Assalamualaikum , Hello dear gentle readers.
Pada pagi 12 Februari 2016. Aku bangun longlai bermalasan. Hatiku rasa berat. Amat payah. Sebenarnya aku rasa hari ini ialah hari yang suram. Hari yang kelam. Ingin saja aku menidakkan hakikat tarikh hari ini. Tapi apakan daya.
12 FEBRUARI 2016
Tarikh ini adalah tarikh keramat. Tarikh yang kalau boleh masih tak ingin aku lihat. Yang aku tahu aku belum cukup kuat. Tapi hairan kan, makin lama rasanya makin pantas masa berlalu. Pergi. Makin laju jarum jam berdetik. Tinggal yang lambat tergapai terkejar sendiri. Di atas kertas yang aku terima 2 tahun 6 bulan yang lepas, tertera tarikh hari ini, sebagai tarikh tamat penajaan pengajianku,. Pengajian Doktor Falsafah, yang bermula sejak hari pertama aku mendaftar, 18 Februari 2013, di UKM, alma meter ku. Maka bangun pagi hari ini, tarikh ini, bukan kurasakan seperti pagi-pagi lain sepanjang tiga tahun yang telah berlalu. Dahulu aku sangat menginginkan tarikh ini muncul lekas. Menjelma. Biar aku segera bekerja, dengan segulung ijazah dalam genggaman. Tapi aturan lain oleh Yang Maha Kuasa untukku. Pagi ini, aku harus melapor diri tanpa segulung ijazah di tangan. Tanpa sebarang salinan disertasi untuk dihantar. Hanya ku bawa, diri, bersama hati yang separuh, dan semangat yang bersisa.
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Seusai memarkir kereta, aku bergegas naik ke pejabat JPbSM yang terletak di aras tiga. Dalam lelah, hati tak lepas menyebut "Ya Allah permudahkanlah". Ya benar, aku memang gementar. Apakah yang akan berlaku kelak. Adakah aku bakal dihakimi? Aku bakal dipandang sinis? Di herdik atau dimarahi? Dikenakan tindakan?
Sesampai di Pejabat, pegawai berwajah mencuka memberi ku borang. Terus kurasa dihakimi. Ya benar, aku hadir untuk melapor diri dengan status Belum Tamat. Mahu hakimi aku? Mahu sinis padaku? Ya aku terima apa adanya. Ya aku pasrah. Lima belas minit selepas kukembalikan borang lapor diri tersebut, hadir seorang pegawai berwajah manis. Memberi penjelasan kepadaku apa adanya. Apa seterusnya. Ya Alhamdulillah, dia mendoakan kelancaran urusan pengajianku.
....
Ada masa setahun untuk Puan Nadia kemukan surat senat kepada kami, bermula dari tarikh hari ini. Sekiranya masih belum kemukan surat senat, tindakan akan diambil di mana penalti RM 100 000 perlu dibayar oleh Puan. Ia adalah urusan legal dan melalui tindakan mahkamah. Namun begitu, selagi Puan Nadia belum menerima apa-apa surat tuntutan melalui mahkamah, Puan Nadia fokuskan sahaja untuk menamatkan pengajian. Jangan berhenti dan jangan fikirkan tentang urusan saman. Cuma fokus kepada menamatkan pengajian. Saya doakan Puan Nadia berjaya dan selamat menamatkan pengajian ya. -
....
Pegawai wanita berwajah lembut manis berkata dengan jelas, lembut tapi tegas. Sedikit sebanyak semangat ku ibarat tersuntik. Benar, di waktu-waktu getir begini, semangatku amat mudah rapuh, senang turun, tapi senang juga naik kembali. Aku hanya memerlukan sedikit motivasi. Satu penghargaan kepada mereka yang bersuara senang, mengucapkan kata-kata menaikkan semangat, walau sedikit , tapi tetap membuatku termotivasi. Aku syukuri bertemu dengan orang-orang yang sebegini dalam hidupku.
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM, UiTM
Aku idamkan untuk bekerja di sini kelak. Di sini, hari ini, buat kesekian kali aku jejakkan kaki di sini. Bermula dari hadir sesi temuduga, hadir untuk memberi kursus SASW, dan hadir hari ini untuk menghantar borang melapor diri. Aku harap ini bukanlah kali terakhir. Semoga di waktu mendatang aku akan terus menjejakkan kaki di sini. Akademi ilmu, harapannya setiap hari :)
.......
Selepas ini , aku perlu menghantar borang-borang yang telah dilengkapkan seperti yang dikehendaki (Performance Appraisal). Seterusnya tindakan ku ialah :
1) Menghantar borang submit thesis (3month before submit tesis)
2) Menghantar salinan kenyataan menghantar tesis
3) Menghantar maklumat panggilan Viva
4) Menghantar maklumat sesudah Viva (lulus dsb)
5) Menghantar maklumat submit corrected thesis
6) Menghantar surat senat (lapor Tamat Pengajian)
Semoga selepas ini, motivasi ku sentiasa di takat tinggi dan aku boleh habiskan tesis dengan jayanya dalam jangka masa yang ditetapkan. Permudahkan urusan ku Ya Allah.
.....
BAIT LIRIK YANG PALING MEMBAKAR SEMANGAT KU KINI
Kau digelar sebagai penyeri dunia, Hadirmu melengkap hubungan manusia.
Bukan saja dirindui yang biasa, Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut, Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh, Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin hadirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Engkaulah wanita istimewa
Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
No comments:
Post a Comment