Sunday, December 4, 2011

Hari Asyura_10 Muharram_6 Disember 2011

Salam hai pembaca budiman..

Berita gembira! Untuk saya dan semua kawan-kawan yang membace..Sempena tahun baru ni, Bulan Muharram ni, selain dari kita akhiri tahun lepas dan awali tahun ni dengan doa-doa miemohon segale kebaikan. Antare kelebihan lain adalah pada hari Asyura. Sesungguhnya tak tahulah mengape , mungkin atas dasar sambil lewa, kealpaan ataupun kejahilan saye. Walaupun 5 tahun bersekolah agama, yang saya tahu pada hari Asyura ni disunatkan berpuasa. Kemudian beramai2 kami dijamu dengan bubur asyura yang diamasak kakak-kak tingkatan 6 bersama warden2. Saya tak pernah kisah nak ambil tau mengapa disunatkan puasa? Apa lagi fadhilat dan kelebihan hari Asyura ni? 

Masya'Allah ruginyeee... Betullah sekarang, bila dah banyak belajar. Baru tau ruginyeee jadi orang jahil. Tak kisahlah apa jenis ilmu pun. Rugi jadi org jahil ni kawan-kawan. Rugi. Sebagaimana korg rasa rugi tak tau supermarket depan rumah buat jualan lelong 80% . Berkali ganda rasa rugi tak tau fadhilat Hari Asyura ni.

Asyura tu sendiri bermaksud 'ke-sepuluh'. Maka hari Asyura ni jatuh pada hari kesepuluh Muharram.

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

dan antara fadhilat Hari Asyura ni rupanya, bukan sahaja berpuasa! Tapi pelbagai lagi yang saya tak pernah tau. 

Antara perkara-perkara yang sunat kita buat masa Hari Asyura dan fadhilatnya:

  1. Berpuasa pada 10 Muharram (6 Disember 2011) Fadhilat die, Allah menjanjikan kite penghapusan dosa bagi setahun yang lepas. Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim).“S Juga terdapat catatan pahala menyerupai seribu kali mengerjakan haji dan umrah, serta pahala seribu kali syahid. Berlumba-lumba umat Islam menuju jihad mengejar Syahid. bayangkan kalau kita senang-senang dapat seribu kali pahala syahid? Subhanallah. *Untuk pengetahuan, puasa 10 muharram adalah rutin tahunan orang2 Yahudi, maka untuk membezakan kita dengan mereka, Rasulullah menyarankan kita berpuasa samada hari sebelum 10 Muharram ataupun hari selepas 10 Muharram, ataupun berpuasa sebelum dan selepas. Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).. Sesunggunya, kalau kita menyerupai sesuatu kaum, maka kita juga termasuk dalam kaum tersebut.
  2. Melapangkan (berlebihkan) berbelanja bagi kaum keluarga, anak dan isteri. Fadhilat die, Sepanjang tahun ini, Allah SWT tidak akan menahan rezeki kita. Dalam erti kata lain Allah SWT juga akan berlebih-lebih dalam memberi rezeki kepada kita. Ha ape lagi, nak rebut tak? Murah rezeki ni. Tak susah. Kalau tak pernah pun beli papae bawa balik rumah. Ape kate Hari Selasa ni, kita beli buah angggur segugus. Epal sebungkus. Beli baju baru kt adik-adik. Tudung baru kt ibu, kt isteri. Beli la barang dapur hari Selasa ni. Senang kan? Ikut lah tahap kemampuan. Hari Selasa ni jee.. jgn rasa kedekut nk belanja makan best2 untuk buka puasa.. :)
  3. Menggosok kepala anak yatim dan berbuat baik kepada mereka. Fadhilat die : Allah menaikkan darjat kita untuk setiap sehelai rambut anak yatim tersebut. Bukan darjat pangkat kt dunia ni. Tapi darjat kita di sisi Allah. Ada juga catitan mengatakan fadhilatnya ibarat kita berbuat baik kepada anak yatim semenjak dari zaman Nabi Adam a.s lagi. Di ofis saya ni , ada seorg anak yatim. Bukhari namanya. Andaikata saja beliau ni perempuan, mesti setiap jam saya usap kepala dia. hehehe :P
  4. Menjamu orang mukmin berbuka puasa. Fadhilat die: Ibarat menjamu iftar pada semua umat Islam dan mengenyangkan perut mereka. Nak beramal, tapi kekangan kewangan? Jom ambil pahala dengan cara ni. Jamu satu org mukmin berbuka je pun, ibarat kita jamu seluruh umat Islam. Ajak kawan, sanak keluarga puasa, kemudian belanja dia berbuka. Senang.
  5. Bersedekah. Fadhilat die : Allah akan menjauhkan kita dari neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil hingga mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ni. Senang. Pergi kt vending machine, belikan ofismate air setin. senyum dan bagi kat dia, niat sedekah. Nah :) 
  6. Menunujukkan jalan org yg hilang arah/ orang yang sesat. Lebih lebih lagi kita perbetulkan akidah dia. Fadhilat die : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat die : Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. Pengalaman peribadi, iman ni memang benar boleh berkurang dan bertambah. Bergantung pada kekuatan pegangan akidah kita. Tahap kepercayaan tauhid kita, bergantung juga pada kekuatan solat dan amalan kita. Bukan sekarang awak beriman. sampai bila awak terus beriman. Jagalah iman ya kawan2..
  8. Menahan marah. Fadhilat die : Di akhirat nanti Allah akan memasukkan kite dalam golongan yang Redha. Redha ni sifat mahmudah. Dengar macam mudah, tapi betul ke mudah? cuba kaji-selidik balik senang ke susah kita nak redha? Dapat anak nakal, kita merungut. Dapat kerja tak kena dengan hati jiwa, kita merungut. Jalan jem kat depan, kita marah kita membebel. Mudah ke tak mudah? Selasa ni, cuba tahan marah, dan teruskan mendidik diri kita menahan perasaan marah. ok. Bertatih takpe asalkan berlatih.
  9. Mandi sunat. Fadhilat die :Tidak jatuh sakit yakni sakit berat pada tahun itu. Lafaz niat "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
  10. Bercelak. Fadhilat die : Dipelihara dari terkena sakit mata pada tahun itu.Tercatat juga allah memelihara daripada perkata maksiat.
  11. Membaca surah Al-Ikhlas seribu kali . Fadhilat die : Allah memakbulkan doa kite, dan memandang kite dengan pandangan rahmah bila di akhirat nanti. 
  12. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat die : Allah akan mengampunkan dosa kite walau telah berlarutan 50 tahun melakukannya. Ini besar ganjarannya kawan-kawan. Lafaz niat "sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 4 rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah, di baca al-Ikhlas sebelas kali.
  13. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat die: Allah akan melapangkan kite di dalam kubur nanti.
  14. Membaca - "HasbiAllahu wani'mal wakiil, wa ni'mal maula wa ni'mannosiiru" (memperbanyakkan zikir dan selawat). Fadhilat die : Ada yang mengatakan tidak mati pada tahun ini. Wallahua'lam.

TAPI kawan-kawan sekalian,  menurut Imam Nawawi rahimahullah , dua amalan yang kuat hukum dasarnya ialah yang nombor satu dan nombor dua. (Puasa 'Asyura dan Tasu'a - Tasu'a ni maksudnya kesembilan). Selain yang dua di atas ni, dasar hukumnya lemah. Wallahua'lam.




No comments: