Friday, February 19, 2010

Kampungku indah dan atuk ku comel :D

Salam hai semua pembaca budiman!

Saya sekarang berada di kampung tercinta di Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka sejak dari semalam. Sebab kecewa tiga kelas hari Rabu lepas dibatalkan kesemuanya di saat-saat akhir, jadi saya memutuskan untuk balik kampung. Ada banyak sebab nak balik kampung ni. 

Pertama memang dah rindu kat atok sebab rasa cam dah lama tak jumpa pulak.

Kedua dah lama tak jadi 'anak bongsu' atok. So terasa rindu buat kali kedua. Dulu selalu balik kampung sorang-sorang sebab rasa best je duduk ngan atuk nenek. Manja gile! haha. Ape nak semua dapat. Sekarang balik kampung kene balas budi pulak.

Ketiga sebab nak analisis tesis. Sekotak saye bawak balik borang soal selidik ni untuk dianalisis. Sebab utama, kat kampung tenang sikit, takde gangguan, takde internet. *tapi sekarang guna broadband yang ibu bg pinjam, hehe*


Seronok balik kampung sorang-sorang ni. Habiskan banyak masa dengan atuk. Walaupun tadi ibu datang ajak balik KL tapi saye tanak. Biarlah saya spend time lama sikit kat kampung. Dulu bestnye kalau balik je cari kawan saya kat kg ni nama dia Ina. Tapi sekarang dah tak cari dah sebab dia taknak kawan dengan saya die cakap saya sombong dan die suruh saya anggap kami tak pernah kenal. Well saya malas nak argue lagi. Pujuk pun tak lah. Biarlah die dengan hidup dan pemikiran die sendiri. Saye tak kisah. Sekurang-kurangnya saye spend banyak masa dengan atuk kat rumah.



Banyak benda yang saye nak buat untuk atuk selama atuk hidup lagi kat dunia ni. Walaupun saya tau semua tu takkan cukup untuk membalas budi atuk menjaga dan membesarkan saya sejak hari pertama saya lahir. Tapi sekurang-kurangnya saye taknak bila atuk da takde nanti saye regret sebab tak buat semua tu untuk dia.

Ini ialah atuk saya yang comel. hehe

Bukannya benda besar-besar pun. Tapi sape jela yang ada peluang lagi nak ambilkan wuduk atuk, tolong keratkan ubat atuk (yang mana die kene makan separuh tu), lapkan cermin mata atuk, belikan makanan ape yang atuk nak, makan share2 dengan atuk, lapkan tangan dan mulut atuk pas makan, potongkan kuku kaki dan kuku tangan atuk, pakaikan atuk baju, bukak kan kasut atuk, layan atuk bebual, teman die tengok cter james bond walaupun saya dah ngantuk gila. Simple2 things macam tu je. Tapi selama mana kite boleh buat semua tu. Bila saya buat je selalu saya terasa sayu, selama mana saye boleh buat semua ni untuk atuk. Selalu nye bila saye bantu atuk buat sesuatu walau sesimple mana pun, mesti saya rasa terharu. semua ada nilai sentimental kat situ.


Oh kalau nak tau apa jadi pada atuk dulu? ni dia.. ada dalam entry kedua saya. Maaf kalau gambar ni offensive.



Oh kalau cerita banyak-banyak pasal atuk nanti jadi sedih pulak sob sob so kite tukar la cerita pasal kampung pulak. Dah alang-alang sampai kampung ni rasa tak sabarnyee nak mandi laut, berenang. Geram ok tengok ombak kecil2 bergulung tu (cewaah ayat!). Tapi takde kawan la nak mandi. kalau nak mandi sorang-sorang nampak aneh pulak. Yela dulu ada kawan ni nama dia ina, eh tercerita lagi sekali pulak. haha.

 

Oh iklan sekejap. sape-sape nak tengok kampung saye, klik la dekat link Chalet Darul Aslah ye. hehe.

Pandangan dari dalam kawasan chalet


Oh dan macam biasa kita kasi tampal gambar salwa kat sini. Semalam ibu balik kampung
bawak salwa. Dan untuk pertama kalinya saya mandikan dia. Tapi very slippery la dalam tandas, bahaya. Takutnye salwa jatuh. So saya mandikan dia sambil peluk dia lastly saya yang basah kuyup. haha. Btw, salwa sangat comel dalam gambar kat bawah  ni.


Salwa montel yang comel.. eeeeeeeee.. gerammm tgk!


p/s :saya harap boleh siapkan analisis 100 responden sebelum ahad ni. sila wish saya luck. terima kasih.

No comments: