Saturday, April 2, 2011

Field Test

Perasaan sungguh teruja sebaik sampai di empangan Daechong heee tak sabarnye nk mulakan field test. 

Ini field test saya yang ke-3 sejak pindah lab soil dynamic. Dan field test yang ke-2 dengan Prof Joh. Field test pertama measure displacement railtrack keretapi kat Ponggi. Pergi dengan Abg Hasan dan researchers KRRI Disember lepas. Field test yang kedua baru last week kat Milyang Dam, perform test SASW, CapSASW dan beamforming. Pergi dengan Prof Joh dan 4 orang pembantu (undergrad student). Site ni yang paling jauh setakat ni. 5 jam perjalanan oh. So kitorg stay sana, 3 hari 2 malam jugak. Lagi 30 mins je nk ke Busan. Jauh kan? Field test yang ketiga Jumaat baru ni kat Daechong Dam, Daejeon. NI dalam 2 jam perjalanan je, so pergi pagi2 balik malam tu jugak. Pergi dengan Prof Joh, Abg Hasan dan 3 orang pembantu (undergrad). Perform test yang sama macam kar Milyang. Disebabkan kat Daechong ni kitorg tak overnight, so bekerja keras dari pagi-pagi sampai lah ke hujung hari. Boleh tahan letih la jugak. Walaupun saya sekadar 'analyzer driver', iaitu orang yang bertanggungjawab mengendalikan Digital Signal Analyzer tersebut. Tapi sebab saya ni tak reti duduk diam, maka kerjanya asyik berlari ke sana ke sini haha.

Masa lunch makan boribab-nasi barley + sayur pelbagai jenis + gochujang(sambal) + duenjang jige(sup tauhu panas), gaul-gaul dalam mangkuk, then makan. Simple je kan. Tapi masa makan tu berselera habis. Tak tau la pasal lapar ke kan. But honestly speaking memang rasa sedap lah. Jige die pedas sikit lepas tu sedap. Then letak gochujang sikit-jadi pedas tapi sedap. Erm, kalau nk gambarkan, rasa macam makan nasi panas, letak sup panas, lepas tu sambal belacan pedas. Pehh.. berpeluh-peluh makan.


Lepas siap kerja tiba waktu dinner pulak. Hurm dinner pelik sikit, seu tang. 'Seu' tu maksud die udang. 'tang' tu entahla tak tau apa maksud die tapi berkaitan dengan boling soup macam tu la. Nak kata soup takla soup sangat sebab soup pada tafsiran saya tak pedas kan. Biasa kalau makanan ada '-tang' kat belakang tu maksudnya dia boil lah macam steamboat tu. Haaaa! Jumpa pun perkataan, steambot! hehe.. Prof habis hebatlah promote seutang ni, udang dia dari fresh water. So we all really looking forward. Nak jadikan cerita rupa-rupanya udang yang dimaksudkan ialah udang kecikkecik tu. Yang besar udang kering tu ha. Sup dia agak pedas lah, tapi saya makan udang tu banyak sangat sebab member sebelah letak baik punya dalam mangkuk tu udang kecik tu penuh-penuh. Adeh, tak biasa makan udang dengan kulit siap dengan kepala tapi telan jelah. Actually kesedapan makan lunch masih terasa dan perut masih separa penuh. Tapi sebab semua orang makan sungguh-sungguh macam takda hari esok , saya paksa jugaklah habiskan nasi. Masuk kereta je amik nih, mata macam takleh nak bukak, perut rasa nak meletup. Terlampau kenyang.


Tapi sebab semua orang tidur, i pity the driver driving alone so saya pun dengan penuh semangat cuba memulakan cerita dengan Oppa Yang Ho. Nasib baik dia ni boleh tahan lah English so bolehla kami bersembang-sembang. Leka bersembang sampai terlepas tol haha. Masa kelam-kabut tu, Oppa Minshik bangun, Ji Ung pun bangun so saya pulak take turn tido. Tapi dapat tido setengah jam je before sampai sekolah malam tu dalam pukul 940 pm.

Bukak je mata rasa pening dan mabuk. Lepas unload barang rasa macam nak muntah tapi tahan tahan sampai rumah. Masa mandi dah tak boleh tahan sangat- sangat so muntah jelah. Yieks, rupanya dinner malam tadi tak hadam sikit pun sebab penuh kot toilet bowl tu dengan meal dinner. Uhuk. Cuba untuk baring tutup mata biar lupa kemualan tersebut tapi tak berjaya sebab tiba-tiba perut meradang. Sakit teramat tambah pening kepala masa tu nak datang bagai. Ayah boleh call pulak nak takbur "Kitorang kat maple ni hi hi hi (gelak sinis)". Sorry lah ayah takde perasaan nak jeles sakit perut ni. Dah berguling-guling menahan sakit.  Muntah tiga kali. Nangis. (malu nak ngaku). 


Lepas tu ada pari-pari datang sapu ubat nyanyi lagu, legakan perasaan sakit dan dodoi sampai tidur. Masa tu bilik tidur dah tukar jadi warna biru tenang (warna feveret). Kat siling ada bintang glow in the dark. Cantik. Terasa macam bahagia je perasaan. Masa tidur pun bahagia. Buka mata je pagi tu cepat-cepat tengok sebelah cari pari-pari. Takda. Ceh, mainan tidur. Aku benci kau.

Okay hari ni dah elok. Layan IT Crowd sampai siang, bangun kemas rumah (saya maksudkan bilik). Masak lunch dan makan. Hidup ini membosankan membahagiakan. 

MILYANG DAM

Gambar atas - mereka pasang tripod untuk source drop weight.
Gambar bawah - Beamforming, SASW, dan CapSASW kat boundary crest dam tersebut. Nampak tak geophone tu?

Ni ialah budak kesian takde sape nak amik gambar die. Oh ya, Milyang sangat sejuk sebab angin sangat sangat sangat kuat. (tiga kali penekanan) .
DAECHONG DAM

Mula-mula sampai ambik gambar pemandangan yang indah dulu. Abaikan gambar atas kiri. Saya tak tau tu creature apa.


Test perform kat centre crest. Nampak tak geophone tu nampak tak? Sebelah atas kanan tu analyzer.  Tu lah workstation saya. Mencabar jugak woh nak setup dan save laju-laju.





 Ok lah enjoy the pics. Jumpa lagi next post, bye!

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.