Wednesday, May 18, 2016

Perihal Tiga Jenis Usia

Salam hai pembaca budiman, 

Kisah yang aku akan kongsikan ini adalah salah satu artikel dalam kolektif artikel yang telah dibukukan, karangan Norden Mohamed, seorang ketua pengarang dan kolumnis akhbar, berjudul "Nasihat Segar Agar Kita Sedar -MAAF CAKAP".Buku ini diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf (2013). Baru sahaja meminjam buku ini dari Perpustakaan Tun Seri Lanang tempat aku menuntut ilmu, kukira buku ini agak menarik dan kebanyakan kisah nya dekat dengan kehidupan semasa ku. 

Semoga yang membaca mendapat manfaat dari perkongsian ini.. 



"BARU-BARU ini saya bertemu seorang teman lama. Sapaan saya yang ceria kerana sudah lama tidak berjumpa dengannya hanya dibalas dengan sebuah senyuman yang tidak simetrik. Jalannya yang pantas telah bertukar perlahan. Suaranya yang lantang telah berubah menjadi perlahan. Malah, peribadinya yang ligat berubah menjadi tenang lagi menenangkan. 

Saya terus bertanya khabar, bukan sekadar untuk berbasa-basi, tetapi untuk mengetahui mengapa dia berubah laku. Maklumlah, kami berkenalan sejak di zaman muda lagi. Dia terkenal di kalangan kami kerana sering bertukar kerja. Dia memulakan kariernya sebagai kakitangan kerajaan, kemudian bekerja dengan swasta, dengan NGO, bekerja sendiri sehingga akhirnya dia mempunyai pelbagai perniagaan yang di antaranya hartanah, seni bina, sewa kereta, resort, restoran, kafe siber malah kolam memancing.

Teman saya ini mula bercakap mengenai usianya yang tinggal sedikit dan bagaimana dia hendak menghabiskan sisa-sisa hidup ini. Mengenai perniagaannya; dia bercadang untuk menjual sebahagian daripadanya dan yang lain diberikan kepada anak-anaknya. Mengenai hartanya, dia sudah pun mendapatkan perkhidmatan peguam untuk menulis wasiat dan belajar mengenai faraid. Mengenai dirinya, dia hanya ingin memperbanyakkan solat sunat dan bersedekah.

Kesemuanya bermula apabila usianya mencecah 55 tahun. Tiba-tiba larian pantasnya merentasi garisan kehidupan telah bertukar perlahan. Seolah-olah usia itu telah memancung atau memisahkan dua dunianya. Nampaknya, teman saya sudah mengatur baki kehidupannya. Malah, dia kini megurus kematiannya. Mengapa? Kerana teman saya diingatkan oleh usia biologinya. 

Usia biologilah sebenarnya yang membuatkan ramai di antara kita tidak senang duduk. Ramai yang ingin mengelak daripada menghebahkannya kepada orang lain. Malah ada yang cuba menyembunyikan usia biologi ini dengan melakukan pelbagai suntikan dan sedutan agar tubuh tidak kelihatan dimakan usia. 

Usia biologi ini juga yang membuatkan ramai di antara kita rengsa. Bila usia berganjak ke 55 tahun, tiba-tiba diri akan berasa sudah tua dan tidak mahu lagi aktif di pentas kehidupan. Tiba-tiba sahaja mahu menghabiskan sisa-sisa hidup dengan bersedia untuk mati, lantas ingin bertapa di atas tikar sejadah.

Alangkah bagusnya jika kita sedar bahawa di sebalik usia biologi yang lahiriah, terdapat dua lagi usia yang jarang kita ambil perhatian? Jenis usia yang kedua ialah usia psikologi. Usia psikologi menggambarkan tahap pemikiran kita. Malangnya, ramai di antara kita yang terencat usia psikologi kerana mengabaikannya. 

Tidak ramai kanak-kanak yang mempunyai usia psikologi seperti orang dewasa, tetapi ramai orang dewasa yang mempunyai usia psikologi seperti kanak-kanak. Lihatlah perangai kebudak-budakan di kalangan orang dewasa sama ada di pentas politik, perniagaan, guaman, kejuruteraan, ekonomi mahupun kedoktoran. Mereka berakal pendek kerana berperangai budak seperti bergaduh, bertengkar dan menipu.

Jenis usia yang ketiga pula ialah usia spiritual. Lihatlah ramai di antara kita yang meskipun telah lanjut usia biologinya, namun usia spiritualnya masih rendah atau tidak bergerak sejak meninggalkan sekolah. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai lagi yang tidak mengambil agama sebagai cara hidup. Sebaliknya hanya menggunakan agama sebagai budaya tempelan.

Usia biologi akan meningkat sendiri. Tetapi usia psikologi dan usia spiritual perlu disirami agar ia berada di tahap yang seiring. Semakin kita berganjak tua, cara berfikir dan bertindak sudah tidak boleh seperti remaja. Dan usia spiritual melalui cara kita mengamalkan agama sudah tidak boleh setakat melakukan yang wajib seperti kanak-kanak. Sekuarang-kurangnya sudah kerap mengimamkan solat berjemaah dengan keluarga.

Mujur bagi teman saya, walaupun tidak menyedari terdapat usia psikologi dan usia spiritual selain daripada usia biologi, sekurang-kurangnya beliau berusaha agar peribadi dan akhlaknya dipersiapkan agar seganding dengan tubuhnya.

Mujur juga kerana umur 55 tahun dianggap sebagai usia untuk bersara daripada aktiviti keduniaan dan mesra akhirat".

Wednesday, April 27, 2016

Bila anak-anak sakit

Salam hai hello pembaca budiman, 

Minggu lepas anak-anakku jatuh sakit. Bermula dari Iyad yang berjangkit virus dari rumah pengasuhnya, kepada Alya yang berjangkit demam dar Daddy nya. Hari Rabu malam Iyad dah mula menunjukkan simptom-simptom seperti dijangkiti selsema. Iyad mula bersin dengan kerap serta berhingus. Sewaktu tidur malam tu, Iyad bersin dan bersin lagi serta merengek. Bila diperiksa, ternyata suhu badannya di atas normal. Demam rendah, jika mengikut tafsiran perubatan (kerana bacaan di bawah 38 darjah Celcius). Iyad juga menangis dan mengerang kerana tak selesa dek penangan mukus yang banyak berkumpul di hidung nya. 

Bangun pagi, aku membuat keputusan untuk tidak pergi ke UKM kerana Iyad demam dan selsema, Iyad pasti tidak selesa dan sentiasa merengek jika kuhantar ke rumah pengasuh. Aku tergerak memeriksa suhu badan Alya juga, MasyaAllah, ternyata Alya suhunya lebih tinggi daripada Iyad dengan bacaan 38.3 darjah. Aku jadi kalut dan risau . 

Selepas suamiku ke tempat kerja , kedua-dua Alya dan Iyad kubawa ke bawah. Aku berikan ubat demam dan aku tuam badan alya dengan kain basah. Kesejukan kain itu membuat Alya tidak selesa dan menangis kerana dia mahu terus tidur. Tapi badannya terlalu panas untu kubiarkan sahaja begitu.. Aku jadi sedih. Lama kelamaan aku biarkan sahaja koolfever didahi mereka. 

Lebih kurang waktu Zohor, panas badan Alya masih tinggi, atas 38.5 dan sekali mencecah 39.3. Aku risau lantas meminta ibu mertuaku membawa kami ke klinik. Kami ke klinik Kita dipandu bapa mertuaku. Alya sangat lemah tidak aktif seperti selalu. Dia cuma makan sekeping roti dan sekeping Cheese. Minum hanya sedikit air kosong. Alya tidak mahu berdiri apatah lagi bermain. Bercakap pun tidak mahu. Mahunya hanya berbaring dan menutup mata. Memang hatiku sangat sayu melihatnya begitu. Ketika di dalam bilik Doktor, Doktor muda itu aku lihat hanya memeriksa suhu Alya dan Iyad , serta memeriksa tekak dan dada Alya sahaja. Dia cuma mencatit nota sewaktu aku berkata anakku Iyad selsema dan mula batuk. Aku ke farmasi dua kali kerana berkeras meminta supp pcm untuk Alya kerana suhunya sudah mencecah 39.0. Alya juga tidak mahu duduk dan hanya berbaring di ribaanku. 

Pulang ke rumah, Alya diberikan Supp PCM(my first time!) dan Alya lelap dalam lelah. Sangat sayu dan meruntun hati. Iyad kuberikan ubat batuk dan selsema walau dalam hati sedikit gusar, bolehkah Iyad menerima 2.5ml dos ubat batuk untuk bayi 7 bulan sepertinya..Bila Daddy pulang selepas MAghrib Alya dah boleh makan dan bermain. Keadaannya nampak okay walau suhu masih atas normal. Tapi tidak panas sgt. Tapi dalam tidur malamnya, Badan Alya panas sangat sehingga menggeletar. Dia terlalu lemah even utuk membuka mata. Aku cuba sponging tapi Alya terlalu marah dan menangis sehingga termuntah dengan banyaknya. Akhirnya aku hanya menampal koolfever di dahi dan badannya sahaja. Aku bangun setiap jam untuk memetiksa sushu Alya,. Dia masih lagi menggeletar denagn suhu yang tidak pernah turun dari 38.3. Jika esok suhunya naik kembali ke 39, aku akan membawa Alya ke hospital. bapanya juga sudah bersedia untuk meminta cuti.

Bangun pagi, Suhu Alya turun sedikit. Aku menyuruh suami ku pergi kerja sahaja kerana suhu Alya sudah turun. Iyad pula memang tak cecah 38 suhunya tapi dia mula batuk dan selsema teruk. Sepanjang hujung minggu kuhabiskan menjaga anak-anakku yang sakit. Alya mula kebahdemam nya pada hari Sbatu setelah tamat antibiotik dan aku memberhentikan beri ubat demam kepadanya. Hanya ubat selsema diteruskan. Iyad masih ambil ubat demam, selsema dan batuk. Sabtu pagi kami pergi ke klinik pakar kanak-kanak Dr Ong pula kerana Iyad kelihatan sangat tak selesa akibat kahak dan selsema. Tapi Dr Ong tak boleh sedut kahak Iyad mungkin kerana Iyad terlalu kecil dan kahaknya tidak seabanyak mana. Mungkin ada khasiatnya aku mandikan anak-anak dengan air suam dengan hirisan lemon pagi tadi. 

Selepas pulang dari klinik Dr Ong , aku berhentikan Iyad dari mengambil ubat batuk, kugantikan dengan ubat kahak. Aku masih bercuti pada hari Isnin demi menjaga Iyad yang masih batuk dan selsema. Pada hari selasa aku memutuskan untuk ke ukm juga walaupun Iyad masih batuk lantaran kerjaku yang banyak tertiunggak. Iyad masih selsema dan batuk. Semoga Iyada akan cepat sembuh seperti sediakala. 


Salam . 


Wednesday, March 30, 2016

Inspirasi seorang penyelia

Salah hai hello gentle readers, 

Dalam perjalanan aku selama enam tahun sebagai seorang pelajar pasca-siswazah, selain daripada sokongan moral yang kuat daripada kedua-dua ibu bapa,, aku sangat memandang tinggi terhadap penyelia-penyeliaku. Disebabkan perjalanan hidup seorang pelajar pasca-siswazah yang sunyi dan penuh liku, aku rasa tidak mempunyai siapa-siapa untuk berkongsi rasa gundah dan galau. Penyelia-penyelia lah yang ada untuk membantu. 

Sedari tahun 2010, aku memulakan langkah dalam arena kajian lanjutan, aku bergantung penuh kepada penyelia ku di Korea Selatan. Apatah lagi dengan situasi diri yang jauh dari keluarga, dengan sifatku yang memang manja, aku anggap penyelia seperti bapaku sendiri. Tempat mengadu masalah, hal sulit hidup atau pembelajaran. Aku sangat memandang tinggi padanya, lebih-lebih lagi dengan ilmunya yang amat mendalam. Aku kagum dan menjadikannya idola. Setiap kali aku patah semangat atau terasa lelah, kata-katanya hampir pasti membuat ku bangkit semula. Walah hanya sepatah puji "Good job"ataupun "well done"; sudah cukup membuat hatiku kembang disalut bangga. 

Selepas kajian bagi segulung ijazah sarjana aku tamatkan dengan penuh lelah, aku menyambung pengajian di peringkat tertinggi; doktor falsafah pula. Menginjak 37 bulan aku bergelut melakukan penyelidikan (dalam masa yang sama mengandung dan melahirkan dua anak syurga yang comel), masih aku memandang tinggi terhadap penyelia ku di sini. Aku bersyukur dikurniakan penyelia yang sangat memahami, berdedikasi dan bertanggungjawab. Pada aku, 90% kejayaan PhD adalah dari restu penyelia. Menjaga hubungan baik dengan penyelia adalah kunci utama perjalanan penyelidikan yang mudah,Urusan mengambil tanda tangan yang mudah, urusan menghadiri konferens yang mudah, urusan memohon dana bagi tujuan penyelidikan yang mudah, dan segala-gala nya yang mudah kerana semua yang dilalui sebagai seorang pelajar pasca-siswazah adalah berputar di sekeliling hubungan pelajar-penyelia sahaja. Tanpa persetujuan penyelia, tak mungkin boleh meneruskan kajian. Seawal semester pertama penyelia ku penuh dedikasi menghubungi kenalan/ atau orang perseorangan di sana sini mengatur pertemuan untukku bagi menjalankan kerjasama dengan pihak-pihak tertentu, sehingga akhirnya aku berjaya menandatangani perjanjian kerjasama dengan Malaysia Airport Holding Berhad. Alhamdulillah, langkah pertama yang sangat penting dan berjaya. 

Aku di saat-saat genting pengajianku sekarang. Di mana emosi dan semangat ku ikut sama turun dan naik tak kira masa. Satu ungkapan "Well done, Nadia" dari penyeliaku boleh menaikkan semangat ku melangit. Satu ungkapan yang amat mudah seperti "Work hard" darinya boleh mengembangkan dadaku yang dah kuncup layu hampir menyembah bumi. Mengapa ya? Aku tahu aku memandang tinggi kepada penyeli-penyeliaku. Tapi sebenarnya, ungkapan mudah ini, memberi satu harapan baru. Menyuntik rasa bahawa segala kerjaku ditunggu, dihargai dan diharapkan. Memberi rasa yang apa yang aku lakukan tidak sia-sia. Bahawa ada seseorang , iaitu penyelia, amat mengambil berat terhadap aku. 

Semua ini selain buat aku berfikir, juga buat aku semat di dalam hati, bahawa di masa akan datang, apabila aku mengambil alih tempat sebagai penyelia (InsyaAllah kelak), aku juga akan menjadi seorang penyelia yang memberi inspirasi kepada pelajar,seperti penyelia-penyelia ku. Betapa sedikit ucapan terima kasih dan good job boleh mengubah dan memberi sinar baharu, Alhamdulillah. 


Semoga semua perjalanan ini berakhir baik. Semoga pahit, onak, sunyi perjalanan ini membuahkan hasil yang manis di hujung perjalanan. Semoga Allah memberi jalan, meneruskan hubungan baik aku bersama penyelia-penyeliaku., Semoga mereka di murahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup, kerana sentiasa berlaku baik terhadap pelajar mereka. Ya Allah limpahkanlah kurnia dan berkati penyelia-penyeliaku. 


Dedikasi khas buat 

Para penyelia,
Prof Dr Sung Ho Joh 
Dr Nur Izzi Md Yusoff 
En Khairul Anuar Mohd Nayan 
Prof Dr Amiruddin Ismail 

Mentor yang bersama dari awal langkah perjalanan,
 Dato Prof Dr Othman A Karim 

dan kedua ibu bapaku, 
Mohd Halim Mahfodz
Faridah Ibrahim 


Juga penyuntik semangat, pemangkin aku belajar ke tahap tinggi, 
atok Hj Ibrahim Liman.









Friday, February 12, 2016

Tarikh Keramat

Assalamualaikum , Hello dear gentle readers. 
Pada pagi 12 Februari 2016. Aku bangun longlai bermalasan. Hatiku rasa berat. Amat payah. Sebenarnya aku rasa hari ini ialah hari yang suram. Hari yang kelam. Ingin saja aku menidakkan hakikat tarikh hari ini. Tapi apakan daya. 

12 FEBRUARI 2016

Tarikh ini adalah tarikh keramat. Tarikh yang kalau boleh masih tak ingin aku lihat. Yang aku tahu aku belum cukup kuat. Tapi hairan kan, makin lama rasanya makin pantas masa berlalu. Pergi. Makin laju jarum jam berdetik. Tinggal yang lambat tergapai terkejar sendiri. Di atas kertas yang aku terima 2 tahun 6 bulan yang lepas, tertera tarikh hari ini, sebagai tarikh tamat penajaan pengajianku,. Pengajian Doktor Falsafah, yang bermula sejak hari pertama aku mendaftar, 18 Februari 2013, di UKM, alma meter ku. Maka bangun pagi hari ini, tarikh ini, bukan kurasakan seperti pagi-pagi lain sepanjang tiga tahun yang telah berlalu. Dahulu aku sangat menginginkan tarikh ini muncul lekas. Menjelma. Biar aku segera bekerja, dengan segulung ijazah dalam genggaman. Tapi aturan lain oleh Yang Maha Kuasa untukku. Pagi ini, aku harus melapor diri tanpa segulung ijazah di tangan. Tanpa sebarang salinan disertasi untuk dihantar. Hanya ku bawa, diri, bersama hati yang separuh, dan semangat yang bersisa. 

JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Seusai memarkir kereta, aku bergegas naik ke pejabat JPbSM  yang terletak di aras tiga. Dalam lelah, hati tak lepas menyebut "Ya Allah permudahkanlah". Ya benar, aku memang gementar. Apakah yang akan berlaku kelak. Adakah aku bakal dihakimi? Aku bakal dipandang sinis? Di herdik atau dimarahi? Dikenakan tindakan? 

Sesampai di Pejabat, pegawai berwajah mencuka memberi ku borang. Terus kurasa dihakimi. Ya benar, aku hadir untuk melapor diri dengan status Belum Tamat. Mahu hakimi aku? Mahu sinis padaku? Ya aku terima apa adanya. Ya aku pasrah. Lima belas minit selepas kukembalikan borang lapor diri tersebut, hadir seorang pegawai berwajah manis. Memberi penjelasan kepadaku apa adanya. Apa seterusnya. Ya Alhamdulillah, dia mendoakan kelancaran urusan pengajianku. 
 
....  

Ada masa setahun untuk Puan Nadia kemukan surat senat kepada kami, bermula dari tarikh hari ini. Sekiranya masih belum kemukan surat senat, tindakan akan diambil di mana penalti RM 100 000 perlu dibayar oleh Puan. Ia adalah urusan legal dan melalui tindakan mahkamah. Namun begitu, selagi Puan Nadia belum menerima apa-apa surat tuntutan melalui mahkamah, Puan Nadia fokuskan sahaja untuk menamatkan pengajian. Jangan berhenti dan jangan fikirkan tentang urusan saman. Cuma fokus kepada menamatkan pengajian. Saya doakan Puan Nadia berjaya dan selamat menamatkan pengajian ya. -

....

Pegawai wanita berwajah lembut manis berkata dengan jelas, lembut tapi tegas. Sedikit sebanyak semangat ku ibarat tersuntik. Benar, di waktu-waktu getir begini, semangatku amat mudah rapuh, senang turun, tapi senang juga naik kembali. Aku hanya memerlukan sedikit motivasi. Satu penghargaan kepada mereka yang bersuara senang, mengucapkan kata-kata menaikkan semangat, walau sedikit , tapi tetap membuatku termotivasi. Aku syukuri bertemu dengan orang-orang yang sebegini dalam hidupku. 

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM, UiTM

Aku idamkan untuk bekerja di sini kelak. Di sini, hari ini, buat kesekian kali aku jejakkan kaki di sini. Bermula dari hadir sesi temuduga, hadir untuk memberi kursus SASW, dan hadir hari ini untuk menghantar borang melapor diri. Aku harap ini bukanlah kali terakhir. Semoga di waktu mendatang aku akan terus menjejakkan kaki di sini. Akademi ilmu, harapannya setiap hari :)

.......

Selepas ini , aku perlu menghantar borang-borang yang telah dilengkapkan seperti yang dikehendaki (Performance Appraisal). Seterusnya tindakan ku ialah : 

1) Menghantar borang submit thesis (3month before submit tesis)
2) Menghantar salinan kenyataan menghantar tesis
3) Menghantar maklumat panggilan Viva
4) Menghantar maklumat sesudah Viva (lulus dsb) 
5) Menghantar maklumat submit corrected thesis
6) Menghantar surat senat (lapor Tamat Pengajian) 


Semoga selepas ini, motivasi ku sentiasa di takat tinggi dan aku boleh habiskan tesis dengan jayanya dalam jangka masa yang ditetapkan. Permudahkan urusan ku Ya Allah. 


.....

BAIT LIRIK YANG PALING MEMBAKAR SEMANGAT KU KINI

Kau digelar sebagai penyeri dunia, Hadirmu melengkap hubungan manusia.
Bukan saja dirindui yang biasa, Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa 

Akalmu senipis bilahan rambut, Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu 
Jua hatimu bak kaca yang rapuh, Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin hadirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Engkaulah wanita istimewa

Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk 

Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian 
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa 
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan