Wednesday, July 20, 2011

Berganding, beriring, bersaing-saing

Ajari kami bicara cinta. Yang boleh buat kami faham erti maksudnya.
Beri kami segunung kekuatan. Biar kami keluar dari selubung sembunyi. Gua sunyi. Menipu diri.

Kami cuma anak tersepit. Dalam jaring yang berbelit. 
Sokong kami bertatih, sembilan bulan berlatih.

Kotak-kotak minda kami sendat. Jiwa kami padat. Hati kami sarat. Cinta itu benar berat.
Dan kerana ia berat, seorang kami patah. Maka kami menyokong. Berganding, beriring, bersaing-saing.
Sambungan itu tegal biasa, rapi lekatnya, padan coraknya. 
Oh, kasihan si dia!

Separuh badannya terlilit benang merah di sana.
Sebelah kakinya terikat rantai besi di sini.

No comments: