Saturday, January 15, 2011

About the M thing


Boleh tak kalau kali ni saya nak bicara tentang hal kahwin kahwin? Penting ke kahwin ni, eh eh boleh ye tanya soalan macam tu. Penting ye kawan2 sekalian, ini adalah salah satu daripada perkara terpenting atau terbesar dalam hidup semua orang; membina institusi keluarga sendiri. Maka bila kita jumpa kawan2 kita yang dah kahwin boleh la kita kagum seperti * Waaah hebatnya kamu, kamu sudah ada INSTITUSI sendiri! * :)

Semasa saya kecik2 dulu erm sebenarnya taklah kecik sangat, penghujung keremajaan mungkin istilah yang betul; lingkungan umur 18-23, saya ambil ringan soal kahwin. Seperti, *alahai perlu ke, macam tak best je, nanti dah tak boleh enjoy* ataupun * Takkan nak kahwin awal nanti nak sambung belajar macam mana* ataupun *err err 'dewasanya' topik kahwin ni tak mau masuk campur lah!*. Itulah pemikiran saya masa zaman penghujung keremajaan. hehe. Bercinta nak kahwin taknak.

Sesuatu perasaan yang aneh timbul bila mula masuk awal kedewasaan (eh perasan Nadia dewasa sangat ke kau). Oklah kalau tak nak terima saya dah dewasa takpe saya tak kisah. Tapi sebagai seorang perempuan yang normal setakat ni, saya berkeyakinan tinggi yang saya dah mula mencuri-curi jejak kaki ke alam kedewasaan. Saya mula mempunyai perasaan seperti *Eh eh bestnya diorg(kawan2) dah kahwin , nampak macam(NAMPAK MACAM) bahagia je* , atau * E'ee comelnya baby tu, rasa macam tak sabar pulak nak ada BABY SENDIRI punya* serta terbayang-bayang satu rumah + tangganya dan isi rumahnya yang bahagia bersama anak2 kecik yang comel lote....*ape kau mengarut ha Nadia~

Tapi sungguh sesungguh2nya dulu tak terfikir kan benda2 macam ni. Ada logik tak fikiran saya dah mula menjengah alam kematangan pada 'dasarnya'? Walaupun pada 'permukaannya', saya KELIHATAN seperti tidak bersedia. Penegasan pada 'kelihatan' ye. Jangan hakimi buku dari kulit luarnya! ;)

Lepas cerita pasal perasaan jom masuk kepada calon dan aturan hidup selanjutnya.

Soalan2 lazim pun timbullah, seperti kahwin dengan siapa, bila waktu sesuainya, bagaimana latar belakang kisahnya, sesuai kah kondisinya, besarkah perbelanjaannya dan sebagainya. Bila menjengahnya soalan-soalan ni ha mulalah sedikit sebanyak timbul rasa stress. Maklum, soalan sebegini rupa boleh dikategorikan 'berat' serta terlalu subjektif.

Kerana cinta itu kebiasaan kisahnya terlalu complicated, kompleks dan rumit. Cinta itu amat cantik biarpun penghujung kesudahan cinta itu bukan selalunya indah. Akhir sekali kau akan kahwini orang yang kau tak kenali langsung (pilihan keluarga). Akhir sekali kau akan kahwini si dia yang kau cintai sepenuh hati. Akhir sekali kau akan kahwini bekas kekasihmu. Akhir sekali kau akan kahwini si dia yang kau suka separuh hati. Akhir sekali kau akan kahwini si dia yang memang kau benci. 

Perjalanan kisah perkahwinan berkait juga dengan kisah percintaan. Tamatkah kisah itu dengan bahagia anak comel mahligai indah serta hati yang tenang. Tamatkah kisah itu dengan caci maki pinggan terbang serta hati yang gundah. Tamatkah kisah itu hambar di tengahnya. Tamatkah kisah itu dengan romantis hingga akhirnya. 


***
Teringat kata kata ibu, * Sebab nak menjaga hati banyak pihak, korbankan diri kahwin tapi rasa regret kemudian hari dan buat semua sedih* serta *Sebab nak menjaga hati sendiri, korban kata orang lain kahwin tapi rasa regret kemudian hari dan buat semua sedih * Sama je kan? Susah pulak rasanya perkahwinan ni. Hmm..

No comments: