Monday, December 14, 2009

Macam-macam (FEStKUM)

Salam dear readers..

Teman sebilik aku, Lina baru balik dari malam penutup FEStKUM yang berlangsung kat UM tadi.. Untuk pengetahuan semua Lina wakil KTR sekaligus wakil UKM dalam pertandingan ni untuk acara sketsa. Cerita pertama, aku terlepas nak tgk show Lina sebab masalah2 yang BOLEH aku elakkan, tapi aku TAK elakkan.. Lina dah merajuk tapi aku berjaya pujuk.. heee.. Ape2 pun, I'm so sorry Lina.. Maafkan akak ek..

Cerita kedua, well Lina baru balik tadi, bukan main dengan kebaya dia (actually tu costume lakon) .. Sambil berkata "Kak Nad!!! UKM nombor satu!"

Aku pun macam dah agak, biasala, UKM kan terer, hehe.. Tapi muka Lina tetap muncung.. Lepas tanya kenapa, baru die cakap.

Pertama sekali sketsa kalah, pemenang dari USIM (dari ura2 yang aku dengar USIM mmg buat show gempak mlm tu).. Tapi result pasal sketsa ni aku dah tau siang tadi lagi. Takpela dik oi, next time cuba lagi.. Adat bertanding lah ada kalah menang..

Tapi bukan tu yang adik aku sorang ni bengangkan rupenye.. Lina cerita kisah malam penutup di UM.. Yang mana ada satu institut pengajian tinggi ni dengan tak berhemah dan tak profesionalnya cuba menjatuhkan maruah UKM kat situ.. Entah apa yang dorg tak puas hati pun tak tau.. Marah sebab UKM juara keseluruhan ke? Masalahnye, kami menang tipis dari dorang ke? macam tak je.. sbb 1st runner up ialah UiTM. Bak kate Lina, setiap kali nama UKM kena sebut mesti 'boo' mereka lagi kuat dari tepukan dan sorakan student2 UKM sendiri .. memang tak boleh lawan..

Dah banyak kali dalam ape2 pertandingan , aku tak faham dengan perangai atau mentaliti sesetengah mahasiswa ni. Macam tak tau sejak dari tadika, lawan lari dalam guni pun mesti ada yang kalah, bukan semua menang. Jadi dah masuk universiti dah pun, takkan la nak perangai macam budak2 tak dapat patung power rangers kot. Kalah terimalah keputusan, lain tahun cuba lagi..

Ini tak.. tak ke memalukan kalau ade jemputan2 VIP yang hadir majlis (actually mmg ada, dimaklumkan timbalan menteri hadir dalam majlis malam tadi).. Kalau sorakan sokongan takpe, ni sorakan menjatuhkan lawan.. Ape ni, profesional la sikit. Anjakkan paradigma, tu pun nak kene ajar ke...

Aku terbaca blog sorang sahabat yang turut serta dalam FEStKUM nie. Beliau memang meluahkan sejujurnya apa yang berlaku.. nak tau, klik sini..

Kesian aku dekat member2 aku yang pergi sana.. Nak buat macamana, sabar jelah k... Ape2 pun, aku ucapkan syabas, dan cukup berbangga dengan korang semua.. Walaupun UKM takde fakulti seni ke fakulti persembahan ke, tapi di kalangan IPTA kita tetap yang terunggul. Kalau nak tau peserta sketsa terdiri dari dua student FKAB dan sorg student FST.. tak ke bangga tuh.. hehe.. (kalah tak kisah, yg penting participate, ada usaha..)

Nampaknya slogan Apresiasi Seni Budaya tu main dekat dengan kita. hehe.. Maju anak2 seni, pelihara warisan bangsa! Sekali lagi tahniah aku ucapkan pade semua team2 yang participate especially yang bawa balik medal tu (dikir barat dan pantun-gold medal, tarian india, tarian cina, dll-tak berapa pasti keputusan sebenar, anyway, congratulations!)



p/s : Tak dapat tgk teater muzikal Sinbad kat Panggung Bandaraya malam tadi sbb siap tesis pukul 8.30 pm..:'(

30 comments:

Anonymous said...

ni la ayat dari orang2 UKM....
berlagak nak mampos....
padahal banyak perkara x adil berlaku dalam Feskum kali ni....
sedar la sikit.....

NORFARAH NADIA said...

Waalaikumsalam Mr/Mrs anonymous..

Ade saya berlagak ke dalam penulisan saya tadi? sekadar menghargai usaha rakan seperjuangan saya je kot..

Dan ada ke saya menjatuhkan maruah sape2 dalam luahan peribadi saya ni? Cuma kecewa sikit dengan sikap dan mentaliti mahasiswa kita hari ni je..

But anyway I dont even mention anybody here..

Kami selalu sedar diri, sebab tu kami tak jadi pembuli..

p/s:pepatah ade mengatakan sape makan cili dia terasa pedas.. entahla.

daud.montak.zakaria said...

Sekadar singgah mengutip informasi...
http://studiouniversiti.blogspot.com/

daud.montak.zakaria said...

sekadar singgah mengutip informasi....
http://studiouniversiti.blogspot.com/

Nazrin Saad said...

ouh, cik/encik anonymous juga di sini...

berlagak ke atau tak, itu smua brgntung pada yg melihat...jnji yg menulis xgentar utk menulis namanya... tak gentar utk dunia tau siapa yg menyuarakan apa yg dirasa...

kamu anonymous? sudah kenalkan diri? ke takut?

perkara yg x adil berlaku dlm feskum, itu saja yg diulang2... bagi bukti la cik oiiii...

nama aku nazrin bin saad, pelajar prasiswazah dari UKM...

p/s : ko laki ke pmpuan anonymous?

Anonymous said...

orang boleh berkata apa sahaja... pemikiran dan perangai masih kolot dan di takuk lama.... sebagai generasi muda dengan minda kelas pertama sepatutnya boleh menerima kekalahan dengan rela dan bersyukur dengan kemenangan yag ada... ingatlah...pilih satu antara dua... KALAH DENGAN BERMARUAH atau MENANG TAK BERMARUAH...kami di UKM terima seadanya...

Memorabilia Am said...

asalamualaikum pengirim komen yanag pertama, sila nyataka apa yang takadil yang berlaku di festkum??
mari kita bincangkan.

saya telah menyertai berbagai2 pertandingn sejak tahun 1 penmgajian, dan tiada maslaha dengan mana2 universiti awam mahupun swasta, tetapi tidak UPM.

anda kata ada yg tak adil. apa dia? saya sangat2 teringin nak tau.

Memorabilia Am said...

kami senior2 ni daah masak ngan perangai universiti perasan malaysia itu. dulu pernah dlaam satu pertandingan, pada pusingan awal bukan main mesra lagi. kitorang (ukm) yang sampai kan kat diorang, bgtau diorang menang pusingan awal. suke gile. buat2 tak percaya. lepas kitorang kalahkan kat final, terus x bercakap sampai sekarang. itu berlaku pada tahun 2007 ye. ala adam, bagi kitorang ni biasa la. ibarat seorang diva. memang kita terbukti bagus (hehehe perasan disini ye), dan bukan semua orang akan suka paa diva itu. betol tak? kite kena la biasakan diri ngan situasi camni kalau dah jadi yg terbaik.

Anonymous said...

yess im agree wif u norfarah nadia.. im ukm alumni..sy xnmpk u tlah menjatuhkn maruah sesiape..even u xsebut pn name u 2..sume kalah n menang 2 adat la.. b professional laa..

NORFARAH NADIA said...

Takpela..
Kita pegang jer dgn prinsip kita, just stay humble..

Kalau kita rancak sgt mengata pun esok2 kalau kita di tempat mereka takut kita yang terlebih..

Anonymous said...

ni nak cite skit...kenape UKM tukar syarat pertndingan di saat kekelahan ternyate pd pihak UKM sprti pantun..dan lgi satu mane lagi satu anugerah tarian india?? mase prtndingan boria,, pegawai anda bukan main lagi boo U laen.. xperasan ke sume tu? n the last ting, adakan orang teknikal anda semasa prtndingan boria di beri sogokan supaya menimbulkan spekulasi pd name antara UPM n UITM...tengok terang lagi besuluh...wat ever la UNIVERSITI KUAT MENIPU..UKM

Nazrin Saad said...

nice anon, nice...
n like usual, introduce yourself mate... kau sudah besar dan sudah tentu kau punya nama, bukan??

wah, kekalahan sudah tentu pada pihak ukm dlm pantun? selama ni ukm juara pantun tak kira apa tuan rumah dan syarat, ada kau kisah? ada kau peduli? i dare you name a comp for the past 3 years that we have not won in pantun.. namakan syarat apa yg kami takut sgt 2?

wah, nama tkg karang uitm dan upm tersilap kan? jadi? kalau betul boleh menang la? perjelaskan.

maaf, xperasan pegawai kami boo anda masa prtndgn boria sbb aku di depan, yg dgr hanya kamu menyorak... maaf tntg ini, mmg aku xperasan... mlm smlm di dtc, itu aku perasan, mau backing diri sekarang?

tntg anugerah tarian india yg hlg tu pn aku tak tau, yelah aku bkn yg mnganjur... maaf, kalau ada mgkin IPT lain yg juara...

and so UKM dah jadi universiti kuat menipu, kalau kau menang apa pula komen kau?

p/s : kenalkan diri anon, aku cpt emo kalau berlawan cakap dgn org yg aku xtaw jantina laki ke perempuan...

Jack Adam said...

untuk pantun memang UKM dikenali sebagai juara berturut2. Itu sudah diketahui umum. Kalaupun ada yang tidak berpuas hati, perlukah perbuatan boo mengemboo itu dibuat dalam acara formal seperti itu? Macam budak2 lagaknya~~ Tidak malukah pada vvip yang datang? Dengan persembahan yang tidak seberapa semalam juga memenangi pingat emas. Tidak perlu menuding jari kerana Adat pertandingan kalah dan menang. Saya sekadar penonton juga boleh menilai persembahan. Tidak perlu menjadi juri untuk tahu yang mana bagus yang mana tidak

Anonymous said...

salam

kebetulan masa tu sya berhampiran sgt dgn pihak yang kuat sgt boo tu.blkg sblah kiri sya je. budak2 USIM blkg sya da muak, dah marah2 dgn karenah mereka. tak profesional langsung. sehinggakan telinga ni dah sakit dgr.

apa pun, tahniah kpd UKM. biasalah tu dah kalah, ada je tak puas hati.

ayu said...

hahaha...
saya bukan dak ukm, bukan dak upmtapi saya juga terlibat dengan aktiviti boo smalam SEBAB

kalau nk memang skalipun.. jangan la main kotor kawan.. u all mgkn x tau tapi U yg lain sama tahu...sebab tuh kami sepakat boo sama UKM malam tadi

u all student UKM mmg kami x nafikan baik2 belaka walau x semua, tapi kami boo sebab pegawai2 korang.. aktiviti boo nih pun, u all punya pegawai yang mulakan dan kami hanya menyambung tradisi... UMK lupe pirik, bukankah sepatutnya kita sesama bagi galakan supaya si penyanyi terus cool dan gabra, nih tidak beria berdiri sambil gelak bertepuk tangan dan boo pada pasukan UMK... ape cer kawan...

so, bukan pada UMK aje, U yang lain pun ada kisah diorang... so bile dah sesama terkena ngan korang.. u all la yg dapat habuan masa malam penutup malam tadi..

what u give, u get back...

Memorabilia Am said...

pasal boo-mengeboo itu saya tak mau kesah. hello hello encik di atas. sejak bile pulak pasukan pantun UKM hampir2 kalah? kami menang setiap pusingan. pusingan awal UKM menang 2, kalah 1. Upm? kalah 2! menang 1! kalau ada satu universiti yg berjaya kalahkan UKM pun, itu hanyalah Um. hanya UM yg berjaya kalaha kan UKm di pusingan awal. ngerti??

kalau keputusan sebegini di-apply pada mana2 pertandingan sperti debat, kuiz mahupun sukan spt bola sepak dbb, cuba lkawan2 sume teka siapa yg lebih layak mara ke depan???

masa tu upm layak ke suku akhir utk beberapa minit/jam sebab urusetia salah faham syarat pertandingan. baik. kepada yg tau. pada satu ketika, diumumkan pasukan UNIMAP yg kalah semua perlawanan pusingan awal, layak ke suku akhir, sedangkan pasukan yg menang satu atau dua perlawan tidak pula layak. memang x ada logika.

tolong la jangan nak condemn2 pasukan pantun, pertandingan pantun.syarat yang digunakan kali ni sama dengan semua pertandingan lepas2. saya dah kalahkan team UPM dlm 3 pertandingan peringkat universiti secara berturut2.kalo selama ni team upm rasa bagus sebab die dah menang pantun makum 2007, kami pun dah buktikan yg kami juga bagus sebab menang ke atas upm dlm 3 pertandingan pantun peringkat universiti berturut-turut, plus johan pantun makum 2009. ups terlupa UPM tak masuk pantun berstari UM 2008. kalu tak 4-0 la...

sebenarnye team pantun UPM bagus. tapi korang kalah sebab perangai, tak mau belajar, sombong, belagak. masa zaman senior korang (muhammad, Awang n sorang lagi gurl) takde pon diorang kerek cam adik2 sekarang ni. masa mula2 aku join pantun peringkat inter-U pon selalu je kalah. ngan upm, uia, usm sume. tp xde plak aku nak buruk2kan team lain sampai konfrontasi yg team aku kne.

kalau pasal boo-mngeboo tu ukm yg mulakan, ok, fine. i dont mind. masa berdiri nak amek gambar semalam terdengar nunyi boo yg begitu kuat. tapi ada satu sensasi yg luar biasa terasa dlm diri hehehe... sensasi mende plak ni? aku pon xtau. mb sebab tak penah kne boo hahaha...

sudah. penat nak tulis panjang2.

Nazrin Saad said...

Cik Ayu, terima kasih atas penjelasan anda.

Okay fine, kami penipu. Kami tukang beri rasuah. Kami jahat dan keji.

Oleh itu apa pula yang saudari rasa paling sesuai untuk saudari yang bising di dalam dewan seperti orang hilang anak semalam? Malaikat?

Matlamat tidak menghalalkan cara. Kalau betul pun kami salah, tahniah pada saudari. Saudari bukan menunjukkan pada semua bahawa kami penipu, sebaliknya saudari hanya memalitkan lumpur di muka saudari.

Orang luar tak akan fikir 'UPM boo UKM, mesti UKM jahat'. Orang akan fikir alasan yang paling simple. Maaf, saya emo sebab perangai anda yang sebegitu.

Percayalah kalau saudari datang kepada saya dan bercakap dengan elok, saya tak akan emo sebegini. Saya mengasihani nasib saudari tapi cara saudari, maaf, saya tak approve.

Terima Kasih.

Anonymous said...

kepada pendikir ukm...jom turun ke bangsal.....ader bran??? xkan nak surat jemputan kot...

aku sygkn agamaku said...

slm
hal booo ni kecoh kt sume u...
tpi sygnyer berlaku kt melayu sndri...atr melayu ngan melayu...byk khabar angin ak dgr...entah betol entah tidak...sama2 kite renungkan...
kn bagus smgat booooo ni dpindahkan ke smgt mpertahankan agama ISLAM ini yg terok dperkotak-katikkan...
sama2 kita muhasabah dri

peminat boria said...

err.. sabar wahai saudara saudari sekalian.. maaf la sbb mencelah... sy bkn dari mana-mana Universiti malah tak layak pn masuk ipta ni.. sekadar seorang peminat blog saja..
emm.. anda seorang mahasiswa? walau anda berada di univesrsiti terbaik dunia sekalipun, banggakah anda membaca komen-komen sebegini??.. tolong la senior2, rakan2.. perkara kecil saja.. usahlah di apikan.. biarlah perkara yang dah lepas..
emm anda semua adalah dari celik pandai.. UKM mahupun UPM.. anda yg terbaik.. malah, melihat persembahan kalian di you tube sudah cukup untuk saya mengucapkan syabas kepada kedua-dua pihak..
releks.. cool..

Anonymous said...

nak taw segalanya pegi sini... http://youtubefestkum.blogspot.com/ mungkin ni usaha terakhir aku untuk menegakkan kebenaran festkum ni.aku pun xtaw lagi, tp sekurang2nya aku dan yg terlibat berusaha agar perkara sebegini tidak berlaku lagi... baca sampai habis dan buat kesimpulan sape betul sape salah...

batch said...

ko igt bpe rmai dak UPM mlm 2???
ktrg 2 baris je..
klu dh kt UM, pk sndri la dak U mne yg rmai..
klu x puas hati ngn UPM pun agk2 la...
korg igt dak UPM ke 1 dewn 2??
yg mulekn boo pun dak UM...
pehal korg nk slhkn UPM gak??
2 la...bile dh d nmekn x puas hati, mmg nk slhkn ktrg gak la nme nye...
klu ktrg 1 dewn 2 dh lme lg kuat dr ari 2...
korg x tau cite, jgn ckp byk..
ko bukak lmn web ni, ko bce pe yg patut..pe yg jd..
http://arjunasukma.com/festkum-2009/

kalau keputusan dikir barat pun leh d ubah, pe lagi ngn keputusan len yang mmg UKM yg pegg sebelum d umumkn...

pk sndri la wei!!!

batch said...

ko igt bpe rmai dak UPM mlm 2???
ktrg 2 baris je..
klu dh kt UM, pk sndri la dak U mne yg rmai..
klu x puas hati ngn UPM pun agk2 la...
korg igt dak UPM ke 1 dewn 2??
yg mulekn boo pun dak UM...
pehal korg nk slhkn UPM gak??
2 la...bile dh d nmekn x puas hati, mmg nk slhkn ktrg gak la nme nye...
klu ktrg 1 dewn 2 dh lme lg kuat dr ari 2...
korg x tau cite, jgn ckp byk..
ko bukak lmn web ni, ko bce pe yg patut..pe yg jd..
http://arjunasukma.com/festkum-2009/

kalau keputusan dikir barat pun leh d ubah, pe lagi ngn keputusan len yang mmg UKM yg pegg sebelum d umumkn...

pk sndri la wei!!!

Unknown said...

wahai cik puteri..pertama kali tahniah dari kepada ukm yang telah menjaga mahasiswa dari universiti dengan baik semasa pertandingan festkum lepas..dari pihak kami tiada sedikit pon komplen kepada pihak lo dan juga pengurusan festkum yang lepas...tahniah sekali lagi...tetapi apa yang berlaku pada malam penutup mempunyai cerita tersendiri...apabila terasa sesuatu yang tidak kena berlaku...bukan masalh ukm juara keseluhuran menjadi soal tp bagi sesetengah acara yang sangat terang berlaku sedikit kekeliruan terhadap layaknya kemenangan itu..tetapi pelajar ukm tidak bersalah munkin dari pihak atasan...sy mengambil satu contoh dalam pertandingan dikir barat rata2 pengiat seni dikir barat di lembah klang dan kelantan yang hadir langsung tidak menyangka kemenangan ukm tuh...rata perebutan juara adalah antara um dan uia..ni juga di akui oleh peserta2 dikir barat dari universiti2 lain...kalau diningatkan kembali peristiwa malam tuh kemenangan ukm dalam dikir barat bukan di booo oleh satu atau 2 pihak tapi rata2 semua peserta dalam dewan itu..aperkah maknanya ini?...ini berkenaan dikir barat..dalam acara pantun pon ader ceritanya tersendiri..saya tidak mahu menyentuh isu ini kerana rata2 peserta pantun mengetahui hal ini lagi2 dari pihak upsi...saudari boleh agak sendri aderkah kita akan boo org tuh kalau di deserve untuk menang?...kalau ader pon satu dua pihak,,tp kalau dah satu dewan..aperkah maknanya?..khabar yg diterima ramai tidak mahu lagi menyertai acara dikir dan pantun rata2 hal ini..jadi ini boleh diperbaiki di masa depan....susah nak menjadi jujur...tp keputusan boleh ditanya kembali di akhirat,melukakan hati banyak pihak dan yang penting memusnahkan seni itu sendiri..ini yang diluahkan oleh org2 lama dalam seni..

Unknown said...

aderkah kita tidak boleh boo untuk keadilan hanya kerana barrack obama ader di depan?...kasihanlah palestin kalau macamtuh kerana tak ader adab membaling batu kepada askar israel kerana mahukan keadilan,,..haih..renung2kanlah...

NORFARAH NADIA said...

Salam anonymous yang beri link utuk website http://youtubefestkum.blogspot.com/

MasyaAllah begitu taksubnya anda dgn anugerah dan kemegahan dunia yang bersifat sementara ni ye.. Jangan begitu Mr/Mrs anonymous; tak dibawa ke akhirat semua kemegahan dan sanjungan kita kat dunia ni.. Cuma menambahkan dosa je mewujudkan sesuatu yang bersifat kepada adu-domba ni..

Biar saya jelaskan, esikrie ialah adik angkat yg paling saya sayang.. Orang yang bertanggungjawab menyuruhnya 'disable' semua post di video youtube tu adalah saya.
Tujuan saya cuma satu, supaya anda-anda semua tidak lagi menambah dosa bertengkar , memaki dan mendedahkan sikap tidak sopan dan kurang ajar warga universiti yang sepatutnya menjadi teladan kepada org2 luar sana.

Kalau anda menuduh yang bukan2 terhadap tindakan eskrie, saya minta maaf bagi pihak dia, tanggungjawabkan tuduhan itu kepada saya. Usah terus memfitnah dia. Seikhlasnya saya cuma mahu semua berhenti memfitnah dan mencaci maki antara satu sama lain, kita sebangsa, seagama, semua umat nabi..

Begitu juga dengan bhg komen dalam blog saya ni, sengaja saya mendiamkan diri kerana tak mahu semua terus menerus disiram api kemarahan yang bersumber dari api neraka tu.. Ingatlah sahabat2, segala kemegahan , sanjungan dunia tak dibawa ke akhirat. Begitu sebaliknya segala ketidakadilan dunia akan dihisab semula di akhirat. Kita bukan manusia sempurna, tapi sekurang2nya usahlah menambah khilaf cela yang sedia ada..

Tinggi nilai kita di sisi tuhan cuma TAKWA. Bukan point 142 atau 149 atau berapa bnyak piala dirangkul hatta wang 10 ribu sekalipun.

Jika ada terkesan di hati tu maafkanlah.. Dendam yang ada tu jangan disimpan. Perasaan itu shj yg menjadi penghakang kejayaan bangsa kita skrg. Andai betul tak tertahan amarah salurkanlah ke jalan yang betul, yang lebih berhemah seperti yg biasa dilakukan nabi kita.

Semoga dosa kita semua diampunkan..

**Saya mengingatkan kepada sahabat2 juga kepada diri saya sendiri.. Mungkin kita terlalu mengikut nafsu, sampai lupa arah tuju.

p/s : kita lebih mengejar kepada yang apa?

Unknown said...

betol kata puteri sokong seratus peratus........di harapkan perkara begini tidak berulang di masa hadapan..dan kepada mereka2 yang menjadi punca kepada benda nie..ingat2lah....mengejar kemenangan musuh banyak terjadi...menang sorak kampung tergadai..

Anonymous said...

Aku nak kata sebagai saksi kejadian boo di dectar. aku x dengar pun pegawai "tersebut" boo penyanyi yang cute tu bila salah. cuma aku tahu mereka cuma bertepuk tangan kerana penyanyi kesayangan korang tu salah pastu tengok lirik di tangan. cuma salahnya mrk duduk di depan. adakah kau pasti penonton diblkg berdiam diri? mentang-mentang la penyanyi tu satu-satunye pompuan sebagai tukang karang, maka korang simpati kat die. Adakah tindakan pegawai-pegawai "tersebut" adalah satu alasan bg korang untuk Boo UKM di UM ?Kerana pegawai-pegawai tu lah,pelajar UKM mendiamkan diri walaupun dibOO di UM. Kalau tak, lagi teruk lah jawabnye.


TAHNIAH KEPADA PEGAWAI UKM YANG TELAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK SEPANJANG PROGRAM DI UKM BERJALAN. MEREKALAH YANG MEMASTIKAN MAKAN MINUM,KEBAJIKAN,PENGINAPAN KORANG DIJAGA SERAMAI 700 ORANG PELAJAR BERTEMPAT DI UKM JIKA DIBANDINGKAN DI U LAIN YANG TAK SERAMAI INI.

AKU TENGOK HANYA UPM SHJ YANG TIDAK PUAS HATI TENTANG KEPUTUSAN INI. TAKKANLAH KORANG NK BALAS KOMEN AKU DGN CAKAP


:"eh u lain pon boo ukm jugak ye, bukan upm je"

PADAHAL KORANG SENDIRI YG BUAT CERITA. U LAIN SIAP UCAP TAHNIAH LAGI BERBANDING NGAN UPM YANG TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN BILA KALAH DGN UKM DAN UiTM. BUKANNYE NAK BANGGE KE APE TAPI INILAH KEBENARANNYA.

SUDAH-SUDAHLAH MENGUTUK FEStKUM YANG TELAH MENAIKKAN IMEJ KEBUDAYAAN DAN KESENIAN DI PERINGKAT IPTA. KALAU BEGINILAH PERANGAI PELAJAR U DLM BIDANG SENI, ITU SEBAB MASYARAKAT PNDANG HINA DENGAN KESENIAN NIH.
SEPATUTNYA MARILAH KITE SAME-SAME MENJADIKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN SBG KELAS PERTAMA DI MATA UMUM.

-Pemerhati-

Anonymous said...

salam semua...aku xnak sentuh psal kputusan dkir barat...yg aku nk komen ni, pasal ape xdisediakan air utk kumpulan2 yg bdikir malam 2?? lepas dikir, aku mcm dh nk rebah je rase...huhu..so utk pnganjur, sediakan air mineral utk prtndingan dikir barat akan datang...

Maha said...

Haaaa, aku plak malas nak ckap bebanyak, yang aku x puas hati, aku sbgai pemain boria sngat2 x puas hti ngan ksilapan tertukar tuuu uitm and upm, dah laaa trtukar, bila dh tau kputusan sbenar, still xnak mngalah, mcm hape ntah lah.... dah kalah tu sedar lah diri sikit, even aku pn bleh sabar, yg len???? pastu dr upm nie, yg boria, bila org discuss pasal hal nie, masing2 nak lari, pe hal??? klu betul, wat pe nak takut??? aku mmang bengang ngan sikap diorang yg kononnya berhemah, x payah jadi plastik laaa!!! sembang belakang mcm Dato', datang depan mcm makhluk mane pn xtau.... yang penting mslah ni x slesai lg,... tengok jer laa...