Tuesday, June 29, 2010

Annyeonghaseyo!!

Salam hello gentle readers.

Lama dah tak update blog. Dah macam buntu idea ni tak tau nak tulis ape. Untuk pengetahuan semua, saya dah habis belajar kat UKM (macam semua org dah tau je?) hehe.. Sekarang saya ialah seorang pelajar di ICLS iaitu Inter-Cultural Language School. Saya belajar bahasa je. Baru dua hari jadi pelajar. Sebelum ni saya penganggur tapi bukanlah takda kerja goyang kaki eh, kadang-kdang say jadi pemandu adik balik sekolah. Lagi satu sebab rumah saya sedang dalam proses ubahsuai jadi semua barang kena angkat pindah . Penat lah jugak sampai sekarang belum habis unpack.

Oh ya, saya dah dapat surat tawaran sambung sarjana kejuruteraan dari UKM semalam. 5 Julai ni dah kena daftar dah. 5 Julai? Haah, tak sampai seminggu lagi.. Tapi saya dah jugak dapat biasiswa sambung belajar kat Korea tu. Semua orang pun suruh pegi Korea tu. Kalau kat situ saya akan buat pengkhususan bidang iaitu dalam bidang highway and transportation. Memang favourite tuh. Hehe..

Jadi saya putuskan untuk terima tawaran yang tulah. Walaupun lama duduk kat negara orang tu dan cabaran yang bukan sedikit (sampai Kak Norinah pun risau). Tapi saya tetap akan berusaha sehabis baik. Niat saya satu, untuk belajar, timba ilmu dan pengalaman banyak2 lepas tu nak balik Malaysia bawa balik semua yang saya dah belajar untuk berkhidmat pada negara tercinta ni pulak. Ceh, patriotik sungguh.

Saya harap kalian doakan saya terus ye lepas ni. Moga2 tuhan mudahkan jalan untuk saya capai impian saya ni :)

행운을 빌어요!! [maksudnya good luck]




Sampai sini. Annyeong ha ge se yo!!

3 comments:

nara said...

wahhhhh terbang akhirnye!
congrate~

Fairoz Nadrah said...

br tau ko nk g sambung study overc..all da best by da way!! ;)

Anonymous said...

salam.tumpang tanye.nak apply scholarship untuk further master kat korea macam mane?