Thursday, June 23, 2011

Confession

I need to make confession. I need a confession. 

But I'm not allowed to do so. Strictly not allowed to do so. For the sake of their own good. For the sake of their feelings. For the sake of their happiness. 

So what if i'm burning inside out. So what if I am to swallow every single shit. So what, people just dont care.

How long more should I wait.

I hate myself more.
What i really need is CONFESSION. fullstop.

Thursday, June 16, 2011

YukSam

Tengah2 tension buat term project yg nak kena present selasa ni, tiba tiba teringat kenangan hujung minggu jalan jalan. 


Dah tau sepatutnya dua tiga minggu belakang ni tak sepatutnya membuang masa. Tapi sebab minggu lepas bergaduh besar, lepas tu terpaksa lah keluar konon2 nk berbaik dan menghilangkan kebencian di hati masing masing. Ayah kate ape, jangan gaduh gaduh kan. hiks.


Nak upload gambar tapi kabel tertinggal kt rumah lepas tu biasanya balik rumah penat dan terlentang terus. So nanti lah upload gambar. 

Ok last week pergi building 63 iaitu bangunan tertinggi kt korea. Dengan bayaran krw34000 (bersamaan lebih kurang rm 100 kot) amik full package. Dapat pegi wax museum, aquarium ikan, naik sky tower art gallery (konon2 tgk satu seoul :') ) tgk 3D iMax (screen besar giler-giler) tapi kan ada org tu dok tidur je keje. penat kot :P

Lepas tu yg best dpt experience masuk wayang 5D pulak. 5D okeyh! hehe. 

ok sambung cter lenkali bye! 

Tuesday, June 14, 2011

Bukan

Bukan sengaja taknak update blog. Tapi susah nak cari topik yang sesuai waktu-waktu sekarang ni. Bukan takda cerita nak cakap. Bukan tak stress dengan kerja2 sekolah, term project. Bukan tak depressed pasal final exam minggu depan. Bukan tak tension dengan kerja research, nak tulis paper la, nak analisis data dan pelbagai. Tapi setiap kali bukak window new post, yang keluar mesti cerita pasal itu itu itu. berapa kali nk post lepas tu delete balik pun tak tau. 

Lemah la kau ni Nadia!

****

Bukan, bukan. Bukan cerita biasa. Walaupun kalau yang ikut dengar mungkin bosan kata ah tak usah bohong! Kau tahu ini komplikasi bukan. Aku tahu ini komplikasi. Kau tahu kau terjerat tersepit menjerit, dalam liang serabut jaring yang kau sendiri tak habis sulam. Kau jatuh dalam gaung yang kau sendiri gali dalam. Dan kau bertanggungjawab untuk panjat keluar selamatkan diri. Oh jangan lupa, serta isi anak kapal yang kau ikut bawa jatuh sekali. 


Aku cuma mahu hidup bahagia. Bukan gila. Tanggungjawab kau pastikan itu.


p/s : butuhkamu

Monday, May 30, 2011

a lonely path

Sakitt sangat, kan. Waktu-waktu rapuh macam ni, aku perlu sokongan yang sangat kuat. I wish , how i wish I could tell somebody. I wish, how i really wish I am not alone. 

Sungguh, sungguh, rasa mcm orang gila sekarang. Hati kecik tak boleh nk tanggung sikit pun tekanan. Calarnya mudah, nak sembuhnya payah.

Sunyinya walaupun ada teman kt sisi. Sebab yang ada kita tak tahu hati budi. Yang ada tak ikhlas ungkap janji. Yang ada ... :(

Sekali sekala. menyesal rasanya datang sini.

Tuesday, May 24, 2011

miss u

I miss u alright. I truly do   :(

Monday, May 23, 2011

Fall

Everytime i walk i would stumble and fall. Even on linear path.



Forget the bumpy road.


I wish there is somebody holding my hand. :(

Thursday, May 19, 2011

Bruises

As I lay naked on the bath tub floor, letting the water showers over my body. I cried looking at my ownself. I am full of bruises.

Sunday, May 15, 2011

Asam rebus dan sambal belacan

medium , zat dan jasadnya berbeza
rupa tak sama warna tak usah cerita
boleh kalau kau mahu satu-satu berlainan masa
tapi kau takkan boleh lupa enaknya jika digabung bersama

Jika digabung bersama, kau takkan boleh lupa..






p/s : Bidalan itu macam kau dan aku bukan. Berbeza tapi melengkapi.

Thursday, May 5, 2011

Utusan perpisahan

He is really a dear friend of mine. And now he is gone. Left me to believe that he's no longer here. 

Perkenalan kami bermula di Malaysia lagi. February. Aku ingat jelas. Resume nya aku terima sebagai salam perkenalan. Setiap hari ada saja perkara dibualkan. Kalau tak pun sekadar bertukar khabar.
Hari pertama aku di republik ini. Berselisih di tengah jalan universiti yang masih asing. Dia melambai dan melempar senyum. Oh ini dia yang aku kenali 5 bulan lalu.

Hari berganti bulan. Persahabatan jadi makin erat. Terutama dalam situasi lab yang sangat sukar dan penuh politik. Tapi kami gembira bersama. Memahami sesama sendiri. Mengambil berat sesama sendiri. Bergurau senda sesama sendiri. Hujung minggu, jika tiada aktviti bersama Kak Norinah, memang kepada dia lah aku beralih. Jom kta ke sana! Jom kita ke sini! Tak pernah dia membantah. Malah gembira tambah kenalan baru.

Kesedihan aku bertukar lab tak berpanjangan. Hubungan kami masih erat. Sesekali tertekan dengan persekitaran, dia jadi mangsa menemani , menghirup kopi. Tapi ceritanya juga banyak, sampai tak pernah mengopi kurang dari sejam . :')

Hujung minggu aktiviti kami masih sama. Ke sana ke sini jika tidak sibuk. Agenda masih serupa, cuma sapaan bertukar kepada lebih kasual. Setiap baris ayat biasa dipenuhi jenaka. Setiap hari wajib menyapa biarpun di msn cuma. Perbualan yang mulanya formal setiap kali diakhiri dengan sakit perut menahan ketawa. 

Satu hari dia katakan padaku dengan nada serius. Terlalu serik dan bosan. Terlalu 'sakit' dengan situasi di makmalnya. Aku naik risau. Ada bau-bau mengalah. Ada unsur-unsur putus asa. Aku bertukar madah. Dari cuma sapaan di msn, aku cuba buat dia rasa gembira dan dihargai. Setiap malam dan pagi tak lupa ucap selamat. Setiap kali aku ke luar daerah melakukan kerja lapangan, kami berhubung sms. Biar dia rasa dekat. Biar dia rasa selamat.

Walau pun begitu. Dapat kuhidu selanya masih berat. Hatinya masih sarat. Setiap bicaranya seperti telah nekad. Aku tak pernah melarang apatah lagi membantah. Aku pernah berada di sampan yang sama, aku tahu perit dia. Yang mampu aku beri, nasihat. Dan kata-kata penguat semangat. 

Seminggu sebelum pergi. Dia datang membawa berita yang aku kira teramat berat. Hatinya bulat. "Minggu depan saya akan pergi. Boleh awak tolong saya carikan tiket? ". Mendengar permintaannya buatkan hatiku bagai disiat. Walau payah tetap aku tunaikan hajat dia. Mungkin ini kali yang terakhir. 

Tapi antara percaya atau tidak, aku masih meneruskan hari-hariku seperti biasa. Sehingga tanggal 3 hari sebelum pemergiannya aku dapat khabar dari seorang rakan, tiketnya telah siap ditempah. Masa pergi ialah Isnin. Baru aku tersentak. Rasa macam direnggut. Semua ni benarlah, bukan mimpi! Perginya betul tak kembali. Sepanjang hari tak keruan. Aku bertemu dia selepas sebaldi air mata tumpah. Tapi jawapannya sama. Menangis lagi aku sampai ke malam. 
Buat kali terakhir Ahad itu aku menemaninya membeli barang-barang cenderahati untuk keluarganya. Walaupun teramat sibuk, kuluang juga sedikit masa untuknya. Dan bila tiba Isnin, hiba hati aku masih tak tertahan. Setiap hari berendam air mata gamaknya. Emosi aku lemah. Minda terganggu . Setiap apa tindakan yang mengingatkan dia cukup untuk buat air mata aku jatuh. Hatta melihat tempat makan yang selalu wujudnya dia pun boleh buat aku teresak-esak. Semua kekuatan yang aku kumpul ketika di lapangan untuk tidak menangis di hadapannya hilang. Gugur satu persatu setibanya aku di seitar Universiti tempat kami bermain sepanjang 8 bulan yang lepas.

Bukan pergi seorang sahabat aku tangisi. Pergi seorang ahli keluarga di sini yang aku sesalkan. Pergi kerana situasi mendesak. Cukup hampir setahun dia memaksa diri kuat bertahan. Hakikatnya lopak di mana dia terjatuh itu terlalu dalam. Faktanya lubang itu terlampau busuk. Dan sampai saat ini, aku masih menyesali kehadiran lubang mati itu.

Samath, 
You are the very best company I ever had here. It seems like everything I see is forcing me to shed tears for you. Every lecture room, every restaurant we ever went, every cloth i bought with you. Even the elevator. The first floor, the 6th floor. You are intelligent and you are blessed with shiny golden heart. Nobody ever has problem with you. You know how to handle each and every on of us brilliantly.  Every one of us here is regretting upon your leave. We miss u dearly now and always. 

Those days I spent with u will remains cheerish in my mind. The things we shared together will be my best memory with you. Even up to this second, my eyes are not dry, not yet. U went away is clearly, too big for me to handle. Save our memory, and keep in touch forever. I wish u the very best of luck , good fortune will always be with you. 

Thanks for everything my beloved friend. It is obvious, that losing you hurts me so much. Miss you.




Friday, April 22, 2011

Spring picnic

Salam hai hello semua.

Sekarang dah masuk spring. Bunga-bunga comel kaler putih pink dah bloom2 kt dahan-dahan pokok. Cuaca nyaman dengan angin sepoi-sepoi( tipu kadang-kadang angin tu kuat sgt). Kami pergi berkelah kat Borame park minggu lepas 17 hb April.

Bangun pagi-taklah pagi sgt- dah menggelabah siapkan inti popia. Yang simple je guna. 1) inti kentang+ayam. 2) mix vege+telur. Okay siap masak inti, terus mengerah tenaga pembantu menggulung popia. Sambil tu rendam bihun. Lepas goreng popia, goreng bihun. Lepas goreng bihun, ha?? dah kul 3!ape lagi menggelabah la siap. Tapi janji ngan Samath pun kul 4, tak kisah la. Gitu gini, jalan terhegeh2 etc, sampai Borame Park dah pukul 4 lebih kot. Terus makan sebab kebuluran. Sedap la pulak popia ni kan. Bihun ni walaupun rasa macam bihun masjid tapi layann~

Lepas tu Samath dan Marith datang , so layan diorg mkn lagi sekali. Lepas tu layan bunga dengan Samath , layan Marith naik rollerblade. Lepas amik gambar ngan Ezat n Abg Hassan, main roller blade pulak. Jadi bahan gelak Samath ngan Marith je. Teksah la asalkan best dan hati suke. Lepas tu masing-masing balik kt tempat mknn sebab dahaga. Kak Hana dtg dah kul 6, biar kak Hana habiskan bihun dan popia. Habis jugak bihun satu tupperware and popia 40 keping. hahaha. Balik bawak sampah jajan. Puas hati.

Sampai Sangdo, aikk? tak puas hati lagi? Okay okay jom berentap suara. Norebang sket dua jam setengah. Sampai kering anak tekak rasanya. Kul 10 balik rumah kepenatan. Kul 12 bukak buku buat homewrok. Kul 2 tak larat nak siapkan homework lalu tidur. Kul 9 masuk kelas dan mula lah acara mengangguk-angguk sampai kul 12.30. Dah la ngantuk, homework separuh siap, yang siap salah pulak tu. Lecturer boleh extend kelas lagi setngah jam. Lepas tu bagi bekal homewrok yang banyak banyak banyak banyak...............


Picnic best. Tapi penyesalan lepas tu? TAK BEST! 













Wednesday, April 13, 2011

hating

I hate myself

Because I cannot hate u.

Sunday, April 10, 2011

Soft and Delicate

The best thing of Winter is that we are really looking forward for the coming Spring. How great it would be to get rid of the bitter-cold-windy winter. Hurm. The weather at the moment is nice. I'd prefer this kind of weather, rather than last month's. It is 11-13 deg celcius daytime and 6-9 deg celcius night time. And i dont really need to switch the heater on every single second I am in my room, though, I still need it to operate whenever I'm going to bed.


Somehow, due to unexplainable factors, my body seems not to be in good shape this few days. The circulation is not going well. Physically, and mentally. I feel soft and delicate. Even a single little ignorance could shake me so hard. Oh , I really wish the tiny buds of flowers bloom this very soon. They may act as the best remedy and calm me down.


Saturday, April 2, 2011

Field Test

Perasaan sungguh teruja sebaik sampai di empangan Daechong heee tak sabarnye nk mulakan field test. 

Ini field test saya yang ke-3 sejak pindah lab soil dynamic. Dan field test yang ke-2 dengan Prof Joh. Field test pertama measure displacement railtrack keretapi kat Ponggi. Pergi dengan Abg Hasan dan researchers KRRI Disember lepas. Field test yang kedua baru last week kat Milyang Dam, perform test SASW, CapSASW dan beamforming. Pergi dengan Prof Joh dan 4 orang pembantu (undergrad student). Site ni yang paling jauh setakat ni. 5 jam perjalanan oh. So kitorg stay sana, 3 hari 2 malam jugak. Lagi 30 mins je nk ke Busan. Jauh kan? Field test yang ketiga Jumaat baru ni kat Daechong Dam, Daejeon. NI dalam 2 jam perjalanan je, so pergi pagi2 balik malam tu jugak. Pergi dengan Prof Joh, Abg Hasan dan 3 orang pembantu (undergrad). Perform test yang sama macam kar Milyang. Disebabkan kat Daechong ni kitorg tak overnight, so bekerja keras dari pagi-pagi sampai lah ke hujung hari. Boleh tahan letih la jugak. Walaupun saya sekadar 'analyzer driver', iaitu orang yang bertanggungjawab mengendalikan Digital Signal Analyzer tersebut. Tapi sebab saya ni tak reti duduk diam, maka kerjanya asyik berlari ke sana ke sini haha.

Masa lunch makan boribab-nasi barley + sayur pelbagai jenis + gochujang(sambal) + duenjang jige(sup tauhu panas), gaul-gaul dalam mangkuk, then makan. Simple je kan. Tapi masa makan tu berselera habis. Tak tau la pasal lapar ke kan. But honestly speaking memang rasa sedap lah. Jige die pedas sikit lepas tu sedap. Then letak gochujang sikit-jadi pedas tapi sedap. Erm, kalau nk gambarkan, rasa macam makan nasi panas, letak sup panas, lepas tu sambal belacan pedas. Pehh.. berpeluh-peluh makan.


Lepas siap kerja tiba waktu dinner pulak. Hurm dinner pelik sikit, seu tang. 'Seu' tu maksud die udang. 'tang' tu entahla tak tau apa maksud die tapi berkaitan dengan boling soup macam tu la. Nak kata soup takla soup sangat sebab soup pada tafsiran saya tak pedas kan. Biasa kalau makanan ada '-tang' kat belakang tu maksudnya dia boil lah macam steamboat tu. Haaaa! Jumpa pun perkataan, steambot! hehe.. Prof habis hebatlah promote seutang ni, udang dia dari fresh water. So we all really looking forward. Nak jadikan cerita rupa-rupanya udang yang dimaksudkan ialah udang kecikkecik tu. Yang besar udang kering tu ha. Sup dia agak pedas lah, tapi saya makan udang tu banyak sangat sebab member sebelah letak baik punya dalam mangkuk tu udang kecik tu penuh-penuh. Adeh, tak biasa makan udang dengan kulit siap dengan kepala tapi telan jelah. Actually kesedapan makan lunch masih terasa dan perut masih separa penuh. Tapi sebab semua orang makan sungguh-sungguh macam takda hari esok , saya paksa jugaklah habiskan nasi. Masuk kereta je amik nih, mata macam takleh nak bukak, perut rasa nak meletup. Terlampau kenyang.


Tapi sebab semua orang tidur, i pity the driver driving alone so saya pun dengan penuh semangat cuba memulakan cerita dengan Oppa Yang Ho. Nasib baik dia ni boleh tahan lah English so bolehla kami bersembang-sembang. Leka bersembang sampai terlepas tol haha. Masa kelam-kabut tu, Oppa Minshik bangun, Ji Ung pun bangun so saya pulak take turn tido. Tapi dapat tido setengah jam je before sampai sekolah malam tu dalam pukul 940 pm.

Bukak je mata rasa pening dan mabuk. Lepas unload barang rasa macam nak muntah tapi tahan tahan sampai rumah. Masa mandi dah tak boleh tahan sangat- sangat so muntah jelah. Yieks, rupanya dinner malam tadi tak hadam sikit pun sebab penuh kot toilet bowl tu dengan meal dinner. Uhuk. Cuba untuk baring tutup mata biar lupa kemualan tersebut tapi tak berjaya sebab tiba-tiba perut meradang. Sakit teramat tambah pening kepala masa tu nak datang bagai. Ayah boleh call pulak nak takbur "Kitorang kat maple ni hi hi hi (gelak sinis)". Sorry lah ayah takde perasaan nak jeles sakit perut ni. Dah berguling-guling menahan sakit.  Muntah tiga kali. Nangis. (malu nak ngaku). 


Lepas tu ada pari-pari datang sapu ubat nyanyi lagu, legakan perasaan sakit dan dodoi sampai tidur. Masa tu bilik tidur dah tukar jadi warna biru tenang (warna feveret). Kat siling ada bintang glow in the dark. Cantik. Terasa macam bahagia je perasaan. Masa tidur pun bahagia. Buka mata je pagi tu cepat-cepat tengok sebelah cari pari-pari. Takda. Ceh, mainan tidur. Aku benci kau.

Okay hari ni dah elok. Layan IT Crowd sampai siang, bangun kemas rumah (saya maksudkan bilik). Masak lunch dan makan. Hidup ini membosankan membahagiakan. 

MILYANG DAM

Gambar atas - mereka pasang tripod untuk source drop weight.
Gambar bawah - Beamforming, SASW, dan CapSASW kat boundary crest dam tersebut. Nampak tak geophone tu?

Ni ialah budak kesian takde sape nak amik gambar die. Oh ya, Milyang sangat sejuk sebab angin sangat sangat sangat kuat. (tiga kali penekanan) .
DAECHONG DAM

Mula-mula sampai ambik gambar pemandangan yang indah dulu. Abaikan gambar atas kiri. Saya tak tau tu creature apa.


Test perform kat centre crest. Nampak tak geophone tu nampak tak? Sebelah atas kanan tu analyzer.  Tu lah workstation saya. Mencabar jugak woh nak setup dan save laju-laju.





 Ok lah enjoy the pics. Jumpa lagi next post, bye!

Wednesday, March 16, 2011

Sorry itu seperti perkataan paling susah, kan?

Salam hai semua pembaca budiman.


Berkabung ke apa lapan tahun tak post apa2 baik buang je link blog  ni. Hapuskan! hapuskan!

Ekceli teringin sgt nk menulis sebenanye cuma masa je tak mengizinkan. Melampau yer pekerjaan dan aktiviti sekarang sampai nak bernafas pun curik curik mase tau. Kalau nak tulis blog pun nak curik mase jugak takut pulak banyak sgt dosa mencurik. Ha tengok tengok dah merepek. Padahal sekarang pun tengah mencurik mase ni. Sebab nk curik mase tulis blog, maka siang tadi tahan nafas tanak curik masa untuk bernafas. Hnnsss!

Sejak balik Korea busy teramat keje dari pagi sampai malam bawa ke pagi dan begitulah pusingan selanjutnya. Semua akibat dari terlampau lama bercuti serta tambahan kepada projek baru yang lab dapat dan et cetera et cetera..Sorry sorry..

Okay akde ape nak cakap. Cuma sekarang tengah obsesi lagu. Lagu best! Lagu best!

Silekan~




What I got to do to make u love me
What I got to do to make u care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that u're not there

What I got to do to make u want me
What I got to do to be heard
What do I say when it's all over, babe
Sorry seems to be the hardest word

It's sad, so sad
It's a sad sad situation
And it's getting more and more ABSURD

It's sad, so sad
Why can't we talk it over
And it seems to me
That sorry seems to be the hardest word

What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word...

As they interprete 'sorry' as 'forgiveness', I would prefer interprete it as 'pity'...
If it wasn't about love at all, would u mind some pity?

Sunday, February 27, 2011

The day they went away

And there they are.
They went back to Malaysia, for good. Except for kakak, who is scheduled to be back here on September, alone.
It was a heartbreaking moment you know. I feel like losing my family! Abg Sham has been like, what, somebody i could seek advice. Kakak was. i dont know how to describe. a sister? or mother? or savior? somebody u could rely on to. Here. When i was all alone in Korea. 

And Adam, the only apple of our eye. It is tough to learn and believe that they are not here anymore. And, we, -me, abg hasan n kak hana- feel like, oh God there's no more big family house for us on raya or weekends or whenever we feel like we need a family. No more abg sham's asam pedas or rendang, or sayur goreng or whatever. No more kakak's funny stories, or my stories to make her laugh. Oh as u just know what adorable thing about her that i love is her laugh. She is the one who always laugh at my silly jokes. 

And Adam. Oh my, u naughty little Adam, u left me finally. 



How on earth are we-the ones left here in CAU- are going to get through this. 


BTW, have a nice life there all of u. Our memories will stay burning in my heart. I miss u guys so very much. Please take care and do come back and visit sometime. Love u !

Dedicated to dear brother and sister, Kak Norinah Abd Rahman, Abg Shiham Hamzah and little cutey Adam Shiham. :'(