Monday, September 22, 2008

Masak-memasak Juadah Bebuka

yupp.. ellow e'buddy..
been bz here.phew~
Sempena aku dah ada kat umah ni so mesti la nenek senang hati kn sebab ada kawan n most important ada orang tulun nk masak 4 berbuka.. wow.. Juadah yang kitorg wat, mcm2!
Sabtu-nasi tomato+ayam masak merah+ mee goreng, Ahad it' s just nasi putih n masak lemak labu also sambal udang petai + bihun goreng n today (Isnin)-nasi jagung+ayam masak kurma+daging n kentang goreng berlada +keropok lekor + chicken popcorn. Aii, masak beria2 nih.
Ape la pulak nenek nak suh masak esok aku pun tak tau lah.
Jeff dah tanye pasal calculation untuk report geoteknik.. ??..Aku ape pun tak buat lagi nih. ade ke die cakap "a bit confusinglah". Peh, kalo for him 'a bit confusing' then for me it will be 'so so confusing'. Ha ha ha. Plus, piece of report trafik yang aku kene submit kat Catherine pun tak siap lagi. Auw, dateline die today woo.. Mestilah sekejap lagi die msg ..huhu.. Tapi untuk aku , mcm biasa moto aku "rileks, tenang," haha. Sampai bila la nk maju kalau asyik berada kat comfort zone macam ni. Hopefully lepas raya ni ada kemajuan lah . ok, that's all , for now. daa~

Thursday, September 18, 2008

Cuti Aidilfitri

Hello again.. haha.. (gelak dulu)..Been a week .. dah lama tak jenguk2 blog..kinda bz..exams n classes. So, tomorrow UKM da mula cuti for raya..kami berehat for about 2 weeks. Then mengenangkan diri ini yang dah cukup besar untuk dapat duit raya, aku brcadang nk CARI duit raya sendiri. haha.. Caranya? Doing some part time job. Tapi tak taula lagi, just bercadang. Hope can make it, sbb duit belanja untuk sampai bulan 11 dah tak cukup. Tadi buat lab trafik yang saaangat bising dan menyakitkan telinga.. Fuh kalo lama2 duk kat lab tuh boleh terjejas pendengaran aku ni. Aku tgk kat dinding lab tu ada 4 arahan untuk safety precautions, tapi sumenye technician tak provide pun:- 1) Pakai Mask 2) Pakai safety boot 3) Pakai glove 4) Pakai pelindung telinga.. Huhu..Betapa tak beretikanye.(blur)
Erm ok lah. Till later. Daa~

Wednesday, September 10, 2008

Dugaan..

Hi everyone. Hari ni mcm hari2 rabu yana lepas, pg lab kul 9 pg. Tapi aku terlewat 15 minit pg ni sbb sakit perut.. Sgt sakit perut. Lab harini pulak so simple, tapi nk mencuci radas tu MasyaAllah, punyelah payah. tiub kapilari yg sgt halus tu, nk bagi jadi clear balik seperti sediakala. Hari ni rase lemah sgt. Tapi pagi tadi mcm biase jela ceria2 kan diri. Tapi bila sampai kat bilik je dekat2 kul 12 tu, rase lemah longlai satu badan. Pening kepala yang amat n rasa nk muntah. Mesti sbb bnyk sgt metilin masuk dalam badan aku hari ni.. (haha andaian aku). Aku pun baring2 la dgn harapan "jgn lah muntah..jgnlah muntah..karang batal pose aku sie2 je krg." Tapi aku ttp pening, sakit perut n rasa mual yang menidakkan kemampuan aku untuk melangkah ke kelas ptg ni.. Aargh benci btol!. So sampai la ptg aku duk terbaring jer menahan perasaan.. huhu.. Tetibe lak anis call cakap kelas aku wat berbuka pose same2 kt BBB hari ni.. Aduii... nape laa mase aku ngah sakit2 ni jgak nk wat. Aku serba salah hbs, nk pegi sakit perut ni, taknak pegi tak sampai hati lak.. Yela takbest la kn majlis yang nk mengeratkan silaturrahim antara ummah dalam kelas aku ni aku tak hadir. So bile difikir2 balik, aku pun setuju jela nk g. takpela pasal perut ni doa2 jela die tak wat hal..(mesti pasal nasi kerabu aku mkn mase buka pose smlm nih.. huhu) . Oklah dah ptg dah ni. Aku belum asar pun lagi.. huhu.. Kepada sume, selamat menunaikan ibadah pose & selamat berbuka!!

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan..

Salam Ramadhan..hi everyone.. Hari ni cuaca mcm hari2 sebelumnya, iaitu hujan je.. huhu.. tapi hati aku ceria.. sbb ade kat rumah sekarang ni..
Sejak masuk bulan Ramadhan ni, selalu sgt jd sayu. Kenangkan kawan2 jadi sayu, dengar zikir munajat jadi sayu, teringat kan arwah nenek jadi sayu, tgk muka atuk n ibu pun jadi sayu.. Waalahua'lam.. Tak tahu lah nape.. Sejak masuk Ramadhan jugak, hari ni lah baru aku nk rasa buka puasa dengan family.. Spnjg minggu ni sgt sibuk dgn assignmenst dan exams. Weekend baru ada masa free nk balik umah. In fact semalam dah balik umah da, tapi sbb traffic yg sgt truk(kereta hampir tak gerak)+hujan lebat lagi, menjdikn perjalanan dari bangi ke ampang sampai 2 hours! So aku n ayah terpakse la berbuka dalam kete jer. air kosong n fries.. jadila..
Semalam jugak pertama kali aku berterawih berjemaah dgn family. Of course tahun ni tak boleh jelajah masjid sekitar KL Selangor ni tiap2 mlm mcm tahun2 lepas.. Tahun ni kitorg berterawih kat rumah jer supaya atuk boleh berjemaah skali. Sian atuk. ayah imam , atuk bilal. Atuk mmg bilal pun mase terawih kat kg. Cuma aku jd sgt kagum dengar lenggok bacaan atuk masih merdu mcm dulu, atuk tak lupa pun bacaan2, mase terawih, doa2 pun sume atuk yg bace. Alhamdulillah. Dan hasil latihan fisioterapi stp hari kt NASAM dgn urut refleksologi stp minggu, kaki kanan atuk dah boleh berpijak. die da boleh jalan sendiri tapi berpapah la. sekurang2nya tak perlu 3 org nk angkat atuk lagi da. Cuma tangan kanan jer yg masih tak nampak perubahan lagi. Tapi takpe, slow2. Hopefully raya ni atuk da boleh solat sunat kat surau kat kg mcm tahun2 lpas.
hehe.. bout exam haritu, entahla.. Boleh la kot.. aku jawab jer mane yg mampu, sekurang2nya aku tak blank. hehe.. tapi kalo ade miracle pun bagus jgak.. aku nk la kekalkan good grade semester ni. =) cume kalo takde rezeki tu nk watpe kn.. org kate "aim for the sky, for if u fall, u fall on the tree." hehe.. oklah.. cukuplah takat ni jer.
next time sambung lagi.. bye!