Tuesday, January 25, 2011

Let's Run Away

To whom it may concern,

I wish we could run away, find some little inhabited island, and just make love to each other day and night for the rest of our lives..

I know that's selfish, but sometimes the pressures and responsibilities of daily life leave us so little time and energy for spending time together, and in my mind, that's the most important thing of all.

I love you so very much.

So please don't ever think for a moment that you're not my first priority, because no matter where I am or what I am doing, in my heart, I'm on that little island with you. Loving you until the end of time.


Sincerely,
Your Beloved.


Monday, January 24, 2011

Pulangkan senyum..

Ya Allah tuhanku, yang merubah kalbu 
Tetapkanlah hatiku 
Moga sentiasa dalam agamaMu
Jua taat akan perintahMu



Tuhan, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami 
Tuhan, jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan 
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami..


Ya Allah ya tuhanku hilangkan segala kerungsingan yang melanda diriku. Jauhkan lah aku dari bisikan syaitan. Tabahkanlah hatiku menempuh segala dugaan serta hari mendatang.

****

Lately ni fikiran aku terganggu. Tidur malam tak lena. Selera makan aku beransur-ansur hilang.  Ada benda yang mengkhayalkan aku. Yang main taknak pergi2 dari minda. Yang galak mengusir bahagia. Boleh kata sepanjang masa, hati jadi tak keruan. Risau tak sudah. 

Berat badan dah turun mendadak. Wahai kedukaan, apa gerangan kau, siapa gerangan kau, tolonglah pergi jauh. Pulangkan balik semangat aku yang hilang. Pulangkan balik senyuman yang kau curi. :(




"Berikan aku pedoman arah mana jalan kehidupan tuk kuteruskan pengembaraan, tak rebah dan tersalah langkah"

Wednesday, January 19, 2011

Bayang itu teman

Tengok mentari petang
Kau nampak bayang panjang

Mulai saat ini bayang itu teman
Terpandang memori dulu
Tawa sendu kau di sisiku
Dengus nafas kau di pipiku
Usap lembut kau di jemariku

Mulai saat ini sakit itu kawan
Sebak yang setia memeluk hati
Pilu yang tak jemu mencium pipi
Resah itu teman risau itu taulan


Bahang mentari petang, tak selesa namun terpaksa
Kerana ia tetap datang setiap hari waktu yang sama
Buat kau sedar alam itu punya hukum
Sampai masanya kau akan tetap tersenyum


Kemaruk dengar ni tiap tiap hari. Perasaan bercampur baur

Saturday, January 15, 2011

About the M thing


Boleh tak kalau kali ni saya nak bicara tentang hal kahwin kahwin? Penting ke kahwin ni, eh eh boleh ye tanya soalan macam tu. Penting ye kawan2 sekalian, ini adalah salah satu daripada perkara terpenting atau terbesar dalam hidup semua orang; membina institusi keluarga sendiri. Maka bila kita jumpa kawan2 kita yang dah kahwin boleh la kita kagum seperti * Waaah hebatnya kamu, kamu sudah ada INSTITUSI sendiri! * :)

Semasa saya kecik2 dulu erm sebenarnya taklah kecik sangat, penghujung keremajaan mungkin istilah yang betul; lingkungan umur 18-23, saya ambil ringan soal kahwin. Seperti, *alahai perlu ke, macam tak best je, nanti dah tak boleh enjoy* ataupun * Takkan nak kahwin awal nanti nak sambung belajar macam mana* ataupun *err err 'dewasanya' topik kahwin ni tak mau masuk campur lah!*. Itulah pemikiran saya masa zaman penghujung keremajaan. hehe. Bercinta nak kahwin taknak.

Sesuatu perasaan yang aneh timbul bila mula masuk awal kedewasaan (eh perasan Nadia dewasa sangat ke kau). Oklah kalau tak nak terima saya dah dewasa takpe saya tak kisah. Tapi sebagai seorang perempuan yang normal setakat ni, saya berkeyakinan tinggi yang saya dah mula mencuri-curi jejak kaki ke alam kedewasaan. Saya mula mempunyai perasaan seperti *Eh eh bestnya diorg(kawan2) dah kahwin , nampak macam(NAMPAK MACAM) bahagia je* , atau * E'ee comelnya baby tu, rasa macam tak sabar pulak nak ada BABY SENDIRI punya* serta terbayang-bayang satu rumah + tangganya dan isi rumahnya yang bahagia bersama anak2 kecik yang comel lote....*ape kau mengarut ha Nadia~

Tapi sungguh sesungguh2nya dulu tak terfikir kan benda2 macam ni. Ada logik tak fikiran saya dah mula menjengah alam kematangan pada 'dasarnya'? Walaupun pada 'permukaannya', saya KELIHATAN seperti tidak bersedia. Penegasan pada 'kelihatan' ye. Jangan hakimi buku dari kulit luarnya! ;)

Lepas cerita pasal perasaan jom masuk kepada calon dan aturan hidup selanjutnya.

Soalan2 lazim pun timbullah, seperti kahwin dengan siapa, bila waktu sesuainya, bagaimana latar belakang kisahnya, sesuai kah kondisinya, besarkah perbelanjaannya dan sebagainya. Bila menjengahnya soalan-soalan ni ha mulalah sedikit sebanyak timbul rasa stress. Maklum, soalan sebegini rupa boleh dikategorikan 'berat' serta terlalu subjektif.

Kerana cinta itu kebiasaan kisahnya terlalu complicated, kompleks dan rumit. Cinta itu amat cantik biarpun penghujung kesudahan cinta itu bukan selalunya indah. Akhir sekali kau akan kahwini orang yang kau tak kenali langsung (pilihan keluarga). Akhir sekali kau akan kahwini si dia yang kau cintai sepenuh hati. Akhir sekali kau akan kahwini bekas kekasihmu. Akhir sekali kau akan kahwini si dia yang kau suka separuh hati. Akhir sekali kau akan kahwini si dia yang memang kau benci. 

Perjalanan kisah perkahwinan berkait juga dengan kisah percintaan. Tamatkah kisah itu dengan bahagia anak comel mahligai indah serta hati yang tenang. Tamatkah kisah itu dengan caci maki pinggan terbang serta hati yang gundah. Tamatkah kisah itu hambar di tengahnya. Tamatkah kisah itu dengan romantis hingga akhirnya. 


***
Teringat kata kata ibu, * Sebab nak menjaga hati banyak pihak, korbankan diri kahwin tapi rasa regret kemudian hari dan buat semua sedih* serta *Sebab nak menjaga hati sendiri, korban kata orang lain kahwin tapi rasa regret kemudian hari dan buat semua sedih * Sama je kan? Susah pulak rasanya perkahwinan ni. Hmm..

Malaysia

Salam hai semua.

Buat pengetahuan semua, saya dah selamat sampai Malaysia. Kira-kira genap seminggu lah sudah saya berada di Malaysia. Dan kira-kira cuti saya masih berbaki lagi lima minggu. Seminggu di Malaysia, penuh rasanya jadual buat sementara. Jangan dikira lagi apa yang saya dah makan. Sampai jatuh sakit hehe.

Sejak sampai Malaysia belum lagi kosong waktu terisi dengan perasaan bosan. Paling tidak buku Foundation of Geotechnical Engineering dah tersedia sebelah sisi bantal andaikata 'bosan' menjelma. Cuma biasalah , ironi, belum sehelai pun mukanya terselak.

Masih lagi berhutang beberapa temu janji temu janji penting dengan rakan dan saudara. Harap semua dapat dilaksanakan sebelum akhir bulan Januari ni. 









Ntah tiba tiba rasa nak letak gambar dengan dua orang mamat yang paling kerap buli saya ni. Rindu dah agaknya   >.<

Wednesday, January 12, 2011

An English Sojourn

<3

Been wanting to lay hand on this, a year ago. Masih mencari.


Prof Dr Che Husna Azhari, she's the idol :)

Tapi

Aku bawakan bunga padamu
Tapi kau bilang masih

Aku bawakan resahku padamu
Tapi kau bilang hanya

Aku bawakan darahku padamu
Tapi kau bilang cuma

Aku bawakan mimpiku padamu
Tapi kau bilang meski

Aku bawa dukaku padamu
Tapi kau bilang tapi

Aku bawakan mayatku padamu
Tapi kau bilang hampir

Aku bawakan arwahku padamu
Tapi kau bilang kalau
Tanpa apa aku datang padamu..



Sutarji, 1976

Monday, January 10, 2011

Cinta

Tau tak cinta tu datang sendiri. Masa bila dia datang kita pun tak tau. Bila terbit rasa sayang, dengan masa, dia bercambah sendiri. Bila akar dah kuat, susah nak buang kan?

Tau tak cinta tu tak boleh dipaksa. Sebab awak tak tau cinta kita jenis apa. Kalau kita ialah ros putih, awak letak baja bunga kertas banyak-banyak pun takkan bercambah. Betul kan?

Apa salahnya kalau saya mencintai awak. Tak salahkan, asal kan saya tak suruh awak cintakan saya.
Apa salahnya kalau saya tak boleh cintakan awak. Tak salahkan asalkan saya tak membenci awak.

Tapi kalau sebab saya cinta awak, awak bencikan saya, apa boleh saya buat.
Tapi kalau sebab saya tak cintakan awak, awak bencikan saya apa saya boleh buat.

Tinggalkan saya, jauhi saya, sebab saya tak mampu berhenti mencintai awak.
Tinggalkan saya, jauhi saya, sebab saya tak mampu mencintai awak.



Mungkin ini akibat untuk saya, kerana menjadi saya. I don't deserve. kan?


Saturday, January 8, 2011

At nest, finally :)

Salam hi hello gentle readers

I'm at the best nest finally. 5 months I'm away. Now I'm home. :')   (alah baru lima bulan nak kecoh! ;P)

Cuti winter sekarang. Walaupun saya telah mengumpul beberapa kilo lemak sebagai perintang sejuk, tapi tetap tak mampu menentang kesejukan -14C. Buka heater yang panas melampau tu pun dah tak rasa ape. Maka lebih baik kita pulang saja ke Malaysia sementelah Prof pun takda kan. (eceh eceh)..

Turun-turun flight jam 5 pagi tadi dah bising menjerit sendiri, woaahh panasnya! bahang! bahang! Cewah Nadia mengada pulak kau kan. Tapi betullah memang panas T_T


Lepas pergi beli sim card baru terkinja-kinja pulak cari KFC hehe lepas gian la tu konon. Lepas KFC baru jumpa ibu ayah, lepas tu makan lontong pulak nyum nyum. 

Dah sampai rumah fikir nak makan apa lagi walaupun malam ni ada date dah nk makan seafood. Woi Nadia gemuk, kata balik Malaysia nak diet. konon...konon!



Ok lah kawan-kawan ku sekalian. Saya yang sangat suka bersosial ini sangat rindu kalian. Nak souvenier tak? jom jumpa! *wink*






Sunday, January 2, 2011

soalan dan jawapan

salam hai semua pembaca budiman.

Khas buat Shakira yang tag saya. Kepada Shak, sorry la lambat. baru terbaca dari blog ko. itupun lepas aku buka link blog ko dari blog Mushai. p/s :asal kalau aku klik link blog ko dari  blog aku takleh ek. huhuhuhuhu... 



1) Apa benda yang paling penting dalam hidup?

Kalau "kasih sayang" tu benda, saya nk jawab KASIH SAYANG.

2)Benda terakhir yang dibeli menggunakan duit sendiri?

White coffee, benda kn tu?

3)Di mana tempat melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan nanti?

Mana2 je, takde tema pun tak kisah.:)

4)Adakah sedang bercinta sekarang?

Dilamun cinta

5)Berapa lama akan mencintai dia?

Selama nadi berdenyut :')

6)Di mana selalu jumpa dia?

Dalam minda, setiap hari.

7)Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?

Oh lama dah tak beli buku kat sini. agaknya last beli buku Geotechnical Earthquake Engineering kot. huhu

8)Apa nama penuh?

NORFARAH NADIA

9)Antara ibu dengan ayah, mana lebih mesra?

Ibu

10)Namakan orang yang betul2 nak jumpa dalam hidup?

orang-orang

11)Basuh baju sendiri tak?

Tak. mesin tolong basuhkan

12)Di mana tempat yang betul2 nak pergi?

Dari dulu lagi nk g Paris. Tak dapat Paris, tour Europe pun ok,. hee

13)Pilih salah satu, peluk atau cium?

Peluk. 

14)5 benda yang sangat disayangi dalam hidup?

I take 'benda' as belonging lah eh. 
  1. Jam tangan
  2. Cincin
  3. Mawi
  4. Laptop
  5. Mouse, sedih kalau takde mouse
15)5lagu yang paling suka dan selalu dengar?

Takde spesifik.

16)Bila tarikh lahir dan kat mana sambut tahun lepas?

13 Oktober. Sekarang 2011, tahun lepas 2010. So tahun lepas saya sambut birthday kt Heukseok, Seoul, Korea Selatan. Dalam Norebang ngan kak Hana, Abg Raja n Abg Syam :')

17)6blogger yang nak kena tag?

  1. Azwan Ali
  2. Aznil Hj Nawawi
  3. Awal Ashaari
  4. Dr M
  5. Hanis Zalikha
  6. Linda Onn. Saya harap dia ada blog.

18)Cerita sikit blogger pertama yang kena tag?
Nama dia Azwan bin Hj Ali, dia pengacara Hitz 1. Dia artis Malaysia. Dah.