Tuesday, February 9, 2010

Sejak dari tadi



Sejak dari tadi tiada apa-apa berlaku.
Cuma bahang panas petang yang aku rasa.
Dan patung-patung kaku yang kurenung, memandang ku kembali. Dengan wajah kosong.

Sejak dari tadi hati ku seolah mati.
Merindui entah apa yang dirindu. Memikirkan subjek yang masih kelam kelabu.
Terapungnya fikiran entah bila mahu berhenti.

Sejak dari tadi aku di sini.
Menunggu dan menanti jemputan tak kunjung tiba.
Mana pergi rencana yang dihebah. oh ya ada masanya manusia mudah lupa.

No comments: