Monday, September 13, 2010

Selamat Tinggal Silamku

Berkeliling setaman melonjak girang
Manis senyum menggembirakan hati yang memandang
Disapanya burung dibelainya bunga
Berbaring melihat awan,selesa mendepang tangan

Matahari nampaknya berkilau cantik
Ombak awan membentuk olahan menarik

Lihat mawar putih tu tiba-tiba mekar
Dan kupu-kupu siang asyik sungguh berkejar

Kekal lah suasana indah ini selamanya.
Bahagiakan hati, tenangkan jiwa.
Pergilah angin kencang jauh-jauh dari sini.
Berilah peluang aku menikmati :)



Nowseeheart-Selamat Tinggal Silamku


Pergi jauh dariku, biarkanku.  Jangan ganggu diriku, Hai Silamku. Berat sudah kutanggung beban ini, kelak kanku ganti dengan senyuman, Walaupun pahitnya masih ku terasa. Mungkin kali ini kanku mampu mengharungi. Pimpin jiwaku ini, diri yang lemah. Selamat tinggal silamku, pergi jauh dariku.. 
:)

Thursday, September 9, 2010

Happy Eid Mubarak & Maaf Zahir Batin!

Salam hi hello gentle readers,

Teringat tahun lepas, i wish everybody hari raya kat sini tak sangka kejap je dah setahun dan saya kena tulis ucapan raya lagi. Rasa macam baru je tulis. huhu cepat betul masa berlalu. 

Anyway tanpa melengah2kan masa,

Kepada semua pembaca, rakan taulan, sahabat handai, saudara-mara, kenalan dan social networkers,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN




Semoga lebaran kalian kali ni dapat dinikmati dan juga diberkati..

Tahun ni buat kali pertama saya tak sambut dengan family. Tahun ni saya beraya di perantauan bersama rakan-rakan kat sini. Nasib baik ada abang dan kakak gantikan keluarga :')
Malam raya saya akan berada di rumah kakak Norinah untuk menangis buat persiapan raya sama-sama. Esok harinya kami akan  bertolak pagi-pagi ke embassy nak makan ketupat dan jumpa pelajar Malaysia lain yang ada kat sini. Nasib baik Prof Cho bagi cuti. hehe..

Hal-hal lain tak taulah lagi macamana. Apa-apa pun, really looking forward for tomorrow! Tak sabarnya! hehe
Ok lah nak pergi dengar lagu raya sekarang. Take care and hav fun guys!




Selamat Hari Raya semua!!


p/s : Gambar-gambar ni semua diambil masa saya tgh rakam video khas raya (nama tak tahan) untuk atuk dan nenek di kampung. hehe..

Saturday, September 4, 2010

"Ia sangat sukar." katanya.

Aku sedang leka mengambil gambar pemandangan tatkala dia menegurku dari belakang.

          "Ambil gambar apa tu?" soalnya.

        "Oh, itu dia logo CAU yang terpampang megah tu. Kelihatan indah dari jauh." jawabku dengan senyuman.

Dia berdiri betul-betul di sebelahku dan meminta izin melihat telefon bimbitku.

         "Ini ialah telefon bimbit dari Malaysia dan tidak boleh digunakan di sini." Ulasku tanpa dipinta.

Kepalanya diangguk-anggukkan beberapa kali. Kami terdiam buat seketika.

        "Kehidupan sangat sukar di sini." Tiba-tiba dia memecah hening. "Segala-galanya teramat sukar bagi saya."

Aku memandangnya tepat. Cuba mencari pengertian dari kata-kata yang baru diluahkannya tadi. Meneka ayat seterusnya yang bakal keluar dari bibirnya.

        "Adakah awak tahu, bahawa saya hanya seorang diri dalam menjalankan kajian projek saya. Sedangkan bagi projek turapan, terdapat empat orang yang sedang bekerjasama dalam menjayakan kajian tersebut."

Aneh, fikirku. Apa yang cuba dia sampaikan sebenarnya.
       "Setiap kali proposal saya dihantar pada Professor, ia akan ditolak. Awak mungkin belum cukup mengenali beliau kerana sikap dan layanan baiknya terhadap kalian semua. Tapi selepas satu semester berlalu, inilah nasib saya. Kajian ini masih belum sempurna dijalankan di mana-mana. Segala-galanya masih dalam peringkat pemerhatian. Maka kesusahan yang saya alami bukan sedikit." Terang beliau panjang lebar. 

        "Kalau awak perlukan sebarang pertolongan, saya boleh bantu apa yang patut." Ujarku cuba meredakan ketegangan.

       "Saya sedang buntu sekarang. Lebih daripada 120 penerbitan merangkumi jurnal, prosidang dan bahan rujukan lain telah saya kumpulkan dan selidiki, tetapi tetap tidak menemui sebarang jalan keluar. Tambah menyukarkan lagi, saya bergerak sendirian. Professor pula lebih banyak menyangkal dari memberikan pendapat. Tanggungjawab yang dibebankan terhadap saya terlalu berat. Harapan yang diberi juga terlalu tinggi." Keluhan berat dilepaskan serentak habis pernyataannya. Nyata tawaranku memberi pertolongan tadi tidak diendahkan.

       "Awak tertekan ke?" Soalku, pendek.

      "Ya, saya tertekan. Awak bayangkanlah, saya cuma pelajar sarjana tetapi kajian saya bertaraf PhD. Professor mengharapkan lebih dari apa yang saya mampu. Dan projek saya inilah sumber dana yang membiayai segala perbelanjaan di makmal kita. Maka saya perlu terus bekerja keras bagi memastikan projek ini berjaya. Tanggungjawab berat terpikul di bahu saya. Kadang-kadang tak tertanggung rasanya."

Aku cuba mencari riak sedih dari keluhannya itu. Tapi yang kujumpa cuma wajah cekalnya memandang hadapan. Sambil leka menghembus asap rokok. Dia kelihatan seperti mengadu, namun riak wajahnya selamba seolah tiada apa berlaku.

       "Awak mungkin seorang yang tabah dan kuat semangat." dugaku. "Kalau tidak, tak mungkin awak terus berada di sini. Dari apa yang saya dengar dari Noe, projek awak memang terhad sumber rujukannya." Aku masih terus cuba berbasa-basi.

       "Ah! Noe. Saya mengumpulkan begitu banyak bahan rujukan. Tetapi Noe mebaca tiga daripadanya dan diberi pujian yang melambung oleh Professor. Itupun jurnal yang berada dalam simpanan saya." Pantas tingkahnya menunjukkan iri. "Saya juga berdepan dengan masalah kewangan yang terhad. Professor memberi saya sejumlah peruntukan untuk kajian ini. Namun begitu perbelanjaan yang harus saya keluarkan terlalu tinggi. Adakalanya saya harus keluarkan wang sendiri untuk lawatan tapak dan meneruskan ekperimen. Kos kajian projek adalah tinggi." Luahnya lagi.

      "Sabarlah." pujukku lembut. "Awak pasti boleh melakukannya. Projek ini pasti akan berjaya."

Seakan masih belum berpuas hati. Dia menyambung lagi. "Semasa menghadiri latihan khidmat negara, saya sudah diberi tekanan sebegini. Saya ialah seorang pemandu kereta kebal."
Sekarang aku baru tahu hubungkait kenyataan tersebut dengan susuk tubuhnya.

      "Professor tahu akan kebolehan saya. Setiap kali majlis keraian dijalankan, dia akan mabuk teruk, awak pun tahu bukan?"
Aku mengangguk pantas.

      "Saya lah yang akan disuruh memandunya pulang ke rumah. Kawasan rumahnya jauh dari kediaman saya, dan pada waktu tengah malam sebegitu, kenderaan awam yang ada untuk saya pulang ke rumah hanyalah teksi. Awak sediri maklum betapa tingginya kadar tambang teksi di sini. Saya tidak pernah dapat menyimpan malahan baki akaun saya tiap bulan kekurangan." Semakin panjang keluhannya. Semakin terbongkar bebanan yang terpendam dalam hatinya.

Aku makin dapat merasai berat tanggungan tersebut.

      "Awak seorang yang tabah. Awak menempuh banyak kesusahan namun awak tidak mengalah. Sejujurnya saya sendiri tak tahu apa tindakan saya sekiranya saya berada di tempat awak sekarang. Jadi teruskanlah berusaha dan bersabarlah." Aku mengangkat kepala memandangnya tepat. 

       "Ah, ianya sangat susah. Terlalu sukar buat saya." Kata-kata ini diulang entah sudah berapa kali.

Aku memandang penuh simpati. Terbungkam lagi tidak tahu kalimah apa yang harus kuluahkan lagi.

Dia tersenyum memandangku. Seolah-olah telah lepas segala yang disimpan. Perbualan kami beralih topik kepada keadaan cuaca di sana. Kali ini lebih santai dan penuh keterujaan. 

Usai semuanya, beriring kami kembali ke medan kerja di dalam makmal. Cuma kepalaku sahaja yang masih berat dengan persoalan. Dia seorang yang berbangsa Korea dan jauh lebih tua daripada aku. Dia terbeban dengan hal kerjanya serta tingkah layanan dari Professor. Dia cuma pulang ke rumah dua kali dalam seminggu. Selebih masanya adalah di dalam makmal. Bagaimana pula halnya dengan aku kelak?

*****


p/s: Perbualan ini berlaku antara aku dan Oppa Song Jae, salah seorang senior tahun dua di makmal tempatku belajar. Dan sudah tentu ini adalah hasil terjemahan aku yang terbaik. Kerana perbualan kami boleh diibaratkan seperti ayam dan itik. Akan tetapi, aku sungguh pasti inilah intipati utama perbualan tadi.

CAU dan perpustakaannya-pemandangan dari bangunan kejuruteraan aras 6





Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Di kala ku kehilangan 
Di dalam kegelapan 
Kau suluhkan sinar petunjuk 


Di kala ku kesedihan 
Kau ukirkan senyuman 
Dengan penuh sabar kau memujuk


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh


Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin


Dan bila hidup penuh soalan 
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh


Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu..

Friday, September 3, 2010

Eksklusif dari Seoul!



Salam hai semua pembaca budiman.

Hari ni saya nak cerita pasal rutin harian saya selama kat sini. Oh, maksud saya, setakat ini. Biasanya saya bangun untuk mandi dan bersiap, pukul 7.30 pagi dan saya akan keluar dari rumah lebih kurang 8.45 (tapi jam saya cepat 10 minit, maknanya saya keluar pukul 8.35 pagi lah). Minggu pertama saya datang saya keluar agak lewat sebab pergi ke sekolah bersaing2 dengan teman serumah. Tapi sekarang tak lagi. hehe

Koridor rumah. :)  


Halaman rumah tuan rumah. Kami menumpang je. hehe


Boleh tahan lah, comel je..

Pintu rumah saya. Eh, salah. Pintu tuan rumah saya.                                           .

 Waktu pagi je boleh ambil gambar2 ni. Sebab balik sekolah nanti dah malam. huhu.

Perjalanan ke sekolah lebih banyak menurun bukit daripada mendaki. (Geologi kat sini memang berbukit bukau). Saya akan berjalan melepasi 3 orang pengawal yang mengawal di sekitar kawasan rumah saya. Kemudian saya akan melintasi kawasan sekolah. Selalu juga saya jadi perhatian anak-anak yang sedang dalam perjalanan ke sekolah di situ. Mungkin kerana saya sedikit 'asing' di mata mereka. Tiba di hujung jalan, saya harus ke kiri untuk mendaki bukit ke sekolah. Di sudut jalan itu terdapat sebuah mini market yang menjual pelbagai barang keperluan. Malangya ia belum dibuka ketika saya ke sekolah, dan telah ditutup sekembalinya saya dari sekolah. :(

Turunbukiturunbukit XD (pengawal ialah mereka yang berkemeja biru tu)
Sekolah sebelah kiri tadi, eh dah terlepas. hehe

Lepas mendaki beberapa ratus meter (dekat sahaja dari mini market tu!), tibalah saya ke pintu belakang sekolah. Chung-Ang University. Sejak bermulanya semester, kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan pelajar yang berpusu-pusu untuk ke kuliah masing-masing. 

Tadaa! ha ni lah pintu belakang sekolah.


CAU, nampak tak? nampak tak?

Perjalanan diteruskan merentasi beberapa buah bangunan, menuruni beberapa siri anak tangga, dan akhirnya saya pun tiba di bangunan yang bakal saya diduduki sepanjang saya berada di sini! :)

Tangga tangga tangga


Tadaa! ni lah bangunan fakulti saya..


Kebiasaannya saya menjadi orang yang pertama membuka pintu makmal (nama di luar sahaja lab tapi dalam dah macam ofis), buka lampu, buka aircond dan settle down di tempat sendiri. Biasanya saya tiba sepuluh atau lima belas minit sebelum pukul 9pagi. Setelah log in di website kami, saya pun meneruskan kerja-kerja saya sendiri sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba di lab.


Inilah lab saya.

Cuma 4 orang dalam lab ni. Tengoklah meja saya tu, takde wat pebenda pun. haha


Esok adalah kelas pertama saya jadi setakat ini saya hanya mencari info mana yang mampu, membiasakan diri menaip menggunakan tulisan korea, belajar bahasa dan memperkaya kosa kata, explore website jabatan kami dan sebagainya. Tiada yang spesifik. 


Banyak gila kan buku dalam ni? Geram tengok! Malangnya hampir semua dalam bahasa Korea..:(

Waktu tengahari semua rakan lab akan keluar makan dan saya pula ke bilik Abg Raja untuk menunaikan solat dan berehat seketika. Makan malam adalah sekitar jam 6.30 (sama seperti waktu saya makan di Malaysia), tapi setakat ini saya hanya berbuka puasa sendiri atau ditemani abg Raja). Kebiasaanya rakan-rakan lab saya harus keluar makan bersama-sama, tapi oleh kerana saya masih berpuasa, maka saya tidak turut serta.

Selepas Maghrib di bilik Abg Raja, saya kembali meneruskan telaah, ataupun sekadar bermain internet. Detik jam menunjukkan angka 10mlm adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu kerana saya akan bersegera log out dan pulang. Selagi belum ada kerja, baliklah awal kan, boleh berehat ke, berchatting ke. hehe.
Samath n me. ekeke..
Minggu ini saya, Samath dan Noe agak sibuk menghadiri majlis orientasi, menguruskan hal-hal berkaitan akaun dan juga kad pelajar. Oh lupa nak bgtau, Samath adalah pelajar dari Cambodia dan Noe berasal dari Honduras. Kami bertiga adalah pelajar baru untuk semester ini.

Orientasi. Actually mcm sort of ceremony ape ntah. Takpaham~
Okay, rasanya post kali ni banyak betul gambar. Mungkin lainkali saya boleh cerita pasal lifestyle ke kawan-kawan ke kan. Atau mungkin bila dah mula belajar nanti nak cerita pasal study lak ke, pasal eksperimen ke. Haha rajinnya!

Ok guys, see u later!



Wednesday, September 1, 2010

Andai hatiku punya wajah, maka ia akan tersenyum :)

Salam hai semua pembaca budiman




Kalau nak dikisahkan sangat lah kata orang sekitar, alamatnya di takuk tu saja lah kamu berputar.
Kalau nak diikutkan sangat lah sakitnya jiwa, alamatnya memang tak ke manalah kita.
Kalau nak dilayankan sangatlah mainan perasaan, alamatnya gagal lah kau mainkan peran.
 

Rayu hati biar kuat biar kental. 
Pinta hati jangun rapuh mudah berkecai. 
Pujuk hati biar tabah biar cekal. 
Didik hati sifat belas penuh ikhlas. 


Berkawan biar beribu, 
Berkasih jangan sampai menganggu, 
Tunjukkan sayang pada mereka, 
Senyum dan hilangkan hasad di dada :)

Sunday, August 29, 2010

Don't despair and never loose hopes..

Salam hi hello gentle readers.

Been a week. It's been a week. I am here in Seoul. Far away from home. From my family. Malaysia is a home. Real home for me. I've been repeating the same sentence. Yeah. I'm homesick.

Eversince I arrived, things have been very difficult for me. I struggle every second to stay put. Especially with my mind. I've been trying very hard to adapt with the whole situation. In fact I've set my mind, to focus and get ready before I even set my feet here. It was a shock, I admit, that everyone will have the same feelings. A cultural shock, of course. Their people, their places, their daily routine habit, their tradition, their culture, their belief, everything. Everything is so different. I understand. And I've told myself like thousand times since I was in Malaysia. 

But the real situation is still, seems very tough for me. Most of all, I don't expect their tradition is something that is very important that you even have to put the religion aside. God knows how miserable I am. I am confused, scared and unsecured. The first biggest challenge is the reception party. In which Prof is expecting me to drink in order to respect him. To respect others. It's their culture. It's their tradition. To see how will I act when I get drunk. To evaluate me when I lose my mind. I pray so hard that to keep my faith. I pray so hard to keep on standing with my dignity, with my belief, my principle. Most of all this is my religion. I will definitely stand to fight. Alhamdulillah greatest thanks to my dear God, the one who listens to all prayers, with His will, I managed to overcome the first hurdle. For the first challenge, I succeed. But it's a long journey ahead. And a lot more challenges are waiting.

At one time or another I'm having this kind of thought. How did I ever ever think of coming here. How did my mom and my dad ever allowed me to go and study, all alone not just out from their sight, but far away in some foreign country, foreign culture. I was always be their little baby. I was always hide and feel comfort in my little cottage. With mom and dad around. My home. How did my Professors suggested me to go ahead. How did my lecturers telling me this was an opportunity. Something I shouldnt miss. How did my friends, my relatives gave me their full support? Saying it was stupid to say no to such a golden opportunity. How did everything just fall into place? Back when I was in Malaysia.


But when I look back. I'm beginning to understand. God must have His own reason for everything that happened. Nothing, nothing is happening without His permission, without His will. He knows the best and what's best for us. He never burden us with something we can't even bear. For God never abandoned our prayer. There must be something behind everything that happened. I won't notice now but I will find out later. In God's will, InsyaAllah.
  

The hardship I faced, reminds me to my intention. I come to study. I come to gain knowledge as much as I can. I come to excel in every way I can. I want to serve the community. So God granted my wish and sent me here. So shouldnt complained much about living. Living and studying is two different things. Lets focus on the main intention and stay put.

In meantime, I really need every strength I have to struggle. And I really need you to pray for me. Pray for my strength. And thank you so much. Only God can reply every man's good deed. May God bless you.

Oh Allah I pray for the strength! I pledge you to guide me the way. And I will work very hard InshaAllah.




 
Don't despair and never loose hope, 
cause Allah is always by your side.
InsyaAllah you'll find your away


Turn to Allah, He'll never far away
Put your trust in Him, raise your hand and pray
Oh Ya Allah, guide my steps don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way.. InsyaAllah....
 

Sunday, August 22, 2010

Bilik saye

Salam
Saya takda banyak masa malam ni. So ni sikit saya letak gambar bilik. sikit jelah, serba kekurangan, yang ada tu pun baru beli semalam dan hari ni. Gambar rumah menyusul nanti ye..

jom terjah bilik!
tadaa!
Ha nilah tempat beradu

Asalkan selesa, guna apa yang ada..
Kotak tempat sangkut baju tu dijadikan alas tempat nk letak baju..mcm saya cakap, guna apa yang ada.
Pembalut plastik comforter tu dah jadi laundry bag. hihihi
Saje nak zoom, tu gambar orang2 penting dalam hidup saye. Belum tampal, gambar atuk n nenek.


Rumah kecik je, tapi bilik selesa. Gambar ambil lepas kemas nampak luas sikit dari mula2 dtg masa belum ada brg. hihi..

Wednesday, August 18, 2010

Doa Untuk Atuk


Jauh berkelana membawa diri
Tinggal semua yang kukasihi
Gundah gulana tidak terperi
Rawan hati ku tanggung sendiri



Tinggal lagi 2 hari je sebelum aku berangkat pergi. Pergi jauh dari semua bukan buat seminggu dua. Macam mana nak aku gambarkan perasaan ni. Tak pernah aku jauh dari keluarga dan sanak saudara. Ya, aku pernah lima tahun tinggalkan keluarga, tapi cuma di Seremban. Atuk dan ibu datang berselang minggu. Tak pernah aku rasa kesunyian. Ya, aku pernah lebih jauh dari situ semasa di Kelantan menjalani latihan khidmat negara. Tapi cuma tiga bulan. Dan aku pulang setiap bulan. Baru di Kelantan! Baru di Kelantan! kata kalian. Tapi seminggu yang pertama mataku merah saja. Terpandangkan bantal, menangis. Terpandangkan tilam, menangis. Terpandangkan dinding, menangis. Masuk tandas, meraung terus. Manja? Ya memang kuakui. Lagaknya bagai bayi? Ya maafkan, sebati dengan diri.

Tiga hari bersama atuk dan nenek di kampung. Tuhan saja yang tahu sukarnya aku menahan sebak setiap kali memandang wajah atuk. Baik dalam jaga mahupun saat lena. Sakit dada rasanya menahan tangis dan hiba, terkenang atuk yang bakal kutinggalkan. Aku bersama atuk dalam duka dalam tawa. Aku bersama atuk sejak bayi hingga dewasa. Masa-masa ini teringat kenangan dahulu sewaktu membesar di kampung. Meronda kampung dengan motor Honda atuk. Ketika belajar solat dirotan kerana tak sempurna bacaan. Ketika bermanja berbaring di riba atuk. Ke mana saja atuk pergi wajib aku ekori.Apabila nenek pergi meninggalkan aku buat selamanya hubungan dengan atuk bertambah akrab. Seperti belangkas tak mungkin atuk jauh dari pandangan mata.

Ketika aku jauh menuntut ilmu di sekolah dan matrikulasi atuk tetap datang selang seminggu membawa apa saja yang kupinta. Megah atuk berbangga akan cucunya belajar di sekolah ternama. Sehingga aku meningkat remaja dan didatangi masalah pada atuklah tempat ditimpakan segala aduan. Tenang atuk mendengar, menasihat dan memberi jalan penyelesaian. Bila gusar, telefon atuk. Bergaduh dengan ibu, balik kampung jumpa atuk. Masalah kewangan, juga mengadu pada atuk.

Tamat pengajian, atuklah orang yang paling bangga. Katanya itulah sahaja yang beliau pinta. Cuma sekeping sijil itu sahaja yang telah menggembirakannya. Sekeping sijil yang membuatkannya bangga. Basah mata atuk mengucapkan tahniah. Tidak sia-sia lelah payah beliau membesarkan. Tidak sia-sia leter motivasinya mendisiplinkan. Tidak sia-sia ribuan ringgitnya dilaburkan.

Saat-saat aku mahu meninggalkan kampung, air mata mengalir laju bagai tak dapat ditahan-tahan lagi. Teresa-esak tangisku memohon restu. Basah pipiku mohon doa berterusan dari atuk. Dalam sedu-sedan aku pohon atuk bertahan, meminta Tuhan panjangkan umurnya, melihat aku pulang dengan jayanya. Bukan sedih hati ku pergi lama, tapi alangkah ralatnya jika atuk pergi semasa ketiadaanku. Alangkah terkilan jika atuk telah tiada untuk melihat kejayaanku. Bergetar suara atuk, sekeras sekental cekal hati lelakinya, mengalir juga air mata dari bibir mata atuk yang tua. Tertahan-tahan suaranya dalam sendu meminta agar aku terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Agar terus menghirup udara bumi walau dalam keuzuran. Agar boleh beliau lihat aku pulang lagi dengan kejayaan. Aku dirangkulnya erat dalam kepayahan. Tak sudah-sudah pipinya kucium. Biar basah. Biarlah. Aku makin lemah. Terus semakin keras esak tangis kami. Bercampur dengan esakan nenek dan yang lain yang berada di situ.


Oh Tuhan sajalah yang mengerti hancur luluhnya hati waktu melihat atuk menangis melepaskan ku pergi. Bukan ke utara bukan ke selatan boleh ku bergegas pulang sekiranya sesuatu terjadi. Aku pergi merentas negara menyeberangi lautan. Aku pergi bukan seminggu bukan sebulan. Lima tahun telah pasti berkelana menambah imu di dada.


Hanya pada Mu tuhan aku pohon, kurayu dan kupinta. 
Apalah kiranya Kau makbulkan doa. 
Apalah kiranya Kau tunaikan hajat. 
Apalah kiranya Kau panjangkan nikmat. 
Izinkanlah nadi atuk untuk terus berdenyut. 
Izinkanlah nafas atuk terus boleh dihela. 
Izinkanlah beliau melihat aku kembali bukan dengan tangisan sedih pilu lagi tapi biarlah dengan air mata gembira.


Hanya pada Mu lah Tuhan yang Maha Mengerti. 
Pemergian ku menuntut nilai pengorbanan yang amat-amat tinggi. Semua dengan niat berjihad menimba ilmu di jalan yang Kau redhai. Maka permudahkanlah urusanku ini Ya Allah. 
Luaskanlah jalan hambaMu ini. 
Janganlah Kau getarkan keyakinan ku dengan urusan hati yang hiba. Jangan Kau pudarkan semangatku dengan mainan perasaan yang meruntun jiwa. 
Janganlah Kau kusutkan fikiranku dengan kocakan berita yang membawa duka. 


Hanya pada Mu lah Tuhan yang Maha Berkuasa atas segalanya. 
Aku pohon supaya ditetapkan niat, diteguhkan iman, dikuatkan semangat, ditabahkan hati dan dicekalkan jiwa. 
Dengan izinMu lindungilah aku,
supaya sentiasa dalam lingkungan rahmatMu, 
supaya sentiasa bersama barakahMu, 
supaya sentiasa aku dekat padaMu.
Aaminn..


Biarlah orang-orang yang kusayangi di dunia ini terus bersama agar kelak aku bisa membalas jasa menabur budi.. :')




 Hj. Ibrahim Liman

Hjh. Saniah Jamal

Wednesday, August 11, 2010

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan 
Suara di hatiku melagukan rindu 
Kiranya engkau mampu mentafsirkan 
Setiap bait kata-kata yang terucap 
Pasti dirimu kan memahami harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah 
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan 
Sebagai mahar hantaran 

Apakah mungkin engkau mengerti 
Setiap cinta yang dilafazkan 
Bukanlah sekadar mainan 
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan 
Suara di hatiku melagukan rindu 
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap 
Pasti dirimu dapat melihat 
Rahsia kasih yang terpendam 
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu....selamanya...


Saturday, August 7, 2010

............

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....................................................

Lebih baik takde kot.

Monday, August 2, 2010

Great Weekend!

Salam Hello Gentle Readers!

I went to UKM last Saturday to pick my graduation robe. It was totally a blast weekend. I met my classmates and we had really great time together. We had nasi beriyani gam for lunch and went for karaoke. At about 5.30 in the evening ( when the weather is just nice) we went to Botanical Garden Putrajaya to take pictures. Thank God it was a clear, windy day so the pictures were awesome. Gorgeous models should be credited for that reason too. *wink*




It was fun it was fun! Although I met somebody I don't  like earlier. Lucky that person wasnt stuck with us till the end of the day. Such an eyesore.Yuck! 

After Maghrib we all went back but Ecah and me went to Suria's house. Oh not to forget I would like to thank Suria for providing accomodation, great dinner and breakfast. May God bless you. Plan for a movie that night got to be cancel cuz Shakira had an urgency at home. But we all are tired. So we sleep earlier that night. 


The next morning (after a long good sleep) Abg Zul picked me and we went to Langat for the fruits. Ayah n ibu were already there. I helped ayah plucked the rambutan and had great time with the durians. hehehe...


Chemi isossoyo~~

All the joy that we had together, are going to be memories that will remain forever.... :')

Thursday, July 29, 2010

Takde ape dah nak cerita.

Salam

Hari ni hari terakhir pergi kelas bahasa. Hari ni exam beginner 2. Alhamdulillah boleh jawab. Dan saya lulus lagi dengan markah 98.7% yuhuu.. (tolak 0.3 markah sebab salah eja..) So hari ni dapat sijil, officially graduated yeah! So buat kawan-kawan sekelas, Sarah, Zhen zhen, Fong, Kevin, dan Carrie, saya gembira dapat berkenalan dengan kamu semua. Semoga kita boleh jumpa lagi next time. Nanti nak pergi Korea let me know kayh! ( bgtau kat sini mcm la diorg baca blog saya) haha..

Hujung minggu ni dah plan nak pergi UKM ambil jubah dan spend masa dengan kawan2 kelas. Abg Raja kata selama ada kat Malaysia ni enjoy lah puas2 dulu. Nanti dah masuk lab dah tak boleh enjoy. huhu. Minggu depan saya punya konvokesyen,. Tak sabar rasanya. hehe. Tapi takut jugak sebab lepas tu je nanti dah nak fly. Nervous la pulak.

Cawa si comel tu tak datang pulak hari ni sampai Isnin. Rindula nak menyakat dia nanti. Takpelah next week jumpa dia boleh buli eh, sakat dia puas2. haha

Sekarang ibu tengah risau sebab Hazim keluar rumah tak balik2. Dah la keluar tak bgtau. Sejak ada basikal suka sgt menghilang begitu saje. Jaga2 dik, nanti ibu banned dari pegang basikal tu nanti. Basikal tu dah la basikal hadiah hari jadi saya masa darjah 6. Elok lagi kan? hehe


Entah ape2 entry hari ni. Merepek je semua. hahahahaha


K dah bye!

Wednesday, July 28, 2010

Alhamdulillah






Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

Friday, July 23, 2010

Meniti hari-hari terakhirku...

Salam hai semua pembaca budiman.

Ahah tajuk tu tak habis lagi. maafkan saye. Meniti hari-hari terakhirku di Malaysia.. ehehe

Setiap hari saya akan ke ICLS di KL Plaza untuk ke kelas bahasa Korea. Keluar rumah seawal 10.30 pagi. Sampai kelas pukul 11.30 pagi. Sempat study setengah jam sebelum seonsengnim masuk. Kelas tamat pukul 2 petang. Lepas tu bergegas pulang. dalam perjalanan dari pintu sekolah ke kelas saya kena daki 71 anak tanggaa. Monorail Bukit Bintang pulak ada 36 anak tangga. Monorail Hang Tuah cuma 28 anak tangga. LRT Hang Tuah pulak saya kena daki 30++ (tak ingat) anak tangga. Kemudian di LRT Ampang ada 40 anak tangga. Jadi bolehlah kawan2 jumlahkan berapa banyak anak tangga yang saya daki setiap hari. Jangan lupa gandakan untuk pergi dan balik. Dan saya berjalan agak jauh untuk ke LRT Ampang. Tapi cuma 30-40 langkah untuk ke Monorail Hang Tuah. Serta lebih kurang 1km dari Monorail Hang Tuah ke ICLS. Jadi boleh lah kawan2 kira berapa banyak kalori yang terbakar sepanjang perjalanan saya pergi dan balik kelas setiap hari. Sebab tu berat badan saya tinggal 42.5kg. Dah masuk kategori underweight.

Eh ape pasal cerita pasal jalan banyak sgt? Oh ya, dalam tren lrt ataupun monorail, macam2 ragam manusia yang boleh saya tengok. Kadang-kadang ada orang yang tidur je sepanjang perjalanan sampai saya hairan dia nak pergi mana sebenarnya. Ada orang yang masuk monorail macam nak pergi sun-bathing kat tepi laut. Ada jugak sekelompok budak-budak sekolah yang  main kejar2 dalam tren. Ataupun tak sedar diri bersembang sampai satu gerabak boleh dengar suara. lagi bising dari pasar selayang. Tapi saya tak faham pulak mereka cakap apa. tak kurang couple-couple yang loving habis kat dalam tu.

Paling tak boleh lupa masa nak lintas jalan sekali ada satu wanita sebelah saya ni. Ingat kan minah salleh mana. Rambut warna kuning. Baju dah habis tayang dah lemak kat badan tu. Lipstick merah yang amat. Tiba-tiba dengar dia cakap dgn member sebelah dia. Tapi cakap loghat kelantan pekat. Haha Cek Mek Klate. Awat dress up macam orang putih??

Pukul 3 selalunya saya sampai LRT Ampang. Lepas kes kena saman minggu lepas, saya dah tak bawa kereta dah. Jadi tunggu ibu jemput je. 3.30 sampai rumah macam orang kebuluran dah nampaknya. Lepas makan, dan solat,main-main dengan Cawa kemudian berehat. Bila petang kadang-kadang saya masak. Malam pulak buat homework yang seonsengnim bagi. Kalau rajin barulah study highway sikit. Tapi pegang kertas sekejap je biasanya sebab 15 mnit lepas tu dah terlelap. Journal yang Prof Amir suruh tulis sampai sekarang tak siap. Sebab laptop dah lama rosak. nak tunggu laptop baru next week baru boleh beli.

Manfaatkan masa kat rumah. Setakat ni baru lepas renew passport. Visa next week baru buat. Perkakas seperti bagasi, coat dan sebagainya belum beli lagi. Hujung minggu ni buat bacaan doa selamat kat kampung. Hujung minggu depan dah boleh ambil jubah di UKM . Kelas Korea pun dah tamat masa tu. Minggu lagi satu majlis bbq khas untuk kawan-kawan saya pulak. Semoga boleh jumpa buat kali terkahir sebelum saya berangkat ni. Minggu berikutnya lagi belum ada aktiviti. Minggu berikut lagi satu saya dah ada di Seoul :'(

Sekarang internet tengah ada masalah jadi saya memang jarang sikit buka blog. Asyik-asyik buka dan reply email melalui handphone. Tiba-tiba kena bar sebab bil tinggi gila. Insaf~

Oklah sampai sini sajelah saya mengarut. Lain masa jumpa lagi!