Tuesday, May 8, 2012

Susu kotak coklat naik harga :(

Hari ni peru sakit, kaki sakit, peha kejang, badan n tapak kaki kebas-kebas, kepala pening, mual-mual. Semua ni simptom2 hari pertama period.Kenapa kt Universiti tade sickbay? Untuk orang sakit + berada dalam kondisi terlemah setiap bulan ni berbaring, berehat? Kalau UKM dulu ada asrama kan, best je duduk asrama rest satu hari. Ya Rabb sakitnye lemahnye kaki tak dapat nk buat ape. baru kul 3 ptg. Ada lagi 8 jam nak duduk atas kerusi opis. :( 

Masa nk mkn ubat tad, pandang je ubat tiba-tiba tekak kembang. Dah banyak tahun ubat tu jadi teman setia setiap bulan. Dekat sepapan telan setiap bulan. Tapi setahun kebelakang ni  cuma mkn setengah papan sebulan. Tadi tekak mcm tak boleh terima lagi dah nk telan. Padahal sakit sgt nih. Pegi kt vending machine cari air susu kotak perisa coklat biar tak terasa pahit ubat. Bawa 1000 krw nk beli dua. Tengok-tengok harga dah naik jadi 600 krw satu kotak. Sambil menyumpah-nyumpah dalam hati, aku beli sekotak. Huh, kalau dulu bawa 1000 krw boleh dapat 2 kotak dah. Lepas beli terus minum+ dan makan ubat kat situ jugak sebab lepas tu nak pegi tandas takkan nak bawa air kotak masuk tandas. Minum sampai habis. 

Kat dalam tandas. Teringat. 

"Tadi masukkan 1000 krw sekeping, lupa amik baki 400 krw!"




p/s: Pinggang ke bawah masih kebas. 

No comments: