Salam hai hello pembaca budiman!
Tinggal lagi enam hari je nak raya. Raya tahun ni berbadan dua. Nasib baik selera makan dah ada balik. Boleh la menjamu rendang, ketupat, lontong dan sebagainya. Tak sabar pulak rasanya. hehe.
Sepanjang bulan puasa ni, aku memang berterima kasih sangat kat Encik Suami sebab menyediakan kelengkapan puasa dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, memandangkan keadaan sang isteri yang mengandung kononnya dan terkedek-kedek melakukan semua aktiviti. Masak untuk puasa ni, ada la beberapa kali je boleh dikira dengan jari. Selebihnya beli lauk-pauk, atau berbuka rumah parents dan in-laws, serta berbuka di luar (pun cuma 2,3 kali). Sahur pulak Encik Suami dengan penuh tanggungjawab bangun menyiapkan (memanaskan-jika ada) lauk lebih berbuka dan buat air milo panas. Aku cuma turun makan jer. Kalau takde lauk-lauk lebih, kami makan roti bakar atau koko crunch jer. Itupun disediakan oleh Encik Suami jugak. Alhamdulillah, dia rajin membantu apa-apa yang patut kat dapur especially kalau basuh-basuh pinggan. Semoga amal kebaikan kamu Encik Suami diberi ganjaran setimpal dari Allah yer sayang. You made me love you even more *blush*
Sepanjang kehamilan setakat ni, tak boleh bayang jugak kalau takdenya encik abang. Mau terkontang-kanting dibuatnya. Entah-entah dah berputus asa. Encik Suami sangat sangat membantu dan dengan penuh sabar melayan sang isteri yang pelbagai ragam. Menjaga rumah yang memang aku dah tak kuasa nak ambil tahu lagi buat masa ni. Maklumlah, mengandung.. mengada lebih. Takpela, abang layan la kite, masa ni jer sayang..9 bulan lebih kurang. Lepas ni saya layan abang pulak selama 90 tahun atau lebih (kalau panjang umur). hehe.. Anyway terima kasih daun keladi buat Encik Suami atas layanan tip top beliau. Lain kali kalau mengandung lagi, layan lah macam ni lagi. :)
Untuk raya tahun ni, bajet kami memang takde lah. Disebabkan belum dapat duit scholarship lagi (borang-borang aku tak hantar lagi..huhu teruknyeee). Maka baju-baju raya aku recycle ibu punye je. Berapa pasang entah ibu bagi hari tu.. Ada 3,4 pasang kot, semua yang ibu dah taknak pakai lagi. Aku pulak muat sebab perut dah mancung ke depan. Kalau tak, mesti la tak muat kan. Baju semua tu cantik-cantik, baru-baru lagi, ok lah kan. Encik Suami pulak pakai baju melayu tahun lepas je jugak. Cuma beli t-shirt dia sikit dan jeans sehelai. T-shirt dia yang sedia ada sikit sangat dan semua dah lusuh, kalau tak lusuh pun, dah tak muat. Tu lah, siapa suruh membesar dengan pantas. huhu..
Tahun lepas beraya di Korea. Tahun ni tak sabar nak beraya di kampung dengan atok. Bulan puasa ni langsung tak balik kampung. huhu. takpe2, next week balik kampung dah. tinggal lagi beberapa hari jer. Sabar sikit.
Minggu depan jugak nak scan baby. Yeay. Nervous sangat. (eh?). hehe. Tak sabar sangat nak tau jantina baby. Maklumla, barang-barang baby satu pun tak beli lagi. Hari tu pergi tengok-tengok kedai barangan bayi Manjaku di Bangi, barang-barang baby semua dah custom color biru dan pink. Macam mana nk beli. Bukan tak ada yang neutral color such as kuning dan hijau. Tapi tak banyak pilihan. Tambahan pulak yang biru atau pink tu lagi cantik-cantik design dia. Eeee tak sabar sangat nak beli. Terbeli jugak 3 pasang booties n mittens warna putih, kuning dan biru. Comel sangat. hehe..
Ok lah. Sampai sini jelah membebel-bebel. Nak pergi masukkan duit raya dalam sampul sekejap. Tak sabarnya nak tunggu hari raya! Ewahhhh...^_^
Kepada pembaca-pembaca sekalian, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan Maaf Zahir dan Batin! :)