KUALA LUMPUR: Pencapaian pelajar dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 di beberapa negeri menunjukkan peningkatan membanggakan, termasuk sekolah di luar bandar.
Keputusan peperiksaan UPSR peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyaksikan peningkatan memberangsangkan dari segi kualiti mahupun peratus calon lulus negeri itu. Pengarah Jabatan Pelajaran WPKL, Mohd Radzi Abd Jabar, berkata seramai 2,797 atau 10.90 peratus daripada 25,671 calon mendapat keputusan A semua mata pelajaran tahun ini, meningkat 0.75 peratus berbanding 2,553 tahun sebelumnya.
Di SHAH ALAM, seramai 56,686 pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR di Selangor berjaya mencapai keputusan 5ABC atau 7ABC di kedua-dua aliran persekolahan di negeri itu.Pengarah Pendidikan Selangor, Dr Zahri Aziz, berkata daripada jumlah itu, seramai 8,928 pelajar berjaya memperoleh keputusan 5A di sekolah kebangsaan dan 7A di sekolah jenis kebangsaan.
Di JOHOR BAHRU, seramai 5,987 calon UPSR atau 9.64 peratus daripada 62,401 calon memperoleh 5A.
Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin, berkata seramai 41,167 calon mencapai sekurang-kurangnya gred C bagi mata pelajaran diambil, gred D seramai 1,168 calon, manakala gred E seramai 152 calon.
Di IPOH, seramai 4,113 daripada 45,434 murid Tahun Enam yang menduduki peperiksaan UPSR di Perak berjaya mendapat 5A dan 7A dalam ujian itu.
Pemangku Pengarah Pelajaran negeri, Muhammat Roli Hassan, berkata mata pelajaran Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu 70.33 peratus.
Di KEDAH, seramai 3,482 calon UPSR mendapat keputusan 5A daripada keseluruhan calon 40,062.
Pengarah Pelajarannya, Shahidan Abdul Rahman, berkata jumlah itu mewakili 8.69 peratus daripada keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan.
Di MELAKA, seramai 1,531 daripada 15,454 calon yang menduduki UPSR di 222 pusat peperiksaan itu tahun ini, mendapat 5A dan 7A, meningkat 87 atau 9.91 peratus berbanding pada tahun lalu.
Pengarah Pelajaran negeri Isa Abu, berkata pada tahun ini juga seramai 10,190 atau 65.94 peratus daripada jumlah keseluruhan calon menduduki peperiksaan itu berjaya mencapai penguasaan minimum gred A, B dan C bagi semua mata pelajaran.
Di KUANTAN, keputusan peperiksaan UPSR di Pahang terus meningkat apabila 25 sekolah berjaya mencapai keputusan 100 peratus berbanding hanya 15 sekolah pada tahun lalu.
Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, secara keseluruhan calon yang mendapat keputusan 5A adalah 11.38 peratus daripada 27,190 pelajar yang menduduki UPSR tahun ini termasuk pelajar sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang mendapat 7A.
Di KOTA BHARU, seramai 4,244 atau 11.41 peratus daripada 37,949 calon UPSR di seluruh negeri ini, memperoleh keputusan A bagi semua mata pelajaran.
Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman, berkata pencapaian tahun ini menurun berbanding tahun lalu 4,963 atau 13.11 peratus calon UPSR memperoleh A sepenuhnya.
"Berdasarkan keputusan keseluruhan, peratus pencapaian kelulusan UPSR 2008 bagi Kelantan, ialah 66.78 peratus atau 24,843 berbanding tahun lalu, 67.94 peratus, manakala berdasarkan gred purata negeri pula, kita mencapai 2.32 peratus berbanding tahun lalu 2.27 peratus," katanya.
Di KUALA TERENGGANU, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Ariffin Embong, berkata negeri itu terus mencatat pencapaian cemerlang dalam UPSR apabila sejumlah 14.4 peratus atau 3,408 daripada 24,231 calon yang mengambil peperiksaan itu memperoleh keputusan 7A dan 5A.
Di SEREMBAN, jumlah calon cemerlang yang memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A tahun ini di seluruh Negeri Sembilan menurun kepada 2,225 orang daripada 2,269 calon tahun lalu.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Hamzah Abu, berkata calon mencapai tahap penguasaan minimum yang mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam keseluruhan mata pelajaran pula seramai 13,064 orang, juga menurun 0.7 peratus berbanding pencapaian 67.6 peratus tahun lalu.
Di KOTA KINABALU, seramai 955 murid atau 2.1 peratus daripada 45,413 calon UPSR di Sabah mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran tahun ini, berbanding 895 orang atau 1.99 peratus tahun lalu.
Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Muhiddin Yussin, berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan 60 orang atau 6.7 peratus daripada jumlah murid yang mendapat A dalam semua mata pelajaran pada tahun lalu.
Di SARAWAK, sejumlah 25,213 calon atau 55.14 peratus dari 45,728 orang murid di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berjaya mencatat sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran.
Berita Harian.
-----------------------------------------------------------
PUTRAJAYA, Nov 13 (Bernama) -- The overall Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) results this year are better as compared to five years ago, with an increase in the number of students scoring all A's.
Education director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said, of the 518,616 UPSR candidates, 46,641 or 9.2 per cent scored all A's, as compared to only 7.8 per cent five years ago.
He said there was also an obvious improvement in the number of candidates answering Science and Mathematics questions in English, whereby 159,234 students answered their Science paper in English as compared to 1,324, the previous year.
He said 238,153 candidates answered their Mathematics paper fully in English. Last year, only 1,075 tackled the paper in English.
(Beza 237,078)
Meanwhile in KUALA LUMPUR, education department director Mohd Radzi Jabar said Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara emerged with the best UPSR results for the second year running, with 50.31 per cent scoring 5A's.
In SARAWAK, the number of top scorers increased to 2,044 candidates receiving 5A's this year as compared to 1,991 last year.
In SEREMBAN, state education department assessment and examination sector head Hamzah Abu said the number of excellent students had decreased with only 2,225 candidates or 11.4 per cent of the total 19,531 candidates scoring 5A's or 7A's compared to 2,269 candidates last year.(11.9)
In SABAH, 955 students scored all A's as compared to only 60 last year, said state education department deputy director Muhiddin Yussin.
In KEDAH, 3,482 students or 8.69 per cent of 40,062 UPSR candidates scored all A's this year.
State education director Shahidan Abdul Rahman said 24,775 candidates or 61.84 per cent passed in all subjects.
In PAHANG, five Orang Asli students were among 3,140 candidates who scored 5A's in their examinations, said state education department deputy director Abdul Hamid Abu Bakar.
He said 25 schools in the state achieved 100 per cent results this year, as compared to 15 schools last year.
In JOHOR, 5,987 students or 9.64 per cent of 62,401 UPSR candidates scored all A's, said state education director Sufaat Tumin.
He said Johor ranked as the third best state in the 2008 UPSR examination, achieving a 2.22 School Grade Point Average.
Bernama.
-----------------------------------------------
Berbalik kepada keputusan UPSR tahun ini, mendapat lima atau enam A bagi sekolah campuran di Bukit Damansara, Taman Desa, Bukit Bandaraya dan Petaling Jaya adalah perkara biasa.
Mendapat dua atau tiga A di sekolah sekitar Taman Datuk Harun, Kampung Medan, Ampang dan Gombak adalah satu kejayaan. Apatah lagi di sekolah-sekolah kampung dan pedalaman.
Kalau selepas 51 tahun merdeka, para pendukung pendidikan kita masih gagal menyeragamkan pencapaian pendidikan di bandar, bagaimanakah mereka mampu membawa kecemerlangan ke kawasan luar bandar dan pedalaman?
Kini bukan zaman dulu kala lagi. Kalau zaman saya mula bersekolah pada tahun 1954, kita bolehlah memberi alasan bahawa sistem pendidikan masih kuno kerana kita belum merdeka.
Memang sistem pendidikan kita waktu itu kuno. Di tempat saya di Kedah, lebih banyak sekolah pondok (atau madrasah) daripada sekolah biasa.
Selepas 51 tahun merdeka dan semua Perdana Menteri adalah bekas Menteri Pelajaran (kecuali Tunku Abdul Rahman Putera), kita tidak boleh lagi menerima alasan dan keadaan di mana sekolah luar bandar lebih rendah tarafnya daripada sekolah di bandar.
Ingatlah, bukan murid dan pelajar cemerlang yang menjadi masalah. Masalahnya adalah murid dan pelajar yang buruk pencapaiannya.
Oleh Dato' A Kadir Jasin, journalist
--------------------------------
KUALA LUMPUR: More pupils nationwide scored higher in English and favoured answering their Science and Mathematics papers in the language this year, but was this true for those in rural schools?
The Education Ministry has not released any specific statistics but a rough survey of schools in rural areas showed that pupils and their parents were mostly enthusiastic about the teaching of the two subjects in English.
In Kuantan, Sekolah Kebangsaan Sungai Karang headmaster Osman Najar said there was a significant improvement in the overall Ujian Pencapaian Sekolah Rendah results this year, particularly in English, Mathematics and Science.
He said more pupils had also passed and excelled in the English papers this year compared with last year.
"Being a rural school is not an excuse for the pupils. In fact, most of them have no problem studying Science and Maths in English as they have been exposed to it since Year One."
SK Temai headmaster Baseli Mohd Yunus said it was the best UPSR result the school had ever recorded as all its 13 candidates, including five Orang Asli children, passed the examination.
"I'm happy for them," he said, adding that none of the pupils and parents had complained about the policy.
In Kota Baru, state education director Ghazali Abdul Rahman said teaching Science and Mathematics in English had helped Year Six pupils, especially those from rural areas, score better results in the English language.
"This was proven with the results on Thursday, where most of the pupils from Kuala Krai, Jeli and Gua Musang achieved good marks in English. The pupils told us that learning the two subjects in English was the reason for their success." (mengatakan bahawa pembelajaran subjek math dan sains dalam English adalah sebab kejayaan mereka.)
When interviewed yesterday, Year Six pupils here said they wanted to continue answering Science and Maths papers in English. (derang nak terus jawab dalam English)
In Gua Musang, SK Aring pupil Siti Nurhasyati Roslan was happy to have done well even though her English was "not good". (Seronok walaupun English dia tak berapa bagus. Dia dapat 5A)
She scored 5 As despite her reservations about her English fluency.
"After this, I will be more confident in answering future papers in English. For me, learning Science and Maths in English is fun, although it can be quite challenging."
SK Tapang pupil Irdina Idris said she would continue to answer the two subjects in English as she believed it had helped her tremendously.
"Among my siblings, I was the one who was slow in English but after I started learning the two subjects in English five years ago, my writing and reading skills have improved."
(Dalam adik beradik saya, saya lah paling lemah Bi tapi lepas blaja 2 subjek tu (math n sains) dlm BI sepanjang 5 tahun yang lepas, Skil menulis dan mengarang saye bertambah baik!)
In Kuching, Danny Jentau Bonnie from Sungai Poi, Kanowit, said he was comfortable answering his Science and Mathematics papers in English.
The 12-year-old scored an A for Maths and B for Science.
"It is a challenge to study these subjects in English but I know that this will prepare me for the future."
(ini adalah percakapan kanak2 12 tahun , di Sarawak)
Muhammad Ilyas Sahminan, a recipient of the Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin fund, said learning Science and Maths in English would prepare him for university and the future.
New Straits Times
--------------------------------
Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said it was not right to gauge the success or failure of the policy based on the results of this year's UPSR.
(tak betul lah kalau nk judge kejayaan atau kegagalan pembelajaran dalam BI berdasarkan keputusan UPSR semata2)
"The number of those getting 5As has gone down slightly but we managed to increase the number who got 4As.
"I am also proud that the number of pupils who failed has been reduced and this shows that we have been able to reduce the gap between the urban and rural areas.
"This does not mean that the policy was right. It also does not mean that we will not make changes.
But, at least, it answered the emotional outbursts following the implementation of the policy, as if it will jeopardise the future of our children.
"The results showed pupils have not been affected or suffered any losses and have gone through the phase successfully," Hishammuddin said after officiating at the golden jubilee of Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Geng here.
New Straits Times
------------------------------------
Malas nak tulis dah, cume :-
- Rata2 setiap negeri meningkat
- Tapi cuma KELANTAN dan N9 je turun
- Tapi peratus turun adalah 1.19% dan 0.7 %
- Sangat sedikit dibandingkan dengan peratus peningkatan
- So kite nak 'kesiankan' mereka dan ubah balik ke dasar lama ataupun kite nak tingkatkan lagi usaha dalam mendidik mereka agar mereka JUGA berjaya??
- Kanak- kanak berusia 12 tahun dah ada kesedaran terhadap kepentingan BI dalam kehidupan dan pekerjaan
- Pelajar2 universiti bila lagi nk sedar??
- Result UPSR bukan SATU2nya sebab kejayaan atau kegagalan polisi pembelajaran dalam BI tu
- Sekolah luar bandar bukan excuse untuk tidak cemerlang dalam pelajaran sebab mereka didedahkan dengan pembelajaran dalam BI pada tahap umur yang awal.
- Alasan sekolah luar bandar lebih rendah taraf berbanding sekolah bandar SANGAT tidak diterima.
- Pembelajaran matematik dan sainas dalam BI sedikit sebanyak MEMBANTU murid dalam menguasai subjek BAHASA INGGERIS
- Peranan guru amat penting, namun sikap dan kelakuan kanak2(samada berkesedaran, rajin berusaha atau tidak berprinsip) bermula dari rumah.
- Sebelum ni pun , DBP sendiri(Dasar Bahasa Kebangsaan) tak pernah menentang usaha kerajaan.
- Belajar bahasa dunia barat (BI) bukan bermaksud belajar peradaban barat.
- "Kite nk kekal di takuk lama atau nak berjaya?" sepatah ayat yang perlu diterapkan terhadap kanak2 sedari usia mereka awal lagi.
- Aku nk sangat jadi cikgu BI sbb aku nk ajar murid2 sume biar subjek kebencian dorg bukan lagi subjek BI
- Tapi aku amik engineering.
- Tapi aku tetap sedih bila ada org menolak tepi kepentingan BI
- Banyak lagi nk cakap tapi dah penat dah
Aku tak tau kenapa aku tulis benda alah ni sume. Tapi aku geram sebab aku baru jer bertekak ngan Abg Zul tadi. Aku tak pandai sgt BI sebab aku mmg tak terer. Tapi aku sangat nk pandai berkomunikasi, supaya aku mendapat lebih peluang di mase depan nanti.( sebab PNGK aku bukanlah bagus sgt)
Dan aku menyokong pembelajaran subjek sains dan math dalam BI supaya budak2 dari kecik dah sedar akan kepentingan BI. bukan mcm aku.
dan kenapa abg zul membantah sangat2?
Adekah fenomena pekerjaan sekarang masih belum dapat membuka mata?
Adekah pelajar UKM sendiri sudah fasih berkomunikasi?(di jabatan aku sendiri ramai lagi yang tergagap2 bila suruh wat presentation)
Adekah itu mahasiswa sebenar?
Aku tak setuju.
Aku tak setuju..
Tapi aku tak patut fikir lagi. sebab esok nak exam ..
tapi aku tak setuju.