Sunday, February 7, 2010

Nervous system, please relax....

 "One step at a time,there is no need to rush"- aku tengah dengar lagu ni.. oh seronoknya kalau boleh apply sekarang.

Kelam kabut. Tu lah sepatah perkataan yang boleh menggambarkan diri aku sekarang. Tiba-tiba minda aku yang selama ni duk melepak bersantai sejak buka semester ni berguling-guling, bersimpul-simpul (ada ke perumpamaan macam ni??) memikirkan tentang projek sem ni. Tengah-tengah bersemangat dan mempunyai tahap keyakinan diri yang agak tinggi nih, tiba-tiba je terus aku down. Lemah semangat. Buat muka loser. Patah hati. Spirit lari. Tak bermotivasi  dan apa2 jelah yang berkaitan. Aku dah bulat tekad nak sambung master, tiba-tiba aku rasa aku tak mampu nak habiskan semester terakhir aku ni.. (??????).

Asyik tertanya-tanya, boleh ke aku habiskan tesis? Boleh ke aku buat projek rekabentuk, yang guna tapak projek sendiri dan design sendiri semua unit dan buat laporan dan bentang? Macamana senior2 dulu survive buat semua nih? hebatnya diorang! (ke benda ni mmg no big deal tapi aku sendiri yang tiba-tiba rasa kecik, kecik, kecik sesangat!) Apesal aku rasa macam tak mampu pulak nih? Lepas tuh boleh ke aku nak skor subjek steel design nih, mengetahui diri aku nih mmg tak terer? Apesal gaya Prof Shan ajar macam susah je? Ke aku yang 'slow' sangat tak dapat tangkap? Pengurusan projek ada projek besar ke? Kenapa aku rasa takut dan nervous melampau2 ni? Padahal sebelum ni pun ada je projek, aku boleh je buat... 

Sampai kan subjek pembinaan jalan raya yang lecturer dia sempoi gila dan subjek boleh kata senang pun aku nervous jugak. Sampaikan subjek tu pun aku terasa macam takde confident. Tak payah la fikir SI, sebabnye sekarang aku rasa macam nak drop kursus je.. Waaaah ( Gile ke ko ni Nadia?)

Seriously sekarang aku sangat takut melampau2. Terlalu nervous. Abg Zul ajak jogging pun aku tak nak, tak senang hati nak kuar bilik. Ecah ajak tgk movie lagila nak gugur hati aku. Aku sentiasa nak pastikan buku-buku steel tu ade sebelah aku sepanjang masa walaupun aku tak study. Aku sentiasa pastikan ppt lecture Ir Ishak terbukak kat laptop ni walaupun aku tak hafal. Aku sentiasa biarkan file word report roadworks dan excel spreadsheet tu ada dalam tab bawah ni walaupaun aku tak tau nak tulis apa dan nak kira apa. Aku asyik buka buku nota dan diari yang aku bawa hari-hari pegi kelas untuk semak takut ada apa2 maklumat penting yang aku lupa. Tapi dalam sehari berpuluh-puluh kali aku semak. Kenapa nii????

OMG, something is really wrong with me. Kenapa terlalu gemuruh ni. Kalau jantung aku tak nak berhenti dari berdebar-debar macam mana? Oh tuhan tolong, dulu ada ke budak final year yang kena sakit jantung sebab dia jadi budak final year? (apa jenis soalan aku tanya ni?)

Ya tuhan aku sangat takutttttttt!!!!!! Boleh ke? Boleh ke? Boleh ke? Kenapa sekarang asyik soalan tu je muncul! Kenapa aku tak boleh relax ni.......Janganlah stress.. janganlah stress.. huhuhuhu :((

p/s : syndrome apakah ini? somebody help...

1 comment:

comot said...

its k.. u can lah.. chaiyok!!