Tuesday, September 29, 2009

Tarik rambut dalam tepung

Orang kata, menarik rambut dalam tepung biar berhati-hati. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Apa yang aku lakukan aku kena yakin. Jangan terburu-buru. dan jangan bertindak bodoh.

Kadang-kadang kecederaan hati menggugat kestabilan emosi. dan kadang-kadang keparahan jiwa memungkinkan ketidakwarasan akal. Aku cuba cari jalan keluar walaupun seringkali terperangkap di jalan buntu. Aku sedaya mungkin bersabar memujuk hati supaya tenang dan pasrah selalu.

Bagaimana pula kisahnya perihal persekitaran keliling? Apa yang kau buat dan apa pula yang kamu buat? Apakah mungkin seorang yang waras seperti kamu mengungkapkan sesuatu yang tidak logik akal manusia.
Ataupun apakah bersarang di hati kamu seribu satu macam rasa dan perasaan yang bukan positif, yang bukan menggalakkan? Aku ingin tahu penyudahnya apa. Aku akan ikuti kisah hidup kita. Aku akan selusuri denau laluan hidup aku, ke mana arah tujuannya dan ke mana hala tuju.




POSITIF adalah satu-satunya perkataan yang boleh membuatku damai sekarang.

Sunday, September 27, 2009

Best ke raya?

Raye tahun ni tak best!
.
.
.
.
Tak best!
.
.
.
.
.
Tak Best!
.
.
.
.
.
Tak Best!
.
.
.
.
Bukan sebab aku tak bnyak dapat duit raya.. Dapat banyak okay!.. haha
Cuma.. tak best!.. tak best! dan tak best!




Tolonglah sesiapa bagi best raya ni..


bleh tak?

Friday, September 18, 2009

Raya! Raya! Raya!

Dear families, friends, readers, bloggers, social networkers ;



SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN


From:

NORFARAH NADIA






Have a nice Syawal. :)


p/s : Raya ni saya tak boleh pakai kasut raya.. :(

Thursday, September 17, 2009

Narrow Escape!

I was heading back to UKM, from my friend's house.
I was riding scooter with Dalila, she drove, i sat at the back.
It was at the roundabout.
Our bike was hit by a really big lorry at the back.
We fell off, well i fell exactly right under the lorry, and when I look up, it was the tyre there in front of me.
2 axle , so big tyre..

Despite the pain, I quickly get up and ran by the curbside.
Can't stop shivering. It was the most frightened moment in my life.

If i was late for seconds, I can't picture myself under the lorry tyre..


Thank God. Thank God. Thank God.

Merely narrow escape!

Wednesday, September 16, 2009

Peluang

Aku baru dengar kisah cinta tragis dari kawan baik aku. Betapa tabahnya dia. Bila dengar macam tu, aku terfikir, bolehkah aku jadi segagah dia?

Aku berbelah bahagi sekarang. Aku sesak. Aku buntu.

Patutkah aku memberi peluang?



arghh...




p/s : Aku baru perasan yang no plet skuter aku ialah MAW 4***.. Bukan nyer MAW 1***...
aku selalu ingat nama mawi ialah MAW1***..
aku sendiri tak ingat plet number mawi..selalu panggil dia mawi jer.. wawawa..

Tuesday, September 15, 2009

Late nite talk

Kajian Tukar Lorong dan Tidak Tukar Lorong di Bandaraya Besar(Bandaraya Melaka)

ialah tajuk tesis pilihan aku, dan juga tajuk tesis yang aku terima, di bawah seliaan Prof Eng Dr Amiruddin Ismail.

Semoga aku berjaya dengan cemerlang....:)

Pada kau. Aku minta maaf buat begini pada kau.
Pada kau. Aku cuma mahu sebuah pengertian baru bagi penghargaan.
Pada kau. Doakan lukaku sembuh cepat . Kerana aku juga mahukan mtlamat yang sama seperti kau.
Maafkan aku.

Sunday, September 13, 2009

Sayang, aku kan pergi.

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Saturday, September 12, 2009

Masalah

Masalah. Kau akan tetap bersama kn? Aku tau.

Friday, September 11, 2009

Naiss! Naiss!

Bila rasa gembira tepuk tangan *clap2*
hehe..

Tadi abg syam belanja kami mkn tomyam..
Dan Kak shireen belanja kami makan sate..

dan diorg buat aku ketawa..

dan saye berjaya tgk nur kasih..

hehehehehehe





btw, isnin ni majlis buka puasa di 2 tempat kata shak. Puri & Innobio.
dan mereka jemput kami.
nak pegi yang mana?
.
.
.
.
.

Aku terlibat projek di puri dan mengenali mereka.
Aku tak terlibat projek di innobio dan mengenali seorang dua sahaja.

entahlah.

hahaha

*excited mode*

Wednesday, September 9, 2009

Sakit Kepala dan Kematian Cinta!


Headache sekarang.. not much.. tapi terasa jugak. kepala agak berpinar2. dah dua hari tak tido mlm. satu tido siang, satu tido pagi. Tapi akhirnya apa yang kene buat, siap jugak. Ringkasan eksekutif Li dah hantar, logbook dah siap, petronas talk dah pegi, CV pun dah hantar. Dapat beg lagi *yeay!*

Oh, macam yang dah tau, aku kematian cinta beberapa hari yang lepas. Mujur jugak lepas tu aku agak bz menguruskan hal2 yang penting. Bila aku sunyi macam ni, kisah kematian cinta tu kembali lagi. Sunyi, sepi, tapi tak sakit hati.

Berubah. kenapa orang harus berubah. apakah demi kebaikan? demi pekerjaan? dapatkan pengalaman? aktifkan pergaulan? atau demi perempuan?

Bukan semua suka perubahan. atau paling tidak, perubahan mendadak.

Baik. Jahat. Ada orang boleh tentukan? Kau temankan rakan bergembira dan meletakkan senyuman di wajahnya. kau baik. kau menemaninya ke rumah dan tidur di rumahnya. kau baik. kau juga boleh jadi jahat. terpulang lah pada orang nak menilai. Kerana nilai kita di sisi tuhan hanya takwa.

Kematian cinta. Buat kita belajar lagi menjadi seorang yang lebih dewasa. jadi jangan terlalu lama berduka :)




Thursday, September 3, 2009

MAW1*** kesayangan aku..

Ape kene dengan keldai tunggangan ku selama ni?
Bukan nyer tak jaga baik-baik..tak bela betul-betul..


Sekarang ni performance kau bukan main lagi merosot ye.. Tak pikap macam dulu. Nak naik bukit kene perah habis2 baru kau nk gerak. Kalau nak mula jalan tu rase macam nk tolak jer kau. Telinga kau sebelah pun dah patah. Kalau hujan, seat kau tu bertindak macam span plak, serap air hujan, pastu aku duduk, kau perah pulak kat punggung seluar aku ye.. Teruklah aku macam ni.

Bukan aku tak jage kau, malah bulan lepas beratus aku habis sebab nak tukar mata kau tu yang buta sebelah, minyak enjin kau, minyak hitam kau, brek kau, tali mesin kau tu, servis kau lagi.. Macam-macam aku buat untuk kau. Ape lagi yang tak kene..

Tapi walau macam mane pun, aku tak boleh jugak nak salahkan kau 100%.. Mungkin selain faktor usia, kau tu aku tengok dah tiga tahun, hari-hari terdedah kat hujan, panas. Aku faham sbab tu lah kulit kau merekah-rekah,tak cantik macam dulu.. Yelah, panas malaysia ni sape pun tak boleh tahan. Lepas tu kau berembun sepanjang malam, tiap-tiap malam. Pagi-pagi buta plak, aku dah start enjin, suruh kau bawak aku ke sana ke mari.

Walau ape pun kau buat kat aku, walau berapa banyak pun duit aku habis kat kau, aku tetap rasa kau ni berjasa kat aku. Cuma aku nak mintak sekarang kau jangan la asyik nak jumpa doktor. Aku takde duit sekarang. Kau bertahan eh?

Semoga hayat kau masih panjang selama hidup dengan aku nih.. aku sayang kau... =)




eh silap. ni bukan MAW1*** aku..





Yess! inilah MAW1*** kesayangan aku..
Masa ni dia bawa aku pergi presentation kat faculty..
Very good MAW1***!!! well done!!! I love yOU!