sangat rindukan suasana merepek menari menyanyi bergaduh bergossip haha semualah rindu :')
Kalau dengan shakira dan ecah tak sabar-sabar nak jumpa ada banyaaaak benda nak cerita macam biasalah masalah hati dan jiwa. Sape lagi nak jadi pendengar setia kan T_T.
Kemudian hari yang ditunggu-tunggu tersebut telah tiba. Begitu sabar aku menanti sejak 8 hb sampai 29 hb baru boleh jumpa haih! Nasib baik jumpa! hehe. Balik kali ni memang banyak menuntut kesabaran.
Petang sabtu lepas tengahari lagi ayah dah hantar pegi jumpa Tiqah kat Nilai (auww terimakasih tak terhingga ayah kerana bermurah hati menghantar sampai ke Nilai siap bagi wang saku sekali jasamu kukenang :D) . Ikut Tiqah makan McD dan tukar tayar kete+cuci kereta walaupun hujan renyai-renyai bagai menghiasi kesyahduan berjumpa teman lama :')
Bertolak dari Bukit Mahkota ke UKM dengan hati berdebar-debar (ok mengaku gedik) dan tiba lepas Maghrib di KKM yang dirindui (sebab selalu lepak bilik Shak) semata-mata untuk menjerit berpelukan dengan Shak, Anis dan Ecah (ok ini tipu tak rindu Ecah pun haha sorry Mok! :P).
Pukul 9pm pergi tempat persinggahan biasa kat Ameer Ali mencari sesuap nasi lemak ayam. Oh sepinggan nasi lemak ayam dan milo ais yang enak. Memang lepas rindu, terharu hehehe.Lepas perut kenyang bertolak lah ke destinasi tujuan yang mana tempat melakukan main activity masa tension dulu-dulu time belajar kat UKM. Yang bestnya masa belajar dulu tiap-tiap minggu nak tension haha. Saya dengan bangganya menempah bilik karaoke MusicBox kat Metropoint tu sampai closing (enam jam ye kawan-kawan, tapi sebab datang pukul 10pm maka jadi LIMA jam). Tetap lama sampai hilang suara dibuatnya. Kami berlapan tetap gembira dan bersemangat hingga ke akhirnya walaupun Hawa kelihatan terlelap sebentar dan Mushai terlelap lebih kurang sejam akibat kepenatan tournament taekwondo petang tu hehe.
Tapi bila balik KKM pagi tu Mushai pulak yang stay up siapkan keje mende ntah. Yang lain-lain berlingkaran lah akibat kepenatan yang terlampau. Aku pulak cuma berjaya melelapkan mata lebih kurang 4.30 pagi. Sejuk pulak kan tido malam tu dekat KKM sebab hujan sampai ke pagi. Tak sanggup dah nak tido sebab kesejukan sangat , aku bangun awal pagi teringat nak breakfast ngan ayahanda pagi tu. So lepas mandi buat deringan guna mulut "Rise and shine sleepyheads! kita ada janji breakfast ngan Prof. Lepas tu nak g PD kan?" Dengan pantas cergas semua orang bergegas-gegas mandi walaupun mengomel sejuk dan malas nak mandi hee..
Jumpa ayahanda kat Seksyen 9 Putrajaya for breakfast around 9 am. Hujan macam tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti langsung. Makin lebat adalah. Borak punya borak berlanjutan sampai ke pukul 1pm. Fuhh punyalah lama breakfast kalau nak order nasi campur pun possible ni (ada ke orang order nasi campur?). Rasa berat nak bangun sebab agak kecewa tengok hujan non-stop tu. Macamana nak mandi kat PD ni. Tapi taknak tunjuk sangat kekecewaan tu maka bila Dewi kata PD tak hujan terus hati melonjak kegembiraan dan akhirnya berjaya pujuk semua jom pegi je PD. Redah jeee bak kata Nadia AF. Nadia Ismail pun berpendapat sedemikian jugak. Bergeraklah kami dua kereta ke PD. Baiklah kami mengaku kalah kepada cuaca sebab sepanjang perjalanan memang hujan tak berhenti langsung, makin lebat adalah. Makan tengahari @ petang kat PD boleh tahan la pekena ikan keli dengan ulam raja. Tapi kat pantai? setakat cecah kaki kat laut dua tiga minit. Hurm kira okeylah tu lepas gian sekejap walaupunnnn...... huhu
Lepas tu gerak balik UKM sampai around 6pm something semua keletihan meredah hujan terlentok masing-masing kecuali Shak dan Anis yang kena bersegera pulang ke kampung halaman masing-masing. Aku dengan Mushai ambil keputusan nak pergi tengok orkestra kat DECTAR malam tu ayahanda pun beria-ia ajak, aku pun rinduuuu sangat dah dengan persembahan pentas. Enjoy tengok orkestra, personally aku paling enjoy tengok tarian hehehe. Sungguh puas! :D
Balik malam tu jugak (terimakasih tak terhingga ayahanda) :') pukul 12 lebih kot sampai rumah ayah pun dah tido. Naik atas terus bubum. Penat. Ngantuk.
Kesimpulannya weekend itu sangat fun, fearless and fabulous!! (sorry, curi tagline Cleo February ni pulak, rasa macam kena je). Trimas infiniti buat kawan-kawan yang join sekali memeriahkan weekend saya-Shakira, Ecah@eMok, Tqah, Mushai, Anis, Hawa, Dewi serta yang disayangi, Ayahanda. Rindu dan sayang kalian ketat-ketat! :)
p/s: baru perasan saya tidak memiliki satu pun gambar sebab lupa bawa Olympus huhu. Ini jelah satu gambar kenangan itupun 'curi' dari DSLR ayahanda. Trimas! hehe..
|
Charlie & JKASian Angles (bak kata si kumbang di tengah hehe) |