Saturday, May 15, 2010

Tahniah, anda diminta belajar lagi.

Salam Hai Pembaca Budiman

Hari ni ialah tarikh menghantar tesis dan malam tadi saya tak tido lah (macam biasa) sebab mengedit2 format segala supaya lengkap sempurna tesis tu bila nak hantar hari ni. Dulu (iaitu sebulan sebelum) saya tak yakin dan tak percaya yang saya boleh siapkan tesis ni sebab semua 'guru' harapan nak ajar guna SPSS tak tau ajar macamana cara sepatutnya yang student FKAB guna. Nak taknak kena cari senior jabatan sendiri jugak ajar. Jadi syukur lagi sekali sebab jumpa jugak senior JKAS dulu iaitu abg Wan Khairul Amili yang ajar dengan lengkap dan suksesnya cara nak buat permodelan tuh. Setinggi-tinggi penghargaan buat beliau, walaupun kami cume belajar dan mengajar melalui telefon jer.. huhu


So lepas lunch tadi saya dan Ecah dah pegi print tesis yang setebal 134 muka surat tu(banyak gila kan?), tapi hantar kat Prof dah pukul lima jugak. Haha.. Nasib baik call2 Prof ada kat bilik. Dahla buat tiga copies, habis duit saya duit mak bapak saya. Tapi demi segulung ijazah, amikla amikla..


Untungnya bila walaupun tak buat appointment, tapi Prof tetap sudi melayan anak didik dia ni. Dari muka surat satu sampai lah ke Lampiran Prof selak sehelai demi sehelai. Erm seingat saya bab 1 je kot yang kena susun2 sikit. Yang lain semua formatting,sumber rujukan dan Prof bg penekanan kat formatting bahagian rujukan. Yang bestnya Prof tanda kalau kene letak noktah ke, huruf kecik ke kat semua. Kira siap ada kelas format rujukan lah tadi dalam bilik Prof. hehe..Seronok jugak sbb lepas ni boleh wat correction then bg Prof Riza yang dah siap corrected. Prof Amir kata nanti takdelah Prof Riza complain banyak2. hehe..


So lepas ni untuk tesis saya nak buat correction, untuk projek management saya nak buat report dan slide untuk presentation isnin ni. Untuk BQ, hmmm.. tak tau nk tolong ape dah. hehe


Viva saye jatuh pada tarikh 20hb May, 3.30pm.(Akan kukenang sampai bila2). Harapannye agar dipermudahkanlah segala dan dilancarkanlah bahsa dan diyakinkan lah muka. Chewwaaahh. :P
Lepas viva InsyaAllah ada masa kecederaan seminggu untuk correction dan buat several copy serta bind hard cover. Lepas hantar semua yang patut, boleh lah balik rumah ke balik kampung ke untuk bersenang lenang dan belajar memasak. Hahah..



Oh ada good news lah kat cni. Ingat lagi masa dulu2 tak lama lepas result UPSR saya dapat satu surat rasmi yang kat depan dia tulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Heh yeke? tipu kot.. haha.. Tapi sungguh, sangat teruja bila dapat surat tulis nama penuh saya pastu tulis kat bawah dia, Tahniah, anda ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Dan letak alamat sekolah. Peh keterujaan memang melampaui batas la nak2 waktu tu pertama kali masuk asrama.


Lepas SPM pulak dapat lagi surat lebih kurang sama tulis pun sama jgak kot, dia kata Tahniah anda ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Dan letak alamat Matriks. Teruja kan masa tu? hehe..Agaklah..


Habis matriks berdebar-debar pulak tunggu keputusan permohonan masuk ke IPTA tempatan. Tapi masa tu dah banyak sangat surat tulis tahniah dapat tempat tapi pegi IPTS la. Ingat lagi ada satu tu tawarkan buat diploma Performing Arts lagi. Haha macam tau2 je.. Oh berbalik pada cerita asal tak lama lepas habis matriks dapat lagi satu surat tulis nama saya pastu "Dengan sukacita saya bg pihak Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan tahniah kepada saudari dan seterusnya menawarkan tempat pengajian ijazah pertama bagi Sesi Akademik 2006/2007. Butir-butir tawaran adalah seperti berikut", pastu die tulis lah nama fakulti, program dan sebagainya. Hebat tak saya hafal? Hahah ingat hafal ke, surat tawaran tu ada kat sebelah niha laa..


Empat tahun belajar bawah tanggungan kerajaan ni. Tak sedar masa berlalu tiba-tiba tadaa! minggu depan dah nak viva lah. (viva selalu ialah benda terakhir yang student universiti buat dengan stress. hahah). Maka perjalanan universiti pun telah tamat. Eh siapa kata tamat? Yang tamat tu pengajian ijazah pertama. Kan ade lagi ijazah kedua dan ketiga? Hahah. Tak percaya, tengok kat bawah ni.

Apa? tak nampak ke? Klik lah kalau nak baca betul-betul.


Macam tulah kisahnya. Saya ditawarkan pengajian ijazah kedua dalam bidang kejuruteraan awam. Oh ini baru semakan atas talian la. Surat tak sampai lagi jadi tak tau lah dia tulis apa nanti kan. Mungkin sebab UKM jugak dia akan bagi ayat sama macam kat atas cuma tukar ijazah pertama jadi ijazah kedua hahah.


Teruja lagi ke kali ni? Heheh mestilah teruja. Adik Hazim yang nak ambik UPSR bulan sembilan ni merungut sebab banyak nak study dan dah bosan belajar. Adik, kakak sampai umur 23 tahun belajar lagi. Tengok, nak sambung belajar lagi sampai tua ni. Tak bosan pun, teruja adalah. Well tipulah kala tak bosan adalah bosan sikit masa nak hantar assignment tapi see masih teruja nak sambung pengajian kan? hahah.




Alhamdulillah, setinggi syukur buat pengatur semua kejadian ni. Semoga perjalanan dalam menimba ilmu demi jalan Allah ni dipermudahkan. Aminn.. 
:)

5 comments:

nara said...

wahhhhhhhh~ congrate~

camne nak aplly smbng master?

NORFARAH NADIA said...

aimi
terima kasih :)

caranya, pegi website pps(ada link kat website ukm)
pastu download borang
pastu isi borang
pastu attach ape2 yang dia mintak attach
kemudian hantar ke pps
tunggu 3 bulan
tadaa! dah dapat tawaran :)

husni said...

waa..awak keterujaan
saya di sini..sangat kejelesan..
nyway..tahniah n gud luck

NORFARAH NADIA said...

kak husni,
thanks.. doakan aje ye :)

jimmy_ayah said...

tahniah!!!!! (^_^)