Salam hai hello pembaca budiman..
Hari ni nak cakap pasal memasak pulak la.. Sebulan lepas my buddy ada request minta saya masakkan beliau daging dendeng. Teringin katanya. Dengan kehairanan saya bertanya macam mana rupanya daging dendeng? Kadang-kadang saya ni makan aje tapi tak tau nama makanan tersebut. Yang pastinya daging dendeng ni bukanlah popular kot di tempat saya atau dalam kalangan keluarga saya, sebab saya tak tahu! haha.. My buddy cakap makanan di majlis kahwin, buat saya terfikir, daging masak itamkah? Hurmm.. Walau bagaimanapun dek kerana beliau terinngin sangat, beliau mencari sesungguh-sungguhnya gambar daging dendeng untuk ditunjukkan kepada saya. Masih, saya tak berapa pasti. Kena tanya ibu samada saya pernah makan atau tidak.
Dipendekkan cerita untuk tidak menghampakan keinginan beliau kami carilah resepi daging dendeng tersebut. Pada awalnya beliau memberitahu saya cara memasaknya adalah leceh, (perlu ketuk hirisan daging dengan batu lesung, perap dan sebagainya ) tapi ternyata resepi yang saya jumpa tidak meminta saya membuat seprti yang demikian.
Pada pendapat syaa cara memasak daging dendeng adalah ringkas dan mudah.
Tidak seperti masakan-masakan daging saya yang lain, untuk memasak dendeng saya tidak merebus daging sehingga empuk sebelum mula memasak. Ini kerana masakan dendeng memerlukan dagingnya digoreng garing.
Maka waktu menyiapkan bahan pun dapat dikurangkan :)
Mari kita tengok resepi :
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Setengah kilo daging
- 2sb kicap
- 2sb gula
- 4 biji tomato (tapi saya gantikn dengan sos tomato sebab di rumah saya tiada tomato dan cuaca terlampau sejuk menyebabkan saya tak terniat pun untuk ke kedai membeli tomato.. hehe~)
- 2sb jintan manis *
- 1sb jintan putih *
- 10 ulas bawang merah (saya pakai bawang holland-ni kot nama dia- sebab korea susah nk cari bawang merah. tapi sebab bawang holland besar gedabak saya letak dalam 3 biji kot -alamak tak ingat!)*
- 3 sudu cili giling. Biasanya kt Malaysia ibu saya blend cili kering tapi kat sini saya pakai cli merah basah. Takpe kot.*
- Halia sikit. setengah inci ke seinci macam tu.*
Okay cara- cara dia macam ni :
Mula-mula bahan-bahan bertanda * dikisar. Kemudian daging dihiris nipis-nipis, dan digaul-perapkan dengan bahan kisar tadi. Kalau hiris lagi nipis daging tu maknanya lagi garinglah hasilnya nanti. Saya dimaklumkan dari my buddy daging dendeng ni memang garing. (Again at this time I still have no idea pasal daging dendeng ni). Kemudian gorengkan daging yang dah diperap tadi, dan ketepikan. Ha. Bahan-bahan kisar tadi takla semua dicurahkan pada daging tadi, cukup sekadar nk perap, jadi lebihan bahan kisar tadi saya tumis. Kemudian masukkan kicap, gula, tomato , kemudian daging yang dah digoreng. Masak sampai kering. Warna masakan ni gelap je disebakan tindak balas kicap tadi. Disebab kan saya tak familiar dengan masakan ni , my buddy yang jadi tukang rasa. Dia kata ok, macam tu lah rasa daging dendeng.
Masakan ni rasanya manis-manis aje, mungkin gula dan jintan manis yang manis tu. Dagingnya pula garing sampai 'berkrup-krup' masa makan. My buddy sangat gembira sampai semangkuk dia habiskan.
Dan bagi saya yang bukan peminat daging ni pula, biasa-biasa aje. hehe .. Saya rasa daging masak itam kenduri kahwin lagi sedap sebab lembut. Masakan garing-garing krup krup ni bukan favourite saya. Daging pun jarang-jarang makan. Tapi gembira tengok beliau suka.
Saya bukannya tau ambil gambar. Tapi ni lah daging dendeng hasil masakan saya. Habis licin dah hehehe..